Bidasari (2014)
Synopsis
There is currently no synopsis for this programme
Bidasari merupakan anak angkat kepada Saudagar Amir Abdullah. Saudagar Amir Abdullah telah berjumpa dengan Bidasari semasa beliau masih kecil di dalam sebuah jalur (sampan). Saudagar sedar bahawa Bidasari sebenarnya berkembar dengan seekor ikan. Jika ikan tersebut tidak berjumpa air, maka Bidasari tidak akan bernyawa lagi.
Sementara di Negeri Zamin Ambar, tempat tinggal Saudagar, Sultannya beristeri baru bernama Permaisuri Laila Sari dan cantik pula. Sultan mempunyai seorang anak yang sudah dewasa bernama Tengku Indra.
Permaisuri Laila Sari mempunyai sifat cemburu yang amat kuat, beliau tidak suka jika ada sesiapa perempuan yang lebih cantik darinya. Satu hari seorang pelukis memberi tahu Permaisuri bahawa terdapat seorang gadis yang sungguh cantik jelita serta kaya dengan budi bahasa.
Permaisuri mempunyai ‘cermin sakti’. Dari situ Permaisuri mengetahui bahawa benar ada seorang yang cantik darinya. Permaisuri begitu marah dan berusaha untuk mengetahui siapa gerangan perempuan tersebut. Dan akhirnya Permaisuri tahu, perempuan tersebut bernama ‘Bidasari’.
Satu hari Permaisuri menjemput Bidasari ke istana untuk membuat persembahan. Ketika inilah Tengku Indra terpandang akan kecantikan Bidasari, sementara Permaisuri meminta izin pada saudagar agar Bidasari tinggal di istana bersamanya. Maka di sinilah bermula, Permaisuri amat membenci Bidasari.
Tapi siapa sebenarnya Bidasari ini, di sebalik rantai yang dipakai semasa bayi yang masih disimpan oleh saudagar. Apa terjadi pada Tengku Indra yang telah jatuh hati kali pertama terhadap Bidasari…
Credits
- Original Local Script:Yes
- Company Name:Istana Budaya
- Date:10 – 17 February, 2014
- Venue:Istana Budaya
- Language:Bahasa Melayu
- Ticket Prices:RM30, RM50,RM70, RM100, RM150, RM250
- Director:Lokman Ghani
- Choreographer:Mohd Sharil Akla
- Musical Director:Rosli Abu Bakar
- Lighting Designer:Azzazizul Shuib
- Set Designer:Ahmad Termizi Mokhtar
- Costume Designer:Hafizah Khadir
- Multimedia Designer:Pengarah Multimedia / Multimedia Director – Najiffaizal Mohd Tawel
- Additional Designer:Pereka Grafik / Graphic Designer – Muhammad Syukri Salahuddin Pereka Animasi dan Visual / Animation and Visual Designer – Mohd Mahadzir Pereka Kesan Khas / Special Effects Designer – Jafri Hassan Pereka Kesan Bunyi / Sound Effects Designer – Mohd Zul’Amri Amiran
- Property Master:Najiffaizal Mohd Tawel
- Make-up Artist:Sheikh Nasser Abdullah
- Stage Crew:Norizayati Abdul Manaf, Sha’ari Hashim, Zulfahmi Marzuki, Abd Hadi Malik, Barat Anak Enchan, Hamdan Jamuri, Mohd Anuar Zakaria, Mohamad Fathil Sapuan, Mohd Fazley Yunus, Mohd Mazran Mohd Mahizan, Maheran Abd Hamid, Nasarudin Mustafa, Wan Azman Wan Ahmad
- Principal Cast:
Nurfathia, Aiman Hakim Ridza, Hairul Azreen Idris, Dato’ Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Radhi Khalid, Norsiah Yatim, Che Wan Silat, Fadhilah Mansor, Abu Bakar Sulaiman, Ramli Rock, Roslan Harun, Mohd Hasnan
- Ensemble:
Artistana Istana Budaya, Kumpulan Istamuzika (OTM), Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia
- Artistic Director:Irwan Ismadi Shahrim
- Production Manager:Pengarah Produksi / Production Director – Ismail Yusof Pegawai Projek / Project Officer – Razmaiza Abd Aziz
- Stage Manager:Ramli Lani
- Publicist:Shapee Che Embi, Boniface Anak Babai, Mardiana Ali
- Additional Notes:
Pengarah Teknikal / Technical Director – Jamaluddin Md Noor, Noorsyimazurah Abdullah
Pengarah Senireka / Art Design Director – Hazize San
Pengarah Pemasaran / Marketing Director – Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi