Gamat (2010)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Muzikal Gamat membawa mesej untuk gaya hidup sihat, sayangkan alam sekitar dan pentingnya mendengar nasihat ibu bapa. Ia membawa kisah tentang kehidupan di dasar laut yang penuh dengan suka dan duka. Ada yang sakit akibat terkena sisa toksik yang dibuang oleh manusia. Banyak lagi penyakit lain yang melanda akibat kecuaian kita terhadap penjagaan kesihatan dan alam sekitar.

Pada suatu hari, Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Tiba-tiba mereka tersesat ketika leka dan seronok bermain. Mereka berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang sedang ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya, sedangkan, Ibu dan Bapanya menyuruh Mat duduk di rumah sahaja.

Di Karang Puaka, Kurita sakit terkena sisa toksik yang dibuang manusia ke laut. Kurita mengarahkan pengikutnya Obor-obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-obor tersalah tangkap Mat. Kurita sangat marah dan bertambah sakit.

Apabila Ibu Gamat sedar anaknya hilang, dia berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut) yang memberi petunjuk kepada Ibu Gamat untuk mencari anaknya.

Dalam perjalanan mereka, mereka berjumpa dengan pelbagai penghuni laut seperti kuda laut (jururawat), ikan barakuda yang berani dan umang-umang serta landak laut yang nakal.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut dan berjanji tidak mengganggu penghuni laut yang lain.

Credits

  • Playwright:Zafri Husin
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:CTRA Production
  • Date:12 – 21 March 2010
  • Total Showing:11
  • Venue:MaTic
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Zafri Husin
  • Choreographer:Syed Mustapha Syed Mohd Yassin
  • Musical Director:Mohd Hafiz Askiak
  • Lighting Designer:Zulkifli Rashid
  • Set Designer:Hanafi Wahab
  • Costume Designer:Sarina Azizan & Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin
  • Make-up Artist:Nur Syahida Mohd Marzuki, Ahmad Asmawi Puteh, Suhaila Awang, Siti Nur Katijah Abd Malek & Aniza Jalal
  • Stage Crew:Mohd Rasali Jusoh, Mohd Nazry Mohd Rani, Muhd Hisyamuddin Abdullah, Edil Jaafar, Azrul Nizam Shahrir & Mohd Fauzi Azmi
  • Principal Cast:

    Amy Mastura, Ziana Zain, Misha Omar, Zuhairi Ibrahim, Aidil Solehin Marhalim & Nur Syahida Marzuki

  • Producer:Siti Rohayah Attan
  • Stage Manager:Badrul Izwanni Bahador
  • Publicist:Zurina Jantan