logo

let’s make something together

Give us a call or drop by anytime, we endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.

*Five Arts Centre is moving! New address and phone number coming soon.*

Di Bawah Lindungan Kaabah (2014)

  • May 9, 2014
  • 1114 Views

BUKU PROGRAM / PROGRAMME BOOK


SINOPSIS / SYNOPSIS

Novel Roman karya Allahyarham Prof. Dr. Hamka yang berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah ini menceritakan tentang kehebatan cinta sesama manusia dan kehebatan cinta kepada Allah SWT. Sesungguhnya, dibuktikan bahawa kehebatan cinta itu mengatasi segala cinta yang ada di dunia.

Maka, ditampilkan watak utama bernama Hamid yang kehilangan ayahnya sejak berusia empat tahun. Masa kecilnya dihabiskan membantu ibunya menjual kuih keliling kampung dengan harapan dia mempunyai biaya untuk ke sekolah.

Hingga satu hari dia bertemu dengan keluarga Engku Haji Jaffar yang baik hati dan kaya raya yang mengambilnya sebagai anak angkat manakala ibunya bekerja di rumah Engku Jaffar. Hamid digambarkan sebagai anak yang cerdas, rajin, sopan, dan taat beragama. Atas niat baik itu, Hamid disekolahkan bersama anak Engku Jaffar yang bernama Zainab.

Zainab dan Hamid bersekolah bersama-sama dan membesar bersama-sama seperti adik-beradik. Apabila meningkat remaja ternyata selama kebersamaan mereka itu, membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun, perasaan itu hanya dipendam dalam hati.

Hamid sedar dirinya hanyalah anak dari keluarga miskin yang dibiayai oleh keluarga Engku Jaffar. Lalu, Hamid melanjutkan pelajaran ke sekolah agama ke Padang Panjang. Di sekolah itulah Hamid mempunyai seorang sahabat bernama Salleh.

Selepas Engku Jaffar meninggal, Hamid tidak pernah menemui Zainab dan ibunya, Mak Asiah hingga Mak Asiah mengajak Hamid memujuk Zainab supaya bersetuju berkahwin dengan sepupunya. Akan tetapi permintaan itu ditolak oleh Zainab dengan alasan dia belum ingin menikah.

Sejak itu Hamid tidak pernah datang lagi, dia hanya mengirimkan surat kepada Zainab dengan mengatakan dia akan pergi jauh mengikuti langkah kakinya berjalan.

Hamid merantau sampai ke tanah suci Mekah. Di situ dia bertemu Salleh, temannya dulu. Isteri Salleh yang bernama Rosnah adalah sahabat baik Zainab. Dari surat Rosnah yang dikirim kepada suaminya, Hamid mengetahui bahawa Zainab sakit dan sangat mengharapkan kedatangan Hamid.

Zainab sendiri mengirim surat kepada Hamid dan mengatakan bahawa Hamid harus kembali, kalau tidak, mungkin akan terjadi sesuatu padanya. Dan benar, seminggu setelah itu, Zainab menghembuskan nafas terakhirnya.

Setelah mendengar khabar yang menyedihkan itu, Hamid yang sedang sakit tetap memaksa diri menunaikan Fardu Haji. Hamid, kemudiannya menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan Kaabah.

There is currently no synopsis for this programme


KREDIT / CREDITS

TAJUK/TITLE:
Di Bawah Lindungan Kaabah

PENULIS/PLAYWRIGHT:
Rosminah Mohd Tahir

KARYA TEMPATAN ASLI /ORIGINAL LOCAL SCRIPT:
Yes

NAMA KUMPULAN/COMPANY NAME:
CTRA Production

TARIKH/DATE:
9 – 18 May, 2014

JUMLAH PEMENTASAN/TOTAL SHOWING:
No information available at time of publishing

TEMPAT PEMENTASAN/VENUE:
Istana Budaya

NEGERI/STATE:
Kuala Lumpur

BAHASA/LANGUAGE:
Bahasa Melayu / Malay

HARGA TIKET/TICKET PRICES:
RM35, RM55, RM85, RM105, RM155

PENGARAH/DIRECTOR:
Rosminah Mohd Tahir

DRAMATURG:
N/A

SINOGRAFER/SCENOGRAPHER:
N/A

KOREOGRAFER/CHOREOGRAPHER:
A. Aris Kadir

KOMPOSER/COMPOSER:
Datuk Suhaimi Mohd Zain

PENGARAH MUZIKAL/MUSICAL DIRECTOR:
Datuk Suhaimi Mohd Zain

PEREKA TATACAHAYA/LIGHTING DESIGNER:
Azzazizal Shuib

PEREKA SET/SET DESIGNER:
Najiffaizal Mohd Tawel

PEREKA KOSTUM/COSTUME DESIGNER:
Sarina Azizan

PEREKA MULTIMEDIA/MULTIMEDIA DESIGNER:
N/A

LAIN-LAIN PEREKA/ADDITIONAL DESIGNER:
Pereka Grafik / Graphic Designer – Frederick Ngieng Hock Teng

PROPERTY MASTER:
Razali Itam

PENATA RIAS/MAKE-UP ARTIST:
Istiadziah Ishak

KRU PENTAS/STAGE CREW:
Mohd Fareez Sadikon, Nik Mohd Fadzir Nik Ismail, Mohd Alizar Sulaiman

PELAKON UTAMA/PRINCIPAL CAST:
Adi Putra, Nasha Aziz, Ahmad Zahid Baharudin, Mohd Taufiq Izmir Mohamad Tawaff, Nurul Elfira Loy, Fizo Omar, Yasmin Hani, Gadaffi Ismail Sabri, Dayana Roza, Liza Abdullah, Alina Hassan, Mohd Shahrul Mizad, Lokman Ghani, Wafiy Irfan Ariffen, Tun Amiera Rania

ENSEMBLE:
Ensemble Istana Budaya – Azizah Aziz, Abdul Mutalif Abu Bakar, Azman Abu Bakar, Norsiah Yatim, Norhaslinda Ab Manaf, Siti Nor Habsah Sheikh Ahmad, Mohamed Hasnan Abu Bakar, Samsuraya Sulaiman, Syaira Dalina Abdullah, Hanipah Hairi, Roszilawati Ab Rahim, Azwan Ismil Ab Malek Osman, Mohd Nizam Elias
Ensemble Kanak-kanak – Aiman Syakir Othman, Isma Hakim Isma Halil Abdul Hakim, Nur Fatihah Iznie Zul Fahmi, Andorra Kadrysha Saiful Kadry, Raja Muhd Shariff Ali Raja Azahari, Azzquedy Akhirudin, Siti Nur Asmarabella Abdul Mutalif, Syasya Batrisya Binti Taufik, Nur Aida Shakirah Muhamad Suhaimi

PENERBIT EKSEKUTIF/EXECUTIVE PRODUCER:
N/A

PENERBIT/PRODUCER:
Siti Rohayah Attan

PENGARAH ARTISTIK/ARTISTIC DIRECTOR:
Irwan Ismadi Shahrim

PENGURUS PRODUKSI/PRODUCTION MANAGER:
Zawiah Mohamad

PENGURUS PENTAS/STAGE MANAGER:
Wan Azman Wan Ahmad

PUBLISITI/PUBLICIST:
Pengarah Pemasaran / Marketing Director – Chloe Siao Hui Boon

NOTA TAMBAHAN/ADDITIONAL NOTES:
Pengarah Senireka / Design Art Director – Hazizie San
Pengarah Teknikal / Technical Director – Norsyimazurah Abdullah

MAKLUMAT LAIN/OTHER INFORMATION:
N/A

Penafian: Maklumat yang disertakan di sini dianggap tepat berdasarkan kajian kami. Jika terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan, sila hubungi kami dengan kadar segera.

Disclaimer:  The information here is accurate to the best of our knowledge. If there are any mistakes or inaccuracies, please contact us immediately.