Bangsawan Lima Bersaudara (2010)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Di sebuah negara di hujung benua terdapat lima orang kanak-kanak yatim piatu, mereka terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Mereka berlima ini adalah dari keturunan Raja-Raja besar. Malang menimpa nasib lima kanak-kanak ini kerana dalam usia yang sangat kecil telah menjadi yatim piatu, lalu mereka berlima telah ditempatkan dan dibesarkan di sebuah penginapan yang dijaga oleh seorang tua yang dipanggil Tok Guru, manakala tempat itu dipanggil Balai Pengajian.

Di Balai Pengajian ini mereka diajar tentang kehidupan, ilmu pengubatan, persilatan, ilmu agama serta adat istiadat dan peraturan keturunan Raja-Raja. Nalza Lirza adalah seorang yang keras hati, memberontak untuk keluar dari Balai Penginapan kerana ingin melihat dunia luar. Namun tidak dibenarkan oleh Tok Guru kerana usianya masih muda. Iriasukh dan Anirbas adalah dua bersaudara yang juga telah tinggal lama di Balai Pengajian dan disenangi oleh rakan-rakan yang lain kerana mereka bersifat jujur dan berhati mulia.

Suatu hari Tok Guru telah memperkenalkan kepada penghuni Balai Pengajian ada dua orang lagi rakan baru yang juga senasib dengan mereka iaitu Halla Abmah dan adiknya Aifos Haras. Sejak tinggal di Balai Pengajian – Aifos Haras, telah jatuh sakit, murung dan tidak lalu makan. Sedih meratapi nasib sehingga wajahnya sugul dan tubuhnya menjadi kurus. Halla Abmah berasa gundah gulana kerana teringat pesan ayahandanya agar dia menjaga adiknya jika musibah menimpa keluarga. Lalu Tok Guru telah mengarahkan Nalza Lirza, Iriasukh untuk membantu Halla Abmah mencari penawar bagi mengubati penyakit Aifos Haras.

Ketiga-tiga mereka, Halla Abmah, Iriasukh dan Nalza Lirza meninggalkan Balai Pengajian untuk mengembara. Sepanjang pengembaraan mereka telah memasuki Hutan Urib, menyelam ke dasar Laut Anic Natales dan mendaki Gunung Ulabanik. Pelbagai halangan dan rintangan yang ditempuhi, bermacam cubaan dan dugaan yang dihadapi, namun semuanya dapat diatasi oleh mereka.

Tetapi adakah mereka berjaya membawa pulang penawar yang dicari bagi mengubati penyakit Aifos Haras…?

Credits

  • Playwright:Marlenny Deenerwan
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:Pertubuhan Warisan Seni Tari dan Muzik Melayu Kuala Lumpur dan Selangor (MAWARKU), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
  • Date:24 – 27 December, 2010
  • Total Showing:4
  • Venue:Panggung Bandaraya DBKL
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Zulkarnain Ramly
  • Choreographer:Nik Mohd Fadly Nik Mat, Koreografer Extra Turn / Extra Turn Choreographer – Mohamad Safran Nawi
  • Musical Director:Luqman Abdul Aziz
  • Lighting Designer:Amar Asyraf bin Zailuddin
  • Set Designer:Ibrahim Ali (Ayim)
  • Costume Designer:Afzainizam Mahmad
  • Additional Designer:Pengurus Audio / Audio Manager – Adi Syukran Aziz
  • Property Master:Mohammad Shafri Mohamad Ros
  • Make-up Artist:Fahizal Ismail (Is Petronas)
  • Stage Crew:Nor Fazila Bte Ibrahim, Nazrul Nizam Berhan, Amin Fareez Mohd Akhair, Mohd Zulkarnain Tahir
  • Principal Cast:

    Ahmad Zaidyansjah bin Ruddyansjah, Amirul Zaidanial Asyraff bin Mohd Rashdan, Muhammad Danial bin Mohd Nazri, Nurbatrisyia binti Muhamed Fathil, Nurul Aisyah Adlina binti Abdul Halim, Rosdeen bin Suboh, Salida Ibrahim

  • Ensemble:

    Ahmad Syazwan bin Mahamud, Danial Afiq bin Mohamad Asri, Saifulwazien bin Mohd Jelani, Aneesa Siti Norshazliana binti Afzanizam, Aiman Iskandar Ridzwan bin Afzanizam, Mohd Naza Asyaqeef bin Nazarul Saidi,, Muhammad haiqal Eqmal bin Hazali, M. Naza Ashayeed bin Nazarul Saidi, Ummi Uzzamiah binti Mahamud, Nur Nasya Fareena binti Zulkarnin, Anatasya Siti Natasya binti Afzanizam, Nurul Amira Adlina binti Abdul Halim, Aida Rasyidah binti Ruddyansjah, Amirah Huwaina binti Rohidin, Zulaiqa Maisara binti Zulkafli

  • Producer:Dato’ Norliza Rofli
  • Stage Manager:Badrul Izwanni Bahador
  • Publicist:Pemasaran & Promosi / Marketing & Promotion – Ezlina Alias, Hasanal Redzuan, Rozita Abd Rahim Siti Anah Ambelu
  • Additional Notes:

    Penasihat Music / Music Advisor – Suflan Faidzal Arshad (Jai)

  • Other Information:

    Pemuzik / Musician – Orkes Sri Kesuma Mancar (Mohd Shahhakam Mokhtar, Shahhaklim Mokhtar, Syahmi Alif, Shah Rezza Abdul Aziz, Khazrin Yani Mohd Raya, Khairul Khalil, Noorazmira Rahim, Nurayuni Sapuan