logo

let’s make something together

Give us a call or drop by anytime, we endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.

*Five Arts Centre is moving! New address and phone number coming soon.*

Satria Menara Putih (2005)

  • September 3, 2005
  • 166 Views

BUKU PROGRAM / PROGRAMME BOOK


SINOPSIS / SYNOPSIS

Setelah kemangkatan Maharaja Sapta Buana Perkasa, Negeri Lembayung Pura tidak mempunyai raja kerana baginda tidak meninggalkan zuriat untuk meneruskan pemerintahannya. Kekuasaan negeri diletakkan di atas bahu Perdana Menteri Laduna Ragasukma.

Mengikut ramalan Pendita Negara Malim Bijawangsa, hanya satu cara menentukan siapa raja seterusnya. Barangsiapa yang dapat menarik keluar sebilah pedang sakti dari landasannya, maka dialah yang akan menjadi raja di negeri Lembayung Pura.

Ketegangan berlaku di mana ramai yang mencuba nasib menemui ajal kerana sifat tidak jujur Laksamana Nira Sanggamaya, seorang satria yang sombong dan gila kuasa. Kemunculan seorang pemuda, Andika Perkasa yang berjaya menarik keluar pedang Panca Sakti Nilam Permata menimbulkan tandatanya  dan curiga kerana beliau bukan dari keturunan bangsawan.

Pendita Malim Bijawangsa membuka rahsia sebenarnya akan diri Maharaja Andika Perkasa yang merupakan zuriat hasil perkahwinan rahsia Maharaja Sapta Buana Perkasa dengan seorang rakyat biasa. Namun penjelasan beliau tidak menjernihkan suasana.

Permaisuri Adina Kesuma, sepupu kepada Andika Perkasa serta anakanda saudaranya, Tengku Putera Seri Utama merancang kejahatan demi untuk merampas kuasa. Sementara Tengku Putera Seri Utama diarah supaya memecah belahkan Pasukan Satria Menara Putih yang merupakan tunggak kekuatan Negeri Lembayung Pura, Permaisuri Adina Kesuma berpakat dengan Permaisuri Nilamsari untuk melaksanakan rancangan jahat mereka.

Pendita Malim Bijawangsa tewas dengan pujukan cinta palsu Permaisuri Nilamsari. Beliau disihir dan terpenjara di dalam Penjara Kabus yang tidak terlihat oleh mata manusia. Permaisuri Adina Kesuma yang berniat serong untuk memperalatkan Permaisuri Nilamsari akhirnya mati diracun oleh perbuatannya sendiri.

Berita kematian Permaisuri Adina Kesuma disambut gembira oleh Tengku Putera Seri Utama kerana beliau memang berhasrat untuk menjadi kuasa mutlak kerajaan Negeri Lembayung Pura. Demi untuk mencapai hasrat cita-citanya, beliau mengarah beberapa dayang istana untuk melaksanakan tugas meracun Maharaja Andika Perkasa dan Permaisuri Cahaya Purnama.

Permaisuri Cahaya Purnama difitnah, kononnya beliau mahu membunuh Maharaja Andika perkasa. Permaisuri Cahaya Purnama diselamatkan dari penjara oleh seorang satria demi untuk menyelamatkannya dari dihukum bunuh. Maharaja Andika Perkasa bertambah murka dan mengarahkan Pasukan Satria Menara Putih melanggar negeri pemerintahan Permaisuri Mira Sandura yang memberi perlindungan kepada Permaisuri Cahaya Purnama.

Sewaktu Maharaja Andika Perkasa menyerang negeri pemerintahan Permaisuri Mira Sandura, Tengku Putera Seri Utama merampas kuasa Negeri Lembayung Pura.

Permaisuri Cahaya Purnama mati membunuh diri kerana tidak mahu tunduk dengan kemahuan suaminya supaya menyerah diri.

Maharaja Andika Perkasa yang terperangkap dalam suasana kesal dan kecewa apabila ramai para satria berpaling tadah kepada Tengku Putera Seri Utama. Dalam keadaan cedera parah akibat pertempuran peperangan, baginda mencampakkan pedang sakti Panca Nilam Permata ke dalam sebuah telaga dan dengan itu hilanglah kuasa pemerintahannya.

The kingdom of Lembayung Pura was left without a king upon the death of Maharaja Sapta Buana Perkasa as he did not have any offspring. While waiting for the prophecy of royal wizard Malim Bijawangsa to happen, the kingdom is governed by royal advisor his Prime Minister Laduna Ragasukma.

True enough as prophecied, a mystical sword signifying power to the kingdom appeared mysteriously in the town center, embedded in a boulder witnessed in awe by the kingdom’s citizens. According to Malim Bijawangsa’s prophecy whoever manages to unsheath the magical sword named Panca Sakti Nilam Permata will be the rightful king of Lembayung Pura.

Tensions increase as those who tried met their grisly end the moment they touched the sword due to their dishonesty and greed. Finally a young commoner called Andika Perkasa succeeded in pulling out the sword and was proclaimed king. Malim Bijawangsa revealed that Andika Perkasa is actually the late Maharaja’s son from his secret marriage to a commoner. Permaisuri Adina Kesuma, Andika’s cousin and her nephew Tengku Putera Seri Utama, hatched up a plan to wrest control of the new king’s power.

While Tengku Putera Seri Utama tried to cause division in the kingdom’s elite fighting force, Permaisuri Adina Kesuma made a pact with Permaisuri Nilamsari to pursue their evil plan.

Malim Bijawangsa was deceived by the cunning Permaisuri Nilamsari with false professions of love and affection into imparting his secret powers to her. This led to him being trapped in a prison of mist forever.

Ratu Andika Kesuma’s intention to make use of Permaisuri Nimasari, backfired when she was accidentally poisoned. Tengku Putera Seri Utama expedite his quest for absolute power. He instructed some palace consorts to poison Maharaja Andika Perkasa and his wife Permaisuri Cahaya Purnama. Though this failed, through deceit and treachery Maharaja Andika Perkasa was convinced that his wife Permaisuri Cahaya Purnama tried to poison him. Permaisuri Cahaya Purnama was sentenced to death only to be rescued by a loyal knight. Maharaja Andika Perkasa became enraged and commanded his forces to overrun the neighboring kingdom. This was a very expensive miscalculation, as Tengku Putera Seri Utama took advantage of the situation to wrest control of Lembayung Pura.

Ratu Permaisuri Cahaya Purnama committed suicide. Maharaja Andika Perkasa trapped by the circumstances, felt deep regret and disappointment. Many of his trusted knights defected to Tengku Putera Seri Utama. Mortally wounded he threw away his sword Panca Sakti Nilam Permata into an old unused well and out of sight signifying the total loss of Maharaja Andika Perkasa’s power in Lembayung Pura.


KREDIT / CREDITS

TAJUK/TITLE:
Satria Menara Putih

PENULIS/PLAYWRIGHT:
Samsudin Said

KARYA TEMPATAN ASLI /ORIGINAL LOCAL SCRIPT:
Yes

NAMA KUMPULAN/COMPANY NAME:
Seri Anggerek Bangsawan

TARIKH/DATE:
3 September, 2005

JUMLAH PEMENTASAN/TOTAL SHOWING:
1

TEMPAT PEMENTASAN/VENUE:
Panggung Victoria

NEGERI/STATE:
Singapura / Singapore

BAHASA/LANGUAGE:
Bahasa Melayu / Malay

HARGA TIKET/TICKET PRICES:
No information available at time of publishing

PENGARAH/DIRECTOR:
Johari Bakar

DRAMATURG:
N/A

SINOGRAFER/SCENOGRAPHER:
N/A

KOREOGRAFER/CHOREOGRAPHER:
N/A

KOMPOSER/COMPOSER:
N/A

PENGARAH MUZIKAL/MUSICAL DIRECTOR:
N/A

PEREKA TATACAHAYA/LIGHTING DESIGNER:
Jasmani Basri

PEREKA SET/SET DESIGNER:
N/A

PEREKA KOSTUM/COSTUME DESIGNER:
N/A

PEREKA MULTIMEDIA/MULTIMEDIA DESIGNER:
N/A

LAIN-LAIN PEREKA/ADDITIONAL DESIGNER:
Penata Suara / Voice Manager – Mohd Saadon Latif
Pereka Backdrop & Efek / Backdrop & Effect Designer – Aemir Khalid

PROPERTY MASTER:
N/A

PENATA RIAS/MAKE-UP ARTIST:
Ely, Yaya

KRU PENTAS/STAGE CREW:
N/A

PELAKON UTAMA/PRINCIPAL CAST:
Noor Azhar Mohamad, Tanty Yushida, Masliza Ismail, Norhaslinda Md Hanipah, Noor’ain Md Yusoff, Haji Md Noor Alang, Haji Yusri Mawi, Haji Jaafar Aris, Zainal Ihim, Mohsin Salleh, Abdullah Bin Abu Bakar (Jasmani Basri), Md Iklash Abd, Rasi Mayuni, Rahmat Samin, Azmi Juhari (Johari Bakar), Yazid Md Tahir, Masthurah Ismail, Faridah Hassan, Tuty Alawiyah Isnin, Intan Mohamed, Mohd Zaki Bin Zulkifli, Ahmad Dzulhafez Bin Razali, Mohd Fadzeli Bin Mohd Tahir, Mohd Zaki bin Zulkifli, Saiful Zuhri Bin Zulkifli, Murid-murid Bukit Panjang Govt. High School

ENSEMBLE:
N/A

PENERBIT EKSEKUTIF/EXECUTIVE PRODUCER:
N/A

PENERBIT/PRODUCER:
N/A

PENGARAH ARTISTIK/ARTISTIC DIRECTOR:
N/A

PENGURUS PRODUKSI/PRODUCTION MANAGER:
N/A

PENGURUS PENTAS/STAGE MANAGER:
Cikgu Na’aim Pani

PUBLISITI/PUBLICIST:
N/A

NOTA TAMBAHAN/ADDITIONAL NOTES:
Penasihat Teknikal / Technical Advisor – Isazaly Md Isa
Perunding Imej / Image Consultant – Anuar Saran

MAKLUMAT LAIN/OTHER INFORMATION:
N/A

Penafian: Maklumat yang disertakan di sini dianggap tepat berdasarkan kajian kami. Jika terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan, sila hubungi kami dengan kadar segera.

Disclaimer:  The information here is accurate to the best of our knowledge. If there are any mistakes or inaccuracies, please contact us immediately.