logo

let’s make something together

Give us a call or drop by anytime, we endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.

Find us

27 & 27A Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Malaysia.

Phone support

Phone: +603-77254858

The Royal Arts Gala (2012)

  • November 12, 2012
  • 19 Views

BUKU PROGRAM / PROGRAMME BOOK


SINOPSIS / SYNOPSIS

Inisiatif kolaborasi diantara My Performing Arts Agency & Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, dengan sokongan penuh daripada Kementerian Informasi Komunikasi dan Kebudayaan berserta Unit Pengurusan Prestasi & Perlaksanaan (PEMANDU) melancarkan pelan tindakan untuk industri kreatif yang membentuk sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi di bawah naungan NKEA Infrastruktur, Kandungan Komunikasi & Infrastruktur.

Gala Diraja Seni Persembahan ini dinobatkan sebagai acara seni ikonik, menambahkan satu lagi acara berprestij di dalam kalendar Malaysia dan setaraf dengan Regatta Antarabangsa Langkawi Diraja, Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia dan Malam Gala F1. Antara tujuan utama Gala Seni tahunan yang ekslusif ini adalah untuk mengumpul dana bagi mewujudkan landasan kolaborasi dalam penciptaan & pembangunan lebih banyak lagi hasil seni kreatif dengan harapan untuk memartabatkan profil seni di Malaysia, disamping menggalakkan sektor swasta untuk menyokong pembangunan aspek seni & budaya Malaysia.

Diarah oleh pengarah terkenal Pat Ibrahim & dihos oleh Harith Iskander, Gala Diraja Seni Persembahan dengan tema Suatu Perjalanan menyajikan persembahan yang cukup mantap & menghiburkan melalui pengkaryaan sejarah seni persembahan di Malaysia yang menonjolkan setiap pencapaian di negara yang kaya dengan warisan seni dan budaya. Bagi menghidupkan lagi persembahan ini, barisan penghibur yang cukup berbakat telah diketengahkan. Antaranya penghibur lagenda, Dato’ M. Nasir, pelakon hebat Tony Eusoff, rupawan berbakat Suhaili Micheline, selingan kemerduan bunyian Rebab yang  memukau dari Kamarul Baisah, kehebatan dari bintang muzikal baru yang semakin menyerlah, Stephanie Van Driesen & Nadia Aqilah, ditambah seri penari-penari yang terbaik di Malaysia. Persembahan ini juga membawa penampilan khas bintang West End, David Shannon, yang pernah menjadi teraju utama dalam persembahan muzikal ikonik seperti Les Miserables, The Phantom of the Opera & Sweeney Todd.

Gala Diraja Seni Persembahan menyediakan ruang terbaik untuk anda meraikan tetamu kehormat & rakan seperjuangan serta menjalin rangkaian perniagaan pada malam eksklusif diraja yang dihadiri oleh ahli-ahli korporat elit yang kreatif & berpengaruh.

My Performing Arts Agency in collaboration with the National Department for Culture & Arts, with the support of the Ministry of Information Communication & Culture & the Performance Management Delivery Unit launched an entry point project for the creative industry, that forms part of the Economic Transformation Programme under NKEA of Communication Content & Infrastructure.

The Royal Arts Gala is positioned as an iconic arts event, an addition to Malaysia’s calendar of signature events e.g. the Royal Langkawi International Regatta, The Malaysia International Gourmet Festival & F1 Gala Dinner. This is an annual exclusive & significant arts gala to raise funds & energise collaborative partnerships for the creation & development of new arts ventures in Malaysia intended to raise the profile of the arts in Malaysia & to encourage the private sector to be supportive of the development of artistic & cultural aspects of Malaysia.

Directed by the renowned Pat Ibrahim & hosted by Harith Iskander, The Royal Arts Gala showcase “Journey Through The Arts” takes you on a fun & entertaining tour through the history of Malaysian performing arts, highlighting the various milestones of our country’s rich arts heritage. Bridging the showcase to life are a dazzling Malaysian cast of performers including the legendary Dato’ M. Nasir, superstar Tony Eusoff, the beautiful Suhaili Micheline, the haunting sounds of rebab player Kamarul Baisah, upcoming musical stars Stephanie Van Driesen & Nadia Aqilah, accompanied by some of Malaysia’s best dancers. The showcase will also feature West End star David Shannon, who has played leading roles in iconic musicals such as Les Miserables, The Phantom of the Opera & Sweeney Todd.

The Royal Arts Gala is an excellent opportunity to host your esteemed clients & business partners at an exclusive & royal evening, in the company of the country’s creative & corporate elite.


KREDIT / CREDITS

TAJUK/TITLE:
The Royal Arts Gala

PENULIS/PLAYWRIGHT:
Maya Tan Abdullah

KARYA TEMPATAN ASLI /ORIGINAL LOCAL SCRIPT:
Yes

NAMA KUMPULAN/COMPANY NAME:
My Performing Arts Agency, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

TARIKH/DATE:
12 November, 2012

JUMLAH PEMENTASAN/TOTAL SHOWING:
1

TEMPAT PEMENTASAN/VENUE:
Grand Ballroom Hilton Kuala Lumpur

NEGERI/STATE:
Kuala Lumpur

BAHASA/LANGUAGE:
Bahasa Melayu / Malay

HARGA TIKET/TICKET PRICES:
No information available at time of publishing

PENGARAH/DIRECTOR:
Pat Ibrahim

DRAMATURG:
N/A

SINOGRAFER/SCENOGRAPHER:
N/A

KOREOGRAFER/CHOREOGRAPHER:
Azwa, Suhaili Micheline

KOMPOSER/COMPOSER:
N/A

PENGARAH MUZIKAL/MUSICAL DIRECTOR:
Ahmad Muriz Che Rose

PEREKA TATACAHAYA/LIGHTING DESIGNER:
Lim Ang Swee

PEREKA SET/SET DESIGNER:
Melissa Teoh, Joanne Ooi

PEREKA KOSTUM/COSTUME DESIGNER:
Shada Hamid

PEREKA MULTIMEDIA/MULTIMEDIA DESIGNER:
N/A

LAIN-LAIN PEREKA/ADDITIONAL DESIGNER:
Jurutera Bunyi / Sound Engineer – Simon Khoo
Jurutera Monitor / Monitor Engineer – Pat Aizal Omar
Pereka Audio Visual / Audio Visual Designer – Adam Sofian Mazlan

PROPERTY MASTER:
Hadi Koh

PENATA RIAS/MAKE-UP ARTIST:
Chris Lim

KRU PENTAS/STAGE CREW:
Jason Lai, Sing Poh Tiang, Yap Kok Boon, Yip Yoke Tecj, Yip Yoke Choy, Phang Fook Hung

PELAKON UTAMA/PRINCIPAL CAST:
M. Nasir, David Shannon, Harith Iskander, January Low, Kamarul Baisah bin Hussin, Nadia Aqilah bt. Bajuri, Stephanie Olivia Van Den Driesen, Suhaili Micheline, Tony Eusoff, Zamzuriah Zahari

ENSEMBLE:
Penari / Dancer – Amandus Paul Panan, Khairulazhar bin Mohtar, Muhammad Akmal Bin Ayob, Zukhairi Bin Ahmad, Syafizal-Syazlee b. Salehud-Din, Chiew Sie Tieng (Christine), Abdullah Bibin Abu (Adie), Muslimah bt. Saptuang, Nor Fazliyati binti Ismail, Nur Azreen bt Nizar, Raja Norbaizura binti Raja Abdullah (Baby), Roslina Bt Mohd Idrus, Siti Aishah Bt Mohd Azlan, Siti Lela Mayang binti Zulkifli, Azlan bin Sulaiman, Mohamad Irfandy bin Samsuri, Muhammad Izwan bin Suhairi, Muhammad Suwandi Bin Piman @ Paiman

PENERBIT EKSEKUTIF/EXECUTIVE PRODUCER:
N/A

PENERBIT/PRODUCER:
N/A

PENGARAH ARTISTIK/ARTISTIC DIRECTOR:
N/A

PENGURUS PRODUKSI/PRODUCTION MANAGER:
Melissa Teoh

PENGURUS PENTAS/STAGE MANAGER:
Adrian Teh

PUBLISITI/PUBLICIST:
Fauzia Sultan

NOTA TAMBAHAN/ADDITIONAL NOTES:
Pemuzik / Musician – Ahmad Muriz Che Omar, Syed Sharir Faisal Syed Hussain, Azizi Abd Rahman, Mohamad Sharhan Syazwan Mohd Ashri, Fitri Misran, Wan Fahrul Mirzad Wan Mustafa, Mohd Khairul Anwar Mohd Ramly, Md Rashid Dahari, Nor Leyzam Ali
Penyanyi Latar / Back Up Vocalist – Juanita Ismail, Tijah Muhamad Nor, Yuaz Bahtiar bin Kassim

MAKLUMAT LAIN/OTHER INFORMATION:
N/A

Penafian: Maklumat yang disertakan di sini dianggap tepat berdasarkan kajian kami. Jika terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan, sila hubungi kami dengan kadar segera.

Disclaimer:  The information here is accurate to the best of our knowledge. If there are any mistakes or inaccuracies, please contact us immediately.