ARKIB SENI PERSEMBAHAN MALAYA/MALAYSIA

MY Art Memory Project ialah sebuah arkib digital berkaitan seni persembahan di Malaysia. Laman web ini mengandungi bahan khazanah, data produksi, koleksi peribadi dan sumber-sumber kritikal tentang seni dan budaya persembahan di Malaysia. MY Art Memory Project adalah penyimpan kepada khazanah penting ini yang mana ia telah pun membentuk sejarah seni persembahan di Malaysia.

Material yang terdapat di laman web ini adalah sebahagian daripada Projek Pilot, (Jan – Dis 2017), untuk mewujudkan platform atas talian, dan memuat naik 200 program teater ke dalam arkib ini.

MY Art Memory Project perlukan ingatan anda, buku program anda, pengetahuan anda. Kami tidak mahu terlepas sebarang pementasan, persembahan, festival dan persidangan.

Platform ini membenarkan sesiapa sahaja untuk memberi sumbangan maklumat dan membantu mendokumentasikan sejarah seni persembahan di Malaysia. Anda boleh memastikan acara seni yang anda pernah terlibat atau hadiri dimasukkan ke dalam sejarah seni persembahan Malaysia dengan menghantar maklumat dan gambar-gambar.

Sumbangkan kepada MY Art Memory Project
dengan menghantar maklumat produksi lampau.

Klik untuk borang sumbangan