Muzikal Ibu Zain (2009)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Zainun Munsyi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain, membesar sebagai seorang kanak-kanak perempuan yang cergas dan cerdas. Latar belakang pendidikan agama yang dititipkan oleh bapanya dan ketegasan bapa menghantarnya bersekolah Inggeris telah membuka mata dan jiwa Zainun untuk menjadi pendidik bangsa bukan sahaja melalui jawatan guru yang sangat disenanginya tetapi juga sebagai pengarang yang ditekuninya dan pejuang masyarakat yang membawanya menjadi pelopor pejuang wanita berjiwa perkasa.

Laluan hayat yang ditempuhinya adalah waktu-waktu penuh getir zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Komunis, Darurat dan kebangkitan penentangan Malayan Union sehingga Malaya mendapat kemerdekaan. Layar masa sebagai isteri kemudian menjadi ibu tunggal beranak tiga dan pada masa yang sama pemimpin kaum ibu sangat menguji kesabaran jiwa dan raga.

Ibu Zain terpaksa akur tidak melnjutkan pelajaran kerana masyarakat waktu itu menolak anak perempuan belajar tinggi. Tetapi, dia mengubati kekecewaan dengan mendirikan sekolah untuk orang kampungnya belajar membaca dan menulis. Beliau difitnah berkasih dengan Dr. Burhanuddin Helmi oleh ahli UMNO sendiri, sedangkan keakraban mereka kerana mewakili negara ke Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi. Namun, beliau tetap gigih berjuang.

Ibu Zain juga diberhentikan kerja kerana kelantangannya menentang Malayan Union dan dihina kerana hendak mendirikan rumah kecil di kawasan bangsawan. Ibu Zain kebal dan cekal mengharungi segala cabaran. Suatu ketika walaupun masih sakit kerana tertembak beliau masih mampu berpidato untuk menyekat Dato’ Onn daripada meninggalkan UMNO.

Apa yang ingin diperjuangkan Ibu Zain adalah melihat anak bangsanya bebas dan merdeka bukan sahaja daripada penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat kemajuan. Keutamaan perjuangan yang mendasar adalah pendidikan akademik dan agama mestilah seimbang seperti katanya “Agama dididik moden dibela”. Wanita bukan sahaja muslimah dan pekerja yang baik tetapi paling penting ibu yang sempurna yang dapat mendidik anak-anaknya menjadi warga negara yang berguna. Hasrat ini diterjemahkan di setiap detik perjuangannya dan diperkukuhkan dengan penubuhan Kolej Tengku Ampuan Mariam yang beroperasi di Istana Mastika Embun Johor Baharu kurniaan Tengku Mariam, adinda Sultan Johor. Di sinilah Ibu Zain mengabadikan semangat dan keringatnya hingga akhir hayat.

Credits

  • Playwright:Rosminah Tahir
  • Original Local Script:Yes
  • Company Name:PPWM, CTRA Production, Istana Budaya, ASWARA, De’ Media and Event Entertainment
  • Date:13 – 22 March, 2009
  • Venue:MaTic
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Rosminah Tahir
  • Scenographer:Hamzah Tahir
  • Choreographer:Sharip Zainal Sagkif Shek
  • Musical Director:Nik Nizam Jaafar
  • Set Designer:Hamzah Mohd Tahir
  • Costume Designer:Sarena Azizan
  • Additional Designer:Pereka Grafik / Graphic Designer – Najif Faizal Mohd Tawel
  • Property Master:Mohd Termizi Mokhtar
  • Make-up Artist:Istiadziah Ishak
  • Stage Crew:Mohd Shahrul Mizad Ashaari, Mohd Fauzuly Hamdan Tahir, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, Siti Aishah Ali, Wan Azman Wan Ahmad Nassruddin Mustaffa, Hisyammudin bin Abdullah, Edil bin Jaafar, Muhd Hasrull Mohd Daud, Muhd Al-Sufi Ab. Razak, Khairol Azry Shohaimy, Muhammad Azhar Zainal, Nor Atiqah Bt Ahmad, Mohd Faizal b Othman, Mohd Noor Danial
  • Principal Cast:

    Liza Othman, Hamzah Mohd Tahir, Nur Fatimah, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, Sarah Batrisyia Ahmad Salman, Dato’ Rahim Razali, Dato’ Jalaluddin Hassan, Zuhairi Ibrahim, Mazin Ameen Siraj, Natasha Hudson, Avaa Vanja, Farah Adila Apandi, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, Najua binti Nasir P. Ramlee, Intan Diyana Zainal Abidin, Jeffri Haron, Roydy Anuar Mohd Sauly, Siti Ameira Zulaikha Hamsuri, Nurul Syariza Nor Azim, Rasdi Daud, Mohd Hafdzi Abdul Abdul Rashid @ Haf Dzi Sofi

  • Producer:Siti Rohayah Attan
  • Production Manager:Z. Azurin Jantan
  • Stage Manager:Mohd Shahrul Mizad Ashaari
  • Additional Notes:

    Pengarah Teknikal / Technical Director – Azizul Zahid Jamil
    Penyelaras Produksi / Production Coordinator – Zawiah Mohamad