Cuci The Musical Last Kopek (2012)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Cuci The Musical mengisahkan empat orang adik-beradik, Fairil (Afdlin Shauki), Khai (Hans Isaac), Jojo (Awie) dan C’Tan (Nabil) yang mengusahakan ‘Cuci-Cuci Services’ sebuah syarikat kecil yang menyediakan perkhidmatan mencuci tingkap.

Impian mereka ialah untuk memenangi kontrak mencuci tingkap Menara Berkembar Petronas, KLCC. Ini hampir menjadi kenyataan apabila ‘Cuci-Cuci Services’ telah dijemput untuk bertanding dalam Window Washing Olympics, sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Citi Jasmin atau CJ (Vanidah Imran), di mana kontrak tersebut akan diberikan kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah ‘Wira Maju International’ sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu Wira (Douglas Lim). Sementara itu, bapa CJ, Tan Sri Ariffin (Harun Salim Bachik) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil Wira sebagai bakal pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Dina) pula jatuh hati pada Jojo. Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat adik-beradik ini untuk mencapai impian mereka.

Credits

  • Playwright:Harith Iskander & Douglas Lim
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Tall Order Productions
  • Date:2 – 18 March, 2012
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Harith Iskander
  • Choreographer:Adzwa Saini
  • Composer:Pacai
  • Musical Director:Acis
  • Lighting Designer:Ee Chee Wei
  • Costume Designer:Dominique Devorsine
  • Principal Cast:

    Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac, Nabil, Harun Salim Bachik, Vanidah Imran, Dina Nadzir, Douglas Lim, Reefa

  • Ensemble:

    Sharifah Nabilah Syed Abdul Aziz, Nur Arina Hamzah, Fara Wahida Kamarulzaman, Wan Nursyafina Kasim, Nazurah Hanoom Hanafie, Nadiha Mohammad, Nurhaizan Arliana Mansor, Ezdianie Hayatie Omar, Nursyuhada Zulkifly, Fadzliana Kamarulzaman, Nur Farahuda Zainal Abidin, Ratnah Awal, Mohd Ridzuan Mohd Bakri, Mohd Faizal Kamari, Hasmizan Abdul Hamid, Wadi Ridhzuwan Mohd Rasli, Mohd Faizule Abdullah, Mohd Sehakirin Ayob, Yap Kok Fei, Rudy De Luna Jr., Mohd Shahrul Nizam Ismail, Mohd Hafiz Shahimi, Mohamed Shahizul Nizam Mohamed Shahibi, Zukhairi Ahmad, Amandus Paul Panan, Hasanul Farihan Ismail, Mohd Yusof Hashim

  • Executive Producer:Hans Isaac & Yasmin Yusuf
  • Artistic Director:Wong Tay Sy
  • Production Manager:Patricia Gui Gek Leng
  • Stage Manager:Hamidon Ab Hamid