Nyonya & The Gang (2013)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

NYONYA

Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dikenali sebagai Nyonya yang harus ‘berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.

Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang ke rumah Nyonya dan mahu membeli marmar rumahnya pula. Kemudian, Tuan mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya.

Pelbagai cara dan muslihat digunakan Tuan untuk mendekati Nyonya, apatah lagi mengetahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membengkak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil.

Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangi 3 keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut.

Naskah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan emosi kerana menampilkan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila kita mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir secara professional.

THE GANG

The Gang adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosikan gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.

Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat darisegi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik.

Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.

Credits

  • Playwright:Wisran Hadi & Siti Rohayah Attan
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:CTRA Production
  • Date:14 – 20 June, 2013
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Rosminah Mohd Tahir & Siti Rohayah Attan
  • Choreographer:A. Aris Kadir
  • Composer:Datuk Suhaimi Mohd Zain
  • Lighting Designer:Mohamed Azhar Zainal
  • Set Designer:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Costume Designer:Sarina Azizan
  • Multimedia Designer:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Additional Designer:Pereka Grafik / Graphic Designer – Chloe Siao Hui Boon
  • Property Master:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Make-up Artist:Nursyahiera Masri, Norsyida Marzuki
  • Stage Crew:Muhammad Azri Ali, Muhammad Fareez Abu Sabry
  • Principal Cast:

    Nyonya – Mardiana Alwi, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura Suhaimi, Misha Omar, Fara Fauzana Mohd Fadzil, Siti Rohkhaida Abdul Khalil,
    The Gang – Mohamad Mohd Nor, Nazurah Hanoom Hanafie, Syed Atiq Wan Long, Mohamad Faisal Mohd Yusoff, Muhd Maaruf, Fariz Azim Abd Karim, Fariza Amira Abd Karim, Muhammad Izzuddin Mohtar, Muhammad Irham Shah Mohd Fairuz Shah Mehir, Rasyiqah Athirah Ramlan, Nurul Fatin Aqilah Abdul Rahim, Marsya Naima Ismail Naim, Nur Syamini Athirah Abdul Razak, Muhd Firdaus Nor Afandi, Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen, Fahezul Azri Suhaimi, Sharmila a/p Rajendran, Pavithraah a/p Rajendran, Lydia Esra Atak Hikmet Atak, Nur Nazira Harizan

  • Producer:Siti Rohayah Attan
  • Production Manager:Nur Ameera Mohd Ramli
  • Stage Manager:Ramli Lani
  • Publicist:Amer Shafiq Khalip