Makyung Anak Raja Gondang (2019)

Synopsis

Teater Makyung Anak Raja Gondang menceritakan kisah Anak Raja Gondang yang memohon izin untuk bermain di Padang Luas Saujana padang. Di sinilah bermulanya pengembaraan Anak Raja Gondang yang melalui pelbagai halangan, namun atas kebijaksanaannya maka baginda dapat mengatasi anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh dan Wak Juara Pemikat. Kerana kesengajaannya menganiaya Wak Juara Pemikat maka baginda telah ditangkap oleh Wak Pertanda Raja lalu membawanya masuk ke istana. Helahnya telah berjaya menemukannya dengan Raja Besar. Raja Besar terpikat dengan Anak Raja Gondang, lantas mengambil Anak Raja Gondang sebagai anak angkat baginda.

Namun Raja besar tidak sabar dengan kenakalan anak Raja Gondang lalu menjatuhkan hukuman bunuh. Wak Petanda Raja telah mencuba pelbagai cara namun tidak dapat, membunuh, akhirnya Wak pertanda buat helah mengajak Anak Raja Gondang mencuci Meriam di Tanjung Kuala dan ketika Anak Raja Gondang masuk ke dalam Meriam lalu Wak Petanda Raja menyucuh Meriam dan terpelanting jatuh ke dalam laut dan dijumpai oleh naga lalu mengahantar ke daratan ke tempat gergasi.

Apakah yang akan terjadi kepadanya? Siapakah Raja Naga dan juga Raja Gergasi? Adakah Anak Raja Gondang berjaya menemui bondanya? Sama-sama kita saksikan kisah seterusnya.

Credits

  • Playwright:Che Mat Jusoh, Qaseh Bismillah
  • Company Name:Seri Makyung USM
  • Date:2 – 4 May, 2019
  • Total Showing:3
  • Venue:Auditorium Dewan Budaya USM
  • Language:Bahasa Melayu
  • Ticket Prices:RM5, RM10, RM15, RM30
  • Director:Che Mat Jusoh
  • Musical Director:Che Mat Jusoh
  • Principal Cast:

    Rosnan Rahman, Nadhilah Suhaimi, Norhelmi Othman, Qaseh Bismillah, Yoh, Murshid Md Hussain, Nik Mohd, Ramnah Ramli

  • Producer:Seri Makyung USM
  • Publicist:Andy Siti