Kena Main (2015)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Jusuh, Daud dan Mona adalah pemuzik buta di pinggir jalanan. Suatu hari mereka didatangi oleh Laila dan Jamil (peguam) dari Persatuan Kebajikan Bagi Orang Kurang Upaya. Mereka menawarkan Jusuh bersama grupnya membuat persembahan pada malam amal yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.

Jusuh meminta tempoh sekejap untuk berunding dengan kawan-kawannya. Sementara menunggu Jusuh dan kawan-kawannya berunding, Jamil dan Laila meninggalkan tempat tersebut.

Dalam perbincangannya Jusuh ingin mengajak kawannya (Pie), juga seorang pemuzik buta yang bermain secara solo tidak jauh dari tempat mereka. Daud mengikut Jusuh pergi menemui Pie untuk membincangkan jemputan yang ditawarkan kepada mereka. Sementara Mona tidak ikut serta kerana menunggu alat-alat muzik mereka.

Seorang penagih dadah yang baru saja membaca berita Mona sedang dicari oleh pihak polis kerana melarikan diri dari keluarga, memikirkan boleh mendapat bayaran melalui “ugutan” sekiranya Mona tidak mahu keberadaannya di situ diadukan kepada polis.

Sebelum penagih sempat berbuat apa-apa, Pie yang sedang dicari oleh Jusuh dan Daud muncul di situ. Dengan kebijaksanaan Pie, penagih dadah tidak sempat bertindak terhadap Mona. Tambahan pula pada waktu yang sama itu juga Laila dan Jamil datang semula ke tempat itu.

Dalam keadaan begitu bimbang kerana mengetahui polis sedang mencarinya, Mona menyangkakan Jamil dan Laila adalah polis yang datang untuk menangkapnya. Mona cuba melarikan diri dari situ, tapi dia terjatuh dan terus meraung-raung. Akhirnya Laila dan Jamil berjaya memujuk Mona. Mona menceritakan dia begitu takut kepada polis kerana bimbang polis akan menyerahkan kepada keluarganya semula, Mona tidak mahu dia menjadi beban “biawak hidup” kepada keluarganya.

Setelah memberi jaminan yang persatuannya akan membantu menyelesaikan masalah Mona, akhirnya Mona bersetuju mengikut Laila dan Jamil ke balai polis. Sementara Pie pula mengganti Mona menunggu alat-alat muzik.

Jusuk kembali semula ke tempat itu bersama Daud. Dia terkejut apabila mendapati Pie sudah berada di situ. Pie menceritakan apa yang sudah terjadi di situ, di samping menyakat Daud, kononnya polis juga ingin mendapatkan Daud.

Daud yang mengatur rancangan sehingga membolehkan Mona melarikan diri dari keluarganya merasa ketakutan. Dengan “kebijaksanaan” Jusuh dan Pie “mempermainkan” Daud, akhirnya Daud pergi untuk menyerahkan diri kepada polis. Jusuh dan Pie menyesal kerana mempermainkan Daud. Mereka baru sedar bagaimana harus menerima undangan untuk bermain pada malam amal kerana Mona dan Daud tidak ada.

Dalam kebingungan itu, muncul semula penagih dadah yang menyamar sebagai pemuzik buta, dan boleh bermain pelbagai alat muzik. Pie dan Jusuh menguji kebolehan “orang buta” itu, dan dia dia diterima oleh Pie dan Jusuh. Tetapi pada suatu saat Pie mengecam suara “orang buta” itu sama dengan penagih dadah yang cuba mengugut Mona. Melalui tipu muslihat Pie dan Jusuh mereka berjaya memberkas penagih dadah tersebut.

Jamil dan Laila muncul semula bersama Daud dan Mona. Pie dan Jusuh menyerahkan penagih dadah kepada Jamil dan Laila. Setelah berunding, Jusuh, Pie Mona dan Daud membuat satu “rehearsal” sama ada persembahan mereka layak untuk dipertontonkan di malam amal atau tidak. Sesudah mengakui kebolehan pemuzik-pemuzik tersebut, Jamil memberi kesedaran kepada penagih dadah. Dia memberikan contoh pemuzik-pemuzik buta, walaupun lebih hebat menghadapi tekanan hidup untuk menyaingi kehidupan masyarakat biasa, tapi mereka tidak putus asa dan sentiasa gigih menghadapi hidup sehari-hari.

Penagih dadah mengakui kesilapannya dan sedia untuk dihantar ke pusat pemulihan. Jamil dan Laila beredar membawa penagih dadah. Keempat-empat pemuzik buta tersenyum lega. Mereka berangan mungkin suatu hari nanti mereka akan diundang untuk bermain di filem pula. Masing-masing tertawa.

Credits

  • Playwright:Khalid Salleh
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Istana Budaya & Institut Terjemahan & Buku Malaysia
  • Date:27 March – 5 April, 2015
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Ticket Prices:RM35, RM55, RM85, RM105, RM155
  • Director:Khalid Salleh
  • Musical Director:Ayob Ibrahim
  • Lighting Designer:Abu Samah Yahya
  • Set Designer:Irwan Ismadi Shahrim
  • Costume Designer:Sutex Haron
  • Additional Designer:Pereka Bentuk – Azalan Hussain
  • Property Master:Irwan Ismadi Shahrim
  • Make-up Artist:Istiadziah Ishak
  • Principal Cast:

    Eman Manan, Ebby Saiful, Aida Othman, Sani Sudin, Azman Hassan, Azizah Mahzan, Rodhi Md. Nor, Sabri Yunus, Fauziah Nawi, Ladin Nuawi, Meor Marzuki, Iwan Maharmis, Seri Mawar Abdul Manaf, Azman Ismail, Nur Saffia Ahmad, Azmizi Zakaria, Ridzuan Aznan

  • Ensemble:

    Artisana Istana Budaya

  • Producer:Dato’ Mohamed Juhari Shaarani & Mohd Khair Ngadiron
  • Production Manager:Esnani Elias
  • Stage Manager:Hariry Jalil
  • Additional Notes:

    Pengarah Teknikal / Technical Director – Jamaluddin Md. Nor