Zombie La La La (2016)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Mengisahkan sekumpulan zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Malaysia. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Berita yang disebarkan oleh Miss-K yang juga Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur.

Pelbagai idea telah dilontar dan dibincangkan semasa pertemuan itu dan pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana mereka menjadi zombie.

Walaupun telah berada di Kuala Lumpur tetapi mereka harus mencari sendiri di mana lokasi yang tepat formula itu berada. Peta yang dimiliki oleh Kapten Cook dan alat pengesan milik Happy Witch sering berubah-ubah. Ini menyebabkan mereka saling berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencarinya.

Antara tempat yang mereka kunjungi ialah Dataran merdeka, Muzium Negara, KLCC, Tugu Negara, Zoo Negara, Putrajaya dan Istana Budaya. Setiap kali berpindah lokasi alat pengesan Happy Witch akan berkata; “Dekat Je! Dekat Je! Dekat Je!”

Semasa perjalanan itu, ada di antara mereka telah jatuh cinta kerana tertarik dan simpati apabila bertukar-tukar cerita pengalaman hidup mereka. Antaranya, percintaan yang berlaku ialah antara Kapten Cook dengan Cleo Papa.

Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?

Credits

  • Playwright:Siti Rohayah Attan
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:CTRA Production
  • Date:13 – 21 February, 2016
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:A. Aris A. Kadir
  • Choreographer:A. Aris A. Kadir
  • Musical Director:Mohd Faizal Mohd Fauzi
  • Lighting Designer:Muhd. Azhar Zainal
  • Set Designer:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Costume Designer:Sarina Azizan
  • Multimedia Designer:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Additional Designer:Pereka Audio / Audio Designer – Mazlan Hassim Pereka Kesan Khas Bunyi / Special Sound Effect Designer – Mohd Zul Amri Amran Pereka Grafik / Graphic Designer – Mohd Syukri Salahuddin
  • Property Master:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Make-up Artist:Sheikh Abdul Naseer Abdullah
  • Stage Crew:Muhammad Zaki Bin Abu Samah, Mohd Fareez Sadikon, Nik Mohd Fadzir Nik Ismail, Mohd Alizar Sulaiman, Osmar Fariez
  • Principal Cast:

    Amar Baharin, Zulin Aziz, Amy Mastura Suhaimi, Rosnan Rahman, Janna Nick, Hafreez Adam, Siti Saleha, Lim Mei Fen, Syed Atiq Wan Long, Ajeera Rosli, Zera Hariz, Serra Kamal

  • Ensemble:

    Norsiah Mohd Yatim, Azizah Abdul Aziz, Samsuraya Sulaiman, Rosliwati Ab Rahim, Hanipah Hairi, Syaira Dalina Abdullah, Siti Norhabsah Sheikh Ahmad, Khalid Mohd Noor, Rudy De Luna Jr, Abdul Malek Osman, Zamri Mohamed, Mohd Nizam Elias, Mohd Hasnan Abu Bakar, Adalia Tham, Pavithraah Rajendran, Redzuan bin Mohd Fauzi, Syaira Dalina Abdullah, Nanie Nanuel

  • Producer:Siti Rohayah Attan, Erma Fatima
  • Production Manager:Suhaimi Abdul Rahim
  • Stage Manager:Ramli Lani
  • Publicist:Pengarah Pemasaran / Marketing Director – Chloe Siao Hui Boon, Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi
  • Additional Notes:

    Pengarah Teknikal / Technical Director – Aziswan Zamin Abdul Aziz
    Pengarah Senireka / Art Design Director – Hazizie San