Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (2011)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

Muzikal ini memaparkan kisah hidup Lat, bermula sejak zaman awal kanak-kanaknya yang riang dan bebas, membesar di sebuah kampung kecil di Perak, hinggalah akhirnya beliau berada di kemuncak sebagai kartunis negara yang disayangi dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada 1951. Sejak kecil, beliau menunjukkan minat dan bakat yang mendalam dalam lukisan. Bapanya, seorang kerani kerajaan yang berkhidmat dengan angkatan tentera, memberikan galakan terhadap minat anaknya ini.

Berpindah ke pekan Ipoh untuk mencari peluang yang lebih baik, Lat secara rasmi menjadi budak “pekan” dan bertemu Mrs. Hew, seorang guru yang menekankan kepentingan ilmu dan pembelajaran. Lat juga berkawan dengan Frankie, seorang anak muda berbangsa Cina yang berkongsi minat dalam muzik.

Sebagai anak muda, Lat berhijrah ke bandar besar Kuala Lumpur (KL) dan di sini beliau mendapat pekerjaan sebagai wartawan jenayah di New Straits Times di Balai Berita, di bawah bimbingan seorang Editor Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat bertemu Faezah dan mereka jatuh cinta. Mendapati dirinya terpaksa bergelut untuk hidup di KL, Lat hampir berputus asa dan ingin kembali ke Ipoh ketika lerang kartun “Sunat”nya berjaya disiarkan dalam Asia Magazine.

Ini merupakan titik perubahan dalam hidupnya.

Kehidupan Lat berubah apabila kartunnya menjadi sanjungan rakyat Malaysia di mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya tercapai.

Namun kemasyuran ada harganya.

Tidak lama kemudian, Lat terperangkap di tengah-tengah kemasyhuran yang mendadak. Nampaknya, semua orang mahukan sentuhannya. Syarikat besar menghubunginya. Perjalanan dan tugasan memenuhi masa beliau. Beliau muka bergelut dengan tuntutan sebagai seorang ikon negara.

Apakah yang beliau lakukan? Mampukah Lat memenuhi segala tuntutan ke atasnya? LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal ada jawapannya!

Penghargaan

  • Penulis:Harith Iskander & Kuah Jenhan
  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Institut Terjemahan Negara Malaysia & Tall Order Productions
  • Tarikh:16 March – 3 April, 2011
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Pengarah:Hans Isaac & Harith Iskander
  • Koreografer:Pat Ibrahim
  • Pengarah Muzikal:Michael Veerapen
  • Pereka Tatacahaya:Ee Chee Wee
  • Pereka Set:Loo Jia Wei
  • Pereka Kostum:Dominique Devorsine
  • Lain-lain Pereka:Pereka Visual / Visual Designer – Danny Hoo
  • Property Master:Ong Chia Koon
  • Penata Rias:Maggie Mah, Sharman Yee, Jaycee Kok, Ting Jaysee, Dianna Yong, Teresa Aw Yong, Kiki Lim, Suki Ng, Irene Chai, Bibe Tan Sichen, Nelson Lee, Syvil Boey, Caryn Thum, Yeem Chan
  • Pelakon Utama:

    Awie, Atilia, Omar Abdullah, Sandra Sodhy, Abdul Jalil Hamid, Puspa, Douglas Lim

  • Ensemble:

    Sharifah Nabilah Bte Syed Abdul Aziz (Ketua)

  • Penerbit Eksekutif:Mohd Khair Ngadiron & Hans Isaac
  • Penerbit:Hans Isaac
  • Pengurus Produksi:Patricia Gui Gex Leng
  • Pengurus Pentas:Hamidon Bin Abdul Hamid
  • Nota Tambahan:

    Penasihat Pementasan / Play Advisor – Mamat Khalid