Randai Puti Gondan Gondoriah (2018)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

Naskah drama Puti Gondan Gondoriah merupakan adaptasi dari sebuah kaba Minangkabau yang berjudul Anggun Nan Tongga dan Naskah Wisran Hadi Nan Tongga. Naskah Drama Puti Gondoriah menceritakan sebuah kisah percintaan antara Puti Gondan Gondoriah dengan Anggun Nan Tongga yang telah dijalini sejak mereka masih bayi merah. Namun kisah cinta yang mereka telah jalani ini akhirnya menimbulkan masalah akibat daripada untaian kata janji yang di utarakan sebelum kapal Anggun Nan Tongga pergi menyeberang pulau untuk pencarian mamaknya. Janji Anggun Nan Tongga kepada kekasihnya Puti Gondoriah yang akan membawa 120 permainan dan salah satunya burung nuri yang pandai bicara menjadi perselisihan di dalam cerita ini.

Di tengah perjalanan Anggun di pulau Jawa, janjinya kepada Puti Gondoriah telah dia laksanakan termasuk burung nuri yang pandai bicara, namun apa daya malapetaka datang membawa khabar derita bahawa bagi Puti Gondoriah yang senantiasa menanti kehadiran tunangannya itu. Bukan khabar baik yang Puti Gondoriah dapatkan, tetapi sebaliknya tentang perkhabaran persuntingan Anggun Nan Tongga dengan perempuan lain yang dibawakan oleh seekor burung nuri, burung yang telah dijanjikan Anggun untuk diberikan kepada tunangannya Puti Gondoriah.

Penghargaan

  • Penulis:Rizki Asdiarman, adaptasi Kaba Anggun Nan Tongga
  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Canvabitara Production, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Tarikh:1 – 3 March, 2018
  • Jumlah Pementasan:4
  • Tempat Pementasan:Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Harga Tiket:RM10
  • Pengarah:Darvil Juana Evon, Solehah Mat Zim
  • Koreografer:Koreografer Randai / Randai Choreographer – Puteri Shaqirah Koreografer Silat / Silat Choreographer – Amirul Fahmie
  • Pelakon Utama:

    Fikri Dean, Nur Ivaniea, Putera Haritz, Saidatul Laila, Aidil Adwa, NurNabilatul Nisya, Che Nur Aisyah

  • Penerbit:Canvabitara Production, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Pengurus Produksi:Muhammad Aidil Adwa Bin Ali
  • Publisiti:Muhamad Aiman Afiq Bin Zulkipli, Muhamad Aidil Idham Bin Aziz
  • Nota Tambahan:

    Bimbingan / Guidance – Lena Farida Hussain Chin, Nor Shuradi Nor Hashim Pengurus Eksekutif / Executive Manager – Putri Nabila Binti Mohd Yaddi