Diari Wanita… Episod YB & Nyonya (2015)
Synopsis
There is currently no synopsis for this programme
PENGENALAN
Diari Wanita… Episod YB & Nyonya adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan iaitu YB & Nyonya. Naskah Nyonya ditulis oleh penulis Indonesia iaitu Wisran Hadi manakala YB (Yang Berkhidmat) adalah sebuah karya baru yang ditulis oleh Rosminah Tahir. Maka teater ini menggabungkan dua cerita dari dua negara dari dua karyawan.
YB
Kisah YB (Yang Berkhidmat) mewakili tugas dan amanah yang dipikul oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Tan Sri dalam usaha menjalankan tanggungjawab mereka.
Selain menjelaskan dasar-dasar dan program kementeriannya yang berkait rapat dengan pembangunan wanita, keluarga, masyarakat pelbagai kaum, sedikit sejarah hidup Tan Sri juga diselitkan untuk dijadikan panduan: kehidupan sejak zaman kecilnya hingga berjaya menjadi seorang menteri. Beliau adalah anak tukang cuci (ibunya) dan tukang masak (bapanya), hidup seperti kanak-kanak biasa pada zaman awal kemerdekaan yang penuh dengan kesusahan.
NYONYA
Skrip Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus ‘berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.
Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya pula. Kemudian, mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya.
Pelbagai cara dan muslihat digunakan Tuan untuk mendekati Nyonya, apatah lagi mengetahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membengkak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil.
Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangi tiga keponakan (anak saudara perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka iaitu Keponakan Anggun, Keponakan Beautiful dan Keponakan Cantik menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut.
Naskah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan sarat emosi kerana penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir secara profesional.
Credits
- Playwright:Rosminah Mohd Tahir & Wisran Hadi
- Original Local Script:Yes
- Company Name:CTRA Production
- Date:11 – 16 February, 2015
- Venue:Istana Budaya
- Language:Bahasa Melayu
- Ticket Prices:RM35, RM55, RM85, RM105, RM155
- Director:Rosminah Mohd Tahir
- Choreographer:A. Aris Kadir
- Lighting Designer:Unit Lampu / Lighting Unit – Abu Samah Yahya, Azrulnizam Aziz, Mohd Sujak Othman
- Set Designer:Najiffaizal Mohd Tawel
- Costume Designer:Hafizah Abdul Khadir
- Additional Designer:Pereka Audio / Audio Designer – Mazlan Hassim
- Property Master:Najiffaizal Mohd Tawel
- Make-up Artist:Suhailah Awang, Sheikh Abdul Nasser Abdullah
- Stage Crew:Mohd Fareez Sadikan, Nik Mohd Fadzir Nik Ismail, Mohd Alizar Sulaiman
- Principal Cast:
Sherry Alhadad, Shahrul Mizad Ashari, Amy Mastura, Misha Omar, Juhara Ayob, Nad Zainal, Dayang Kartini Awang Bujang, Dina Nadzir, Zera Hariz
- Producer:Siti Rohayah Attan
- Production Manager:Zawiah Mohamad
- Stage Manager:Wan Azman Wan Ahmad
- Publicist:Pengarah Pemasaran / Marketing Director – Chloe Siao Hui Boon, Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi
- Additional Notes:
Pengarah Senireka / Art Design Director – Hazize San