Cuci The Musical 2 (2010)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Cuci The Musical berkisahkan empat orang adik-beradik, Fairil, Khai, Jojo dan C’Tan yang mengusahakan ‘Cuci-cuci Services’ sebuah syarikat kecil yang menyediakan perkhidmatan mencuci tingkap.

Impian mereka ialah untuk memenangi kontrak mencuci tingkap Menara Berkembar Petronas, KLCC. Ini hampir menjadi kenyataan apabila ‘Cuci-cuci Services’ telah dijemput untuk bertanding dalam Window Washing Olympics, sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Citi Jasmin atau CJ – di mana kontrak tersebut akan diberi kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah ‘Wira Maju International’ sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu Wira. Sementara itu, bapa CJ, Tan Sri Ariffin memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil Wira sebagai bakal pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Jessy pula jatuh hati pada Jojo.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini untuk mencapai impian mereka.

Credits

  • Playwright:Harith Iskander
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Tall Order Productions Sdn Bhd
  • Date:27 July – 9 August 2010
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Dato’ Zahim Albakri & Harith Iskander
  • Choreographer:Pat Ibrahim
  • Composer:Pacai & Douglas Lim
  • Musical Director:Acis
  • Set Designer:Raja Maliq
  • Costume Designer:Dominique Devorsine
  • Make-up Artist:Yein Chen et al
  • Principal Cast:

    Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac, Nabil, Vanidah Imran, Jaclyn Victor, Harith Iskander, Reefa, Rehman Rashid

  • Ensemble:

    Hasanul Farihan B. Ismail et al

  • Executive Producer:Hans Isaac & Dato’ Yasmin Yusuff
  • Production Manager:Patricia Gui Gek Leng
  • Stage Manager:Hamidon Ab Hamid