Teater Muzikal Gerimis Mengundang (2012)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Pernahkah kita terpaksa memilih di antara dua persimpangan dalam kehidupan? Itulah yang dialami oleh Zamani (Kamal Adli) seorang juruterbang muda yang berhadapan dengan kemelut percintaan di antara dua orang gadis yang meminatinya iaitu Yana (Shenthy Feliziana) dan Cinta (Mikha Tambayong).

Antara persimpangan ini, ada Rizal (Mustaqim Mohamed Zaki) hadir ketika Zamani, Yana dan Cinta membuat pilihan, jalan kehidupannya.

Pada masa yang sama, rakan baik Zamani, Jering (Taiyuddin Bakar) berhadapan dengan konflik dengan kekasih hatinya iaitu Mulan (Najua P. Ramlee) apabila Mulan sakit hati dengan kelakuan Jering.

Persimpangan ini telah menyebabkan Zamani terpaksa memilih salah seorang antara mereka. Dan pilihan itu juga, telah menyebab berlakunya sebuah kisah tragis, yang pastinya pernah dihadapi oleh kita semua.

Siapa yang menjadi pilihan hati Zamani?

Benarkah Cinta Hingga Ke Penghujungnya…

Credits

  • Playwright:Azwan Annuar
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Excellent Pictures, Erama Creative, Global Network
  • Date:27 March – 8 April, 2012
  • Venue:Istana Budaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Ticket Prices:RM38, RM58, RM78, RM98, RM108, RM128, RM158, RM188, RM308
  • Director:Ahmad Idham
  • Choreographer:Belalang
  • Musical Director:Jasnie Mohd Yaakub
  • Principal Cast:

    Kamal Adli, Mikha Tambayong, Taiyuddin Bakar, Najua P. Ramlee, Mustaqim Mohamed Zaki, Shenty Feliziana Bte Sudirman, Rosli Mohd Taib, Sharif Kunal, Sharif Kadil, Mohd Syaiful

  • Producer:Datuk Md Afendi Bin Hj Hamdan, Den Wahab, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Azlan Shah Jaffril