logo

let’s make something together

Give us a call or drop by anytime, we endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.

Find us

27 & 27A Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Malaysia.

Phone support

Phone: +603-77254858

Supermokh Sebuah Muzikal (2013)

  • November 6, 2013
  • 169 Views

BUKU PROGRAM / PROGRAMME BOOK


SINOPSIS / SYNOPSIS

Persembahan muzikal ini bermula di tahun 1979, setelah Mokhtar Dahari berkahwin dengan kekasih yang telah lama dicintai beliau iaitu Tengku Zarina. Telah sedia maklum bahawa beliau dan sebahagian besar pemain bola sepak segenrasinya adalah merupakan pemain yang bermula dari peringkat amatur dan rata-rata mempunyai kerjaya tetap sepanjang waktu pejabat. Sementara beliau bertugas di bawah PKNS, beberapa teman lain pula berkhidmat di Kwong Yik Bank dan lain-lain.

Mokhtar Dahari dan pemain-pemain segenerasinya bukan sahaja bermain untuk pasukan Malaysia malah mereka juga mewakili negeri masing-masing malah harus bermain untuk pasukan majikan masing-masing. Dengan komitmen besar di dalam pelbagai peringkat kejohanan bola sepak yang berlangsung ketika itu, dapat dibayangkan bagaimana padatnya jadual latihan dan perlawanan yang hampir tiada kesudahan yang harus diharungi oleh setiap pemain, terutama Mokhtar Dahari sendiri.

Malaysia sendiri pada era tersebut, telah dikenali sebagai antara gergasi bolasepak Asia yang sering memberikan saingan sengit dan pencabar tegar terhadap pihak lawan, terutamanya Korea Selatan dan Jepun. Kerana sering dianggap sebagai ‘ayam tambatan’ atau saja jaguh yang diandalkan oleh seluruh penyokong Malaysia, Mokhtar Dahari selaku penyerang pasukan, seakan terpaksa memikul tanggungjawab paling besar dalam penentuan keputusan di setiap perlawanan. Jika di setiap kemenangan Mokhtar pasti menjadi penjaring atau sekurang-kurangnya menjadi penyumbang jaringan bagi pasukan, maka kekalahan jugalah yang menjadi kecaman keras kepada beliau. Tidak kira di peringkat penonton awam mahupun pemerhati dan pengkritik bola, sebilangan ‘mulut besar’ dari kalangan mereka-mereka ini cenderung menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’ yang harus dipersalahkan.

Tekanan bertubi-tubi kali tanpa henti ini pada satu peringkat, seakan tidak mampu lagi dibendung oleh beliau…, sehinggalah pada ketika beliau berada di kemuncak kerjaya beliau sebagai pemain bolasepak negara…, pada tarikh lahir beliau yang ke-26, Mokhtar Dahari telah membulatkan hatinya membuat satu keputusan yang benar-benar mengejutkan…, yang semestinya telah menggegarkan perhatian seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu!

There is currently no synopsis for this programme


KREDIT / CREDITS

TAJUK/TITLE:
Supermokh Sebuah Muzikal

PENULIS/PLAYWRIGHT:
Harith Iskander

KARYA TEMPATAN ASLI /ORIGINAL LOCAL SCRIPT:
Yes

NAMA KUMPULAN/COMPANY NAME:
Tall Order Productions & Jugra Publications

TARIKH/DATE:
6 – 18 November, 2013

JUMLAH PEMENTASAN/TOTAL SHOWING:
No information available at time of publishing

TEMPAT PEMENTASAN/VENUE:
Istana Budaya

NEGERI/STATE:
Kuala Lumpur

BAHASA/LANGUAGE:
Bahasa Melayu / Malay

HARGA TIKET/TICKET PRICES:
No information available at time of publishing

PENGARAH/DIRECTOR:
Hans Isaac & Harith Iskander

DRAMATURG:
N/A

SINOGRAFER/SCENOGRAPHER:
N/A

KOREOGRAFER/CHOREOGRAPHER:
Adzwa

KOMPOSER/COMPOSER:
N/A

PENGARAH MUZIKAL/MUSICAL DIRECTOR:
Michael Veerapen

PEREKA TATACAHAYA/LIGHTING DESIGNER:
Ee Chee Wei

PEREKA SET/SET DESIGNER:
Yusman Mokhtar & Omar Ali

PEREKA KOSTUM/COSTUME DESIGNER:
Dominique Devorsine

PEREKA MULTIMEDIA/MULTIMEDIA DESIGNER:
N/A

LAIN-LAIN PEREKA/ADDITIONAL DESIGNER:
Pereka Grafik / Graphic Designer – Hafiz Khairul Hasni

PROPERTY MASTER:
N/A

PENATA RIAS/MAKE-UP ARTIST:
N/A

KRU PENTAS/STAGE CREW:
Muhammad Al-Sufi B Ab Razak, Abdullah Abdul Karim, Mohd Shahrul Bin Liwon, Syed Muhammad Idris B Ramli, Muhammad Dzul Asyraf B Md Salian, Muhammad Syafiq B Ahmad Nordin, Mohd Khairel Izwan B Mohd Khairi, Khairil Azuan B Sallehudin, Izzardzuhri Padzil, Muhammad Alif Zuhair B Ehshan, Muhammad Asraf B Muhammad Sahri, Aisham Asrullah Hisam, Muhammad Nabil B Mohd Jafri, Ahmad Thabrani B Hashim, Fakhrul Anwar B Azmi, Mohd Faizal B Ismawi

PELAKON UTAMA/PRINCIPAL CAST:
Awie, Maya Karin, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Clarence Kuna, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan, Douglas Lim, Radhi Khalid, Johan Gulam Ghani, Amir Johar, Mikail Aimran, Muhammad Adam

ENSEMBLE:
Mohd Sehakirin Ayob, Muhammad Amirul Hairol Saleh, Mohd Shahrul Nizam Ismail, Wadi Ridhzuwan Mohd Rasli, Mohd Fazli Razali, Raynold Yusley, Abdullah Abu, Azhari Mokhtar, Abdul Wahab Baharum, Farhi Aloshi Asmathudin, Muhammad Zufar Abdul Rahim, Muhammad Zakwan Abdul Rahim, Muhammad Azlan Razali, Mohd Faizule Abdullah, Sharifah Nabilah Syed Abdul Aziz, Rosana Abdul Hamid, Zuraini Zulkifli, Lily Zarina Khalil, Ayu Syahira Sulaiman, Roslina Mohd Idrus, Nurul Shuhada Razali, Marina Md Shaari, Fadzliana Kamarulzaman, Noor Hafiza Mahussin

PENERBIT EKSEKUTIF/EXECUTIVE PRODUCER:
Zahir Kelvin Ong Abdullah & Hans Isaac

PENERBIT/PRODUCER:
N/A

PENGARAH ARTISTIK/ARTISTIC DIRECTOR:
N/A

PENGURUS PRODUKSI/PRODUCTION MANAGER:
N/A

PENGURUS PENTAS/STAGE MANAGER:
Pat Gui

PUBLISITI/PUBLICIST:
N/A

NOTA TAMBAHAN/ADDITIONAL NOTES:
N/A

MAKLUMAT LAIN/OTHER INFORMATION:
N/A

Penafian: Maklumat yang disertakan di sini dianggap tepat berdasarkan kajian kami. Jika terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan, sila hubungi kami dengan kadar segera.

Disclaimer:  The information here is accurate to the best of our knowledge. If there are any mistakes or inaccuracies, please contact us immediately.