Kronologi Penapisan MY Art Memory Project adalah satu rekod berkaitan kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Penapisan bermaksud apabila bahan-bahan (seperti bahan-bahan penerbitan dan filem) dinilai secara objektif, dan bahan yang dianggap sebagai sensitif atau memudaratkan disekat atau dimusnahkan (Merriam-Webster dictionary). Pangkalan data ini mempunyai kes-kes di mana terdapat niat yang jelas untuk menapis, dan tindakan yang diambil terhadap perkara tersebut, namun karya tersebut terlepas dari ditapis atas banyak sebab. Walaupun terdapat di mana tiada tindakan muktamad berkenaan penapisan dibuat, kontroversi terhadap kesenian dan kebudayaan memberikan maklumat bermanfaat terhadap percubaan, rasional dan fungsi penapisan serta dalam masa yang sama reaksi yang diterima.
Penapisan Kesenian dan Kebudayaan di Malaya/Malaysia
Setiap entri adalah ringkasan maklumat sahaja, bertujuan untuk memudahkan peristiwa itu didaftarkan dalam rekod awam, dan semoga dapat menggalakkan penyelidikan dan dokumentasi lebih lanjut. Untuk Projek Perintis, kami telah menyenaraikan 55 peristiwa untuk mengaktifkan kronologi ini. Undang-undang, peraturan dan badan-badan pentadbir dan pelaksana yang menapis karya seni akan ditambah dalam Kronologi ini dari semasa ke semasa.
Maklumat yang terdapat dalam Kronologi Penapisan MY Art Memory Project adalah tepat sepanjang pengetahuan kami. Sila hubungi kami jika ada maklumat yang tidak tepat, atau jika anda mempunyai maklumat tambahan atau dokumen yang ingin disumbangkan. Bantu kami mengembangkan arkib yang penting ini dengan menghantar maklumat yang disahkan berkaitan penapisan seni. Sila hubungi kami.