Mek Mulung Putera Cahaya Bulan (2015)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

Mek Mulung Putera Cahaya Bulan mengisahkan Putera Cahaya Bulan, Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara atau Mek Senik yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.

Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya.

Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya; Amat dan Sena berjaya memasuki pintu Kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Putera Cahaya Bulan dibunuh. Amat dan Sena ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.

Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.

Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Akhirnya Putera Cahaya Bulan berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Penghargaan

  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
  • Tarikh:28 February – 1 March, 2015
  • Jumlah Pementasan:2
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Harga Tiket:RM23, RM53, RM83
  • Pengarah:Saipol Bahari Mohd Iman & Zulkarnain Ramly
  • Koreografer:Nor Azreen Aznan
  • Pengarah Muzikal:Mohd Yazid Zakaria
  • Pereka Tatacahaya:Jumali Azudin, Azhari Abdul Rashid, Mohammed Herman Majid, Ahmad Tarmizi Muhammad, Suhazani Shuib, Azzazial Shuib
  • Pereka Set:Mohd Termizi Mokhtar
  • Pereka Kostum:Ramlan Lani, Abdul Hadi Firdaus Amran, Rozaimah Mohamad Lazim, Mohamad Hanif Tamrin, Badrul Zaman Abdul Jalil, Suriani Bohari, Mohd Faisal Md. Rani
  • Lain-lain Pereka:Penataan Audio Visual / Audio Visual Designer – Mohd Nizam Abu Bakar, Ilmi Cek Hamid, Ahmad Ruzaini Mohd Sharif, Penataan Bunyi / Sound Designer – Mohd Yazid Mohd Hamdan, Mohd Yusoff Kassim, Ismail Mohammad, Tines Kumar a/l Murugasu, Wan Ayubee Wan Razoly, Mohammad Faizal Haji Hamid, Azri Seman
  • Property Master:Mohd Termizi Mokhtar
  • Penata Rias:Istiadziah Ishak, Sharil Mahat, Muhammad Izwan Suhairi, Mohd Izzuwan Ishak
  • Kru Pentas:Fyrulnizam Mohd Yusof, Mohd Halimi Hassan, Mat Nuri Mat Ali, Fareez Sadikon, Salleh Muhammad
  • Pelakon Utama:

    Arja Lee, Shamsun Nadia Zulkifli, Mohamad Yusuf Azizan, Mohd Faiz Nawawi, Hairi Safwan, Izreen Azminda, Muhd Zamri Abdullah, Khairul Ikhwan Abdul Rahim, Siti Salwani Shaari, Wan Suhairi Wan Senu, M. Yushazizi Yusoff

  • Ensemble:

    Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

  • Pengarah Artistik:Irwan Ismadi Shahrim
  • Pengurus Produksi:Rosnan Abdul Rahman
  • Pengurus Pentas:Shahril Nizam Shahron & Mohd Fazley Yunus
  • Publisiti:Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara & Bahagian Pemasaran Istana Budaya
  • Nota Tambahan:

    Penyelaras Teknikal / Technical Coordinator – Zulkeflee Husin
    Pemuzik / Musician – Kumpulan Seri Mahawangsa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya