ARKIB PERSEMBAHAN TARIAN

Arkib tarian adalah sebuah arkib digital yang padat dengan maklumat mengenai persembahan tarian yang pernah dipentaskan di Malaysia. Sumber utama arkib ini adalah melalui buku-buku program dan juga keratan-keratan akhbar.

Setiap entri digital mengandungi beberapa imbasan mukasurat daripada buku program produksi (yang diperolehi), maklumat produksi, maklumat tenaga kreatif dan kru produksi serta maklumat lain yang berkaitan.

Disebabkan kekangan ruang dan sumber, arkib digital ini hanya mampu memuatkan imbasan mukasurat yang terhad dan maklumat penting sahaja. Bagi program “Mixed Bill” yang mempunyai lebih daripada 8 item, para editor telah menggunakan budi bicara mereka untuk mendokumentasikan hanya sebilangan kecil item dalam program ini. Di mana yang boleh, kriteria pemilihan dalam pendokumentasian telah pun ditunjukkan. Akses terhadap material asal yang dipaparkan di dalam laman web ini boleh didapati untuk tujuan penyelidikan dengan terus melalui pejabat Five Arts Centre.

Walaupun, arkib ini berusaha sedaya upaya untuk memberikan maklumat setiap produksi seberapa tepat yang mungkin, namun pengguna laman web ini dialu-alukan untuk memberi makluman kepada admin laman web ini jika terdapat sebarang kesalahan supaya dapat diperbetulkan. Arkib ini berhasrat untuk sertakan maklumat semua produksi teater. Jika anda mempunyai material ataupun maklumat persembahan yang masih tiada di dalam arkib ini, kami sedia untuk bekerjasama dengan anda.

Jika ada soalan lanjut, jangan silu ajukan kepada kami.