Siapa Kena Sekolah?

Senarai panjang Dato Jins Shamsudin di dalam buku cenderamata tidak dapat menolong pementasan Merdeka!

Merdeka! Merdeka! (selepas ini Merdeka 3) dari 18 hingga 6 September 2002 yang lalu.

Drama Istana Budaya yang dinamai sebagai ‘drama patriotik’ (saya tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan istilah ini) pada mulanya sepanjang lebih lima jam (cubaan menerapkan elemen kabuki barangkali), tetapi akhirnya menjadi sekitar tiga jam lebih telah menjadi satu persembahan yang ketidaktahuan apakah ia.

Barangkali ia kelas sejarah (selepas kominis membunuh, mereka akan berleter panjang tentang manifesto PKM misalnya). Atau Malcolm Me Donald akan menceceh apa itu Malayan Union, atau Tunku Abdul Rahman menghurai tentang berapa kerusi yang sepatutnya diperolehi oleh parti Perikatan. Segala fakta dan tarikh sejarah dijejerkan secara terperinci menyebabkan khalayak menguap, lena, bermain esemes dan anak-anak kecil menjerit kepada ibu bapa mereka ‘nak balik.’ Tidak ada ‘dran’ atau ‘drama’ (kalau kita ingin kembali kepada asal-usul apa itu drama).

Kemudian sesekali elemen sarkas sebagai bentuk teater paling rendah seperti yang pernah diutarakan oleh Sidney Tarachow dalam esei tahun 1951nya, Circuses and Clowns akan muncul, letupan senapang (kominis membunuh orang di Sungai Siput), mercunmeletup (merdeka diisytiharkan), demonstran yang berlaga (orang Melayu membantah Malayan Union dan Jus Soli) serta lawak Goh You Ping (sebagai T.S Tan) dan Jalaluddin Hassan (sebagai Bapa Kemerdekaan) di London dengan dengkur memanjang. Saya menanti kalau-kalau ada keluar harimau dan gajah gemuk, akrobatik atau orang makan api tetapi tidak ada. Kalau ada, saya pasti audien akan beri standing ovation.

la boleh jadi satu dokumentari di mana klip tayangan yang sekejap-sekejap turun dan warkah Tunku kepada Sultan Johor turut dipaparkan di skrin besar. Dato Onn pula muncul sekejap-sekejap berucap dan berucap dan berucap yang juga membolehkan ia dikaitkan dengan oratorikal ala tragedi tetapi tidak pula. Mungkin ia drama bentuk baru ala pidato piala diraja.

Drama ini jika ia benar-benar drama menunjukkan kelemahan paling ketara di peringkat naskah lagi.Seolah-olah penonton adalah budak sekolah yang tidak tahu belaka atau seolah-olah penonton adalah makcik pakcik kampung yang mesti diingatkan semua perkara. Kita sedang bercakap mengenai produk Istana Budaya!

Ini tentu berlaku kerana Hatla Azad Khan sebagai pengarah artistik dan pengarah ‘istana’ begitu ghairah untuk mengajar kerana pernah mengucapkan supaya orang seni dan artis di Malaysia tidak pergi sekolah.

Mengapalah semua tarikh dan nama-nama ini? Adakah ia bertujuan untuk membangkitkan semangat patriotik? Jika benar mengapa ramai yang pulang setelah interval, betapa tidak cintakan Malaysianya mereka. Atau ia untuk menyedarkan orang yang lupa. Jika begitu mengapa masih ada yang ketawa apabila Kominis meletupkan mesyuarat MCA sambil Tan Cheng Lock tergolek mennyumpah dalam bahasa Cina. Betapa apa pun alasannya, drama adalah drama, ia mesti tidak setakat menonjol pemikiran, pengalaman tetapi juga aksi dramatik. Khabarnya naskah diulang baca dan diperbetulkan belas kali. Dan inilah hasilnya, buku sejarah (pun jika ia benar adalah sejarah).

Lakonan pula membayangkan stylized acting yang memualkan sejak dari mula. Hal ini berlaku sekali lagi kerana mutu naskah yang buruk. Tidak ada ruang untuk perkembangan watak misalnya. Dato Onn lakonan Man Bai misalnya tidak dapat bergerak kerana wataknya hanya berucap, berucap, berucap. Begitu juga Jalaluddin Hassan sebagai Tunku Abdul Rahman yang tidak dapat menunjukkan sepenuhnya kematangan sebagai pelakon gred A Beliau muncul untuk berucap, mesyuarat, berucap, mesyuarat dan akhirnya melaungkan merdeka.

Jalal sebagai Tunku dalam Merdeka3 rnuncul secara arnat rnernbosankan pada rnulanya, ini rnalah terasa begitu merimaskan terutama pada adengan Mesyuarat Agong UMNO 25-26 Ogos 1951 tetapi Jalal menampakkan perubahan sebagai pelakon besar ketika adengan pertikaian mengenai Jus Soli, isu bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi dengan Tan Cheng Lock dan V Sambanthan. Jalal sebagai Tunku yang kelihatan tertekan, merenung keluar jendela dan kemudian cuba mewaraskan tokoh-tokoh parti Perikatan menunjukkan sedikit kecemerlangan, alangkah baiknya jika naskah lebih banyak memberi ruang untuk pelakon bermain emosi dan menunjukkan kemampuan mereka dalam bidang lakonan. Jalal juga cekap menutup kelemahan, tersilap atau terlangkau skrip menerusi pengalamannya yang lama di pentas itu.

Lakonan yang baik barangkali terletak kepada lulkarnain Ramly sebagai Tan Cheng Lock. Beliau memang pelakon berpengalaman yang pernah terasuh di bawah Dato Nordin Hassan, Dato Syed Alwi, Khalid Salleh dan Rahim Razali tetapi itulah, naskah menyediakan beliau muncul untuk berucap, mesyuarat, berucap dan sedikit bertingkah.

Liza Othman sebagai Ibu lain dan Khatijah Tan sebagai Kalsom Bee bagi saya berjaya keluar dari bentuk stylized acting pelakon lain dan penuh bersahaja. Malah kemunculan mereka terasa segar, dialog jelas dan komedinya terasa menjadi tetapi itu pun mereka tidak dapat bergerak bebas kerana naskah tidak memberi ruang buat mereka.

Lakonan yang buruk tentulah pada Radhi Khalid sebagai Allan Lennox Boyd kerana slanga mengada-ngada dan entah apa yang disebutnya. Chachko Vadaketh pula tidak memanfaatkan kemahirannya selama ini di pentas teater dalam bahasa Inggeris malah bahasa badanhya sama sekali gagal dan pengucapannya terasa berlebih- lebihan. Ini tertonjol juga pada watak Oliver Lyttelton lakonan Stuart Charles Payne, badannya asyik terliuk hingga menjengkelkan. Syahrul Fithri sebagai Ghani Hasyim pula muncul bertempik dan menengking tidak sudah-sudah, sama sekali merosot dengan wibawa yang pernah beliau pamerkan ketika berlakon di Universiti Malaya di awal kemunculannya dalam bidang teater ini. lui Yahya sebagai Ibrahim Pandak pula terlalu kaku dan teragak-agak langkah serta tindaknya (barangkali ini juga salah naskah kerana beliau sendiri tidak menemui apa yang harus dilakukan oleh wataknya itu).

Kehebatan set Mohammed Hanafi tidak menutup kelemahan persembahan ini. Sementara nama besar Mc Chan dalam dunia penataan cahaya tidak menolong. Sesetengah adengan bermula tanpa lampu misalnya menunjukkan kelicinan adengan yang masih lemah dan ini terus berlaku hingga ke malam akhir. Perkara ini tentu tidak dapat dimaatkan kerana berlaku di Istana Budaya (tempat orang bersekolah) dan di tangan beliau pula. Kostum dan mekap bagaimanapun amat memuaskan di bawah Jailani Razak. Mazlan Tahir sebagai Datuk Abdul Razak Hussein dan Hani Mohsin sebagai Dr Ismail Abdul Rahman sangat menyakinkan dengan kostum, kaca mata dan tatariasnya.

Muzik dipimpin Ramlan Imam yang bertujuan untuk memantapkan persembahan kurang membantu. la terasa menyayat sekejap pada adengan kaum Ibu UMNO menyumbang barang kemas pesaka untuk membolehkan Tunku Abdul Rahman berangkat ke London. Lain dari itu soprano Khaifiza Abdul Halim sebagai overture dengan hilaian PUTERA wajah mahkota … ada kala menyeramkan, melucukan, merimaskan, menggangu dan akhirnya menjadi menyakitkan hati serta telinga.

Kasihan pelakon dan tenaga produksi persembahan ini. Mereka semua menjadi mangsa kelemahan naskah, pengarah yang salah serta ya keghairahan untuk mensekolahkan orang. Khalid Salleh dalam ruangan teaternya di Berita Harian menamakan persembahan ini ‘macam fun fait’. Menghimpunkan tokoh teater seperti Chacko dan Lim Soon Heng (dari teater Malaysia berbahasa Inggeris) dan Goh You Ping (tokoh teater Malaysia berbahasa Mandarin) misalnya tidak menyelamatkan Merdeka3. Maaf saya kira tenaga produksi kali ini semuanya datang dengan senarai orang bersekolah tinggi tetapi hasilnya macam pementasan bekas penagih dadah ingin kembali ke pangkal jalan lalu mementaskan ‘drama’ bersifat patriotik.

Istana Budaya, Istana Budaya, selepas ini saya kira siapa sepatutnya yang ke sekolah …

First Published: 06.09.2002 on Kakiseni

Related items

For Translation

The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards — Results!

dance Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize…

The 7th Annual BOH Cameronian Arts Awards — Results!

dance Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize…