Terima Kasih Cinta (2011)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Terima Kasih Cinta adalah sebuah adaptasi dari filem Cinta arahan Kabir Bhatia. Dari layar perak di Malaysia dan kemudian Indonesia, ia kini dipentaskan dalam bentuk teater muzikal dengan barisan pelakon dan pelakon pembantu yang penuh berbakat. Terima Kasih Cinta menceritakan tentang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkaitan di antara satu sama lain. Ikuti kisah-kisah cinta yang pasti menyentuh hati anda.

CINTA LUAR BIASA – Elyas dan Rukiah
Umur bukanlah penghalang untuk jatuh cinta. Elyas, seorang bekas guru yang menghidapi penyakit Alzheimer bertemu dengan Rubiah, seorang wanita yang prihatin, cekal dan tabah. Rubiah yang menganggap pencarian cintanya sudah berakhir mula merasakan bahawa Elyas boleh mengubati kesepian diri. Dapatkah mereka mengenali cinta pada usia mereka itu?

CINTA TANPA BATASAN – Airin dan Harris
Harris, seorang arkitek yang berjaya, menganggap dirinya amat bertuah kerana memiliki seorang isteri yang cantik, anak yang disayangi dan sebuah kehidupan yang indah. Namun Harris terjaga dari ilusi apabila Airin menyuarakan perasaannya yang telah lama dipendam. Adakah cinta akan memaksa beliau melepaskan keluarga tersayang?

CINTA YANG TIDAK DISANGKA – Azlan dan Azura
Cinta sering datang pada waktu yang tidak disangka. Azlan seorang hartawan yang memiliki sebuah syarikat penerbitan berjumpa dengan Azura, seorang gadis yang bijak dan berdikari. Akhirnya Azura turut jatuh hati kepada Azlan, tetapi adakah gadis biasa ini cukup setaraf dengannya?

CINTA SUCI – Arianna dan Taufiq
Arianna seorang wanita idealistik yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Taufiq pula seorang wartawan muda yang berkerja dengan sebuah syarikat tabloid kecil di kota. Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Arianna dengan lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

CINTA ABADI – Dyan dan Dani
Dyan adalah seorang usahawan wanita berjaya yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Dyan sering bertelingkah dengan adiknya Dhani, yang memilih kehidupan sebagai artis jalanan. Bagi beliau Dhani harus menanam cita-cita yang lebih tinggi untuk berjaya. Apakah pengorbanan yang paling besar apabila anda mencintai seseorang?

Credits

  • Playwright:Nizam Zakaria & Pat Ibrahim
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Istana Budaya & Primeworks Studios Sdn Bhd
  • Date:19 February – 6 March, 2011
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Pat Ibrahim
  • Choreographer:Pat Ibrahim
  • Composer:Susunan Muzik – Roslan Aziz, Jason Voo Chung Scien, Saiful Ridzuan Sharafuddin
  • Musical Director:Roslan Aziz
  • Lighting Designer:Teo Kuang Han
  • Set Designer:Hamzah Tahir
  • Costume Designer:Zulkifli Sulaiman
  • Additional Designer:Pereka Grafik / Graphic Designer – Fauzi Ishak
  • Make-up Artist:Marini Mat Zain
  • Stage Crew:Fauzuly Hamdan Tahir, Muhammad Al-Sufi, Nur Ameera, Megat Ahmad Azizi
  • Principal Cast:

    Latif Ibrahim, Safura, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding Indrawani, Diddy Hirdy

  • Producer:Boudeng Edruce
  • Artistic Director:Penata Seni – Raja Maliq
  • Stage Manager:Pat Gui