Jalan Tepi Kubur (2018)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Kisah bermula di Kampung Rimbun di mana Aqil yang mandi-manda di sebuah sungai terjumpa botol yang berisi bungkusan hitam lalu membukanya dan membaca tulisan yang ada di dalamnya…. ditunjukkan botol itu pada Hassan ketua kampung di situ tapi beliau menyatakan hanya botol biasa sahaja… tapi sejak itu seorang demi seorang kanak-kanak di kampung itu hilang semasa mereka balik mengaji melalui jalan tepi kubur yang menjadi laluan biasa mereka…

Jalil yang lama menginginkan jawatan ketua kampung tidak puas hati dengan cara Hassan mengatasi masalah yang berlaku hinggalah anak Jalil sendiri hilang seperti kanak-kanak yang lain. Jalil hilang sabar dan ingin merampas kuasa dari Hassan yang dilihat sebagai seorang yang lemah dan lambat bertindak ini mengakibatkan pecah belah penduduk kampung Rimbun dan permusuhan antara mereka dan pengikutnya.

Ke mana hilangnya kanak-kanak tersebut? Apa yang Hassan lakukan setelah menyedari dirinya sebagai ketua dipertikaikan? Bagaimana cara mereka menyelesaikan kemelut ini? Semua akan terjawab dalam teater Jalan Tepi Kubur.

Credits

  • Playwright:Sir Izman
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Kelab Teater SKBTP
  • Date:2 – 4 March, 2018
  • Total Showing:3
  • Venue:Auditorium Kompleks JKKNWPKL
  • Language:Bahasa Melayu
  • Ticket Prices:RM10
  • Director:Sir Izman
  • Principal Cast:

    Farah Alya, Samzie, Dhia, Alisya, Airin, Riham, Farisha, Irfan, Aqil, Solihin

  • Producer:Kelab Teater SKBTP
  • Publicist:Shireen Hj Salehudin (Shireen Titis)