Mek Mulung Putera Cahaya Bulan (2015)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Mek Mulung Putera Cahaya Bulan mengisahkan Putera Cahaya Bulan, Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara atau Mek Senik yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.

Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya.

Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya; Amat dan Sena berjaya memasuki pintu Kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Putera Cahaya Bulan dibunuh. Amat dan Sena ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.

Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.

Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Akhirnya Putera Cahaya Bulan berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Credits

  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
  • Date:28 February – 1 March, 2015
  • Total Showing:2
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Ticket Prices:RM23, RM53, RM83
  • Director:Saipol Bahari Mohd Iman & Zulkarnain Ramly
  • Choreographer:Nor Azreen Aznan
  • Musical Director:Mohd Yazid Zakaria
  • Lighting Designer:Jumali Azudin, Azhari Abdul Rashid, Mohammed Herman Majid, Ahmad Tarmizi Muhammad, Suhazani Shuib, Azzazial Shuib
  • Set Designer:Mohd Termizi Mokhtar
  • Costume Designer:Ramlan Lani, Abdul Hadi Firdaus Amran, Rozaimah Mohamad Lazim, Mohamad Hanif Tamrin, Badrul Zaman Abdul Jalil, Suriani Bohari, Mohd Faisal Md. Rani
  • Additional Designer:Penataan Audio Visual / Audio Visual Designer – Mohd Nizam Abu Bakar, Ilmi Cek Hamid, Ahmad Ruzaini Mohd Sharif, Penataan Bunyi / Sound Designer – Mohd Yazid Mohd Hamdan, Mohd Yusoff Kassim, Ismail Mohammad, Tines Kumar a/l Murugasu, Wan Ayubee Wan Razoly, Mohammad Faizal Haji Hamid, Azri Seman
  • Property Master:Mohd Termizi Mokhtar
  • Make-up Artist:Istiadziah Ishak, Sharil Mahat, Muhammad Izwan Suhairi, Mohd Izzuwan Ishak
  • Stage Crew:Fyrulnizam Mohd Yusof, Mohd Halimi Hassan, Mat Nuri Mat Ali, Fareez Sadikon, Salleh Muhammad
  • Principal Cast:

    Arja Lee, Shamsun Nadia Zulkifli, Mohamad Yusuf Azizan, Mohd Faiz Nawawi, Hairi Safwan, Izreen Azminda, Muhd Zamri Abdullah, Khairul Ikhwan Abdul Rahim, Siti Salwani Shaari, Wan Suhairi Wan Senu, M. Yushazizi Yusoff

  • Ensemble:

    Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

  • Artistic Director:Irwan Ismadi Shahrim
  • Production Manager:Rosnan Abdul Rahman
  • Stage Manager:Shahril Nizam Shahron & Mohd Fazley Yunus
  • Publicist:Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara & Bahagian Pemasaran Istana Budaya
  • Additional Notes:

    Penyelaras Teknikal / Technical Coordinator – Zulkeflee Husin
    Pemuzik / Musician – Kumpulan Seri Mahawangsa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya