Natrah (2010)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louise kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M. A. Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

Penghargaan

  • Penulis:Erma Fatima
  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Istana Budaya
  • Tarikh:25 Nov – 5 Dec, 2010
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Pengarah:Erma Fatima
  • Koreografer:Muhammad Akmal Ayob
  • Pengarah Muzikal:Madee
  • Pereka Tatacahaya:Azzazizal Shuib
  • Pereka Set:Mohd Fairuz Ariffin
  • Pereka Kostum:Hafizah Abdul Khadir
  • Pereka Multimedia:Pengarah Multimedia & Kesan-kesan Khas / Multimedia & Special Effect Director – Jamaludin Md Nor, Pereka Audiovisual / Audiovisual Designer – Jaffri Hassan
  • Lain-lain Pereka:Pereka Visual / Visual Designer – Faris Zainal Abidin, Pereka Kesan Khas Bunyi / Sound Effect Designer – Mohd Zul’Amri Amran
  • Property Master:Mohd Hanafi Abd Wahab
  • Penata Rias:Sheikh Abdul Nasser Abdullah
  • Kru Pentas:Norfizayati Ab. Manaf, Barat Anak Enchan, Farihah Aziz, Mohd Fazley Yunus, Mohd Mazran Mahizan, Ramli Abdullah Thani, Maheran Ab. Hamid, Mohd Fathil Sapuan
  • Pelakon Utama:

    Maya Karin, Remy Ishak, Umie Aida, Sofia Jane, Susan Lankester, Fizz Fairuz, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Ziela Jalil, Iqbal Taufik. Mazin Amien Siraj, Mohd Hady Tahir, Syukor Ibrahim, Sharifah Sofea, Lufya Omar, Mohd Sofian Bujang, Jamal Mohamad, Laurendra Fiona Benard, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affandi, Abu Bakar Sulaiman, Mutalib Abu Bakar Khalid Mohd Nor, Norsiah Mohd Yatim, Azizah Abdul Aziz, Samsuraya Sulaiman, Norhana Othman

  • Penerbit Eksekutif:Azmi Zainal
  • Pengarah Artistik:Irwan Ismadi Shahrim
  • Pengurus Produksi:Wan Azlina Zakaria
  • Pengurus Pentas:Ramli Lani
  • Publisiti:Shapee Che Embi, Mohd Azli Othman, Mohd Hairul Izwan Jamil