Ribut (1983)

Synopsis

There is currently no synopsis for this programme

Lu-Kuei, seorang pelayan di kediaman hartawan Chou Pu-Yuan, menggunakan segala daya dan helah supaya kedudukannya bersama anaknya Ssu-Feng terjamin di situ, demi mengejar sedikit keselesaan pekerjaan dan wang ringgit. Kepulangan isterinya Lu-Ma membongkar semula rahsia-rahsia yang lama terpendam berkenaan keluarga orang kaya pemilik lombong itu.

Lu-Ma sebenarnya adalah bekas kekasih orang kaya Chou yang telah diusir 30 tahun yang lalu demi mempertahankan nama baik keluarga, walaupun perhubungan tersebut telah melahirkan dua anak lelaki yang masing-masing kini telah dewasa.

Anak sulung yang bernama Chou-Ping dibesarkan dalam kemewahan yang membuatnya berpekerti lemah, sehingga pernah melayan kehendak nafsu Fan-Yi – ibu tirinya sendiri. Sekarang Chou-Ping mengejar cinta Ssu-Feng yang membalas kasihnya. Keadaan sebegitu menyebabkan Fan-Yi kehilangan pedoman dan pertimbangan akal.

Anak kedua yang bernama Ta-Hai, yang sejak kecil dibesarkan oleh ibunya yang telah tersingkir, datang sebagai wakil pekerja-pekerja lombong untuk menentang ayah yang tidak dikenalinya itu, kerana kezaliman dan penindasan yang baru saja berlaku di lombong kepunyaan Chou.

Anak bongsu Chou melalui perkahwinannya dengan Fan-Yi pula, bernama Chou-Chung, adalah pemuda yang penuh dengan idealisma dan cita-cita murni membela nasib golongan tertindas. Dia menentang tindakan ayahnya terhadap pekerja-pekerja, serta juga ingin membiayai pelajaran Ssu-Feng supaya gadis yang tidak pernah bersekolah itu mampu mendapat pelajaran dan layak dijadikan teman hidupnya.

Dengan berlatarkan masyarakat di mana perbezaan darjat menghalang pertalian antara manusia, perhubungan cinta Chou-Ping dan Ssu-Feng menjejaskan benteng kehormatan keluarga Chou, lalu mencetuskan keributan suasana. Bertambah tragedinya apabila ternyata pula pertalian darah antara dua kekasih yang malang itu.

Namun begitu, takdir tetap memberikan penentuan keadilan, di mana perbuatan angkara generasi yang lebih awal lambat laun memakan korbannya. Di dalam hujan ribut yang bergelora, Ssu-Feng dan Chou-Chung yang baru menjangkau dewasa menemui maut yang ngeri sebagai ganjaran dosa-dosa ayah dan ibu-ibu mereka.

Credits

  • Playwright:Cao Yu, Translation – Abdul Rahman Adnan
  • Company Name:The 80’s Drama Centre
  • Date:31 December 1983 – 3 January 1984
  • Venue:Panggung Eksperimen, Universiti Malaya
  • Language:Bahasa Melayu
  • Director:Mustafa Noor
  • Dramaturg:Abdul Rahman Adnan
  • Principal Cast:

    Ahmad Yatim, Fatimah Abu Bakar, Ibrahim Akir, Adnan Hussein, Faridah Merican, Mustafa Noor, Abdul Rahman Adnan, Asiah Sarji

  • Producer:K. Vijayan and Abdul Rahman Adnan
  • Artistic Director:Mustafa Noor
  • Other Information:

    Design and Stage Team – Normah Nordin, Najib Nor, Sharifah Zuriah Aljefri, Wairah Marzuki, Ibrahim Sulaiman, Azizah Abdul Jalil, Ariff Awaluddin, Khairiyah Bamadhaj, Mohd Noor Yaacob, Liza Othman, Rashid Rahim, Zainal Jaslam, Safiah Salim Kajai