Bahayanya Wanita (2013)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

Syed Maadon Al-Sidek seorang tokoh korporat yang berjaya di dalam perniagaannya hasil kekayaan isteri pertamanya Sharifah Fatimah Maruka. Syed Maadon Al-Sidek merasa tercabar kelakiannya apabila dia gagal menundukkan ego Sharifah Fatimah Maruka hanya kerana banyak terhutang budi dengan isterinya itu. Sharifah merupakan tokoh wanita yang berwibawa, tegas dan garang. Presiden kepada Persatuan Wanita Teraniaya Malaysia. Malangnya perkahwinan mereka gagal menghasilkan zuriat kerana Sharifah Fatimah Maruka mandul.

Kamelia dikahwini kerana sikapnya yang bertentangan dengan Sharifah Fatimah Maruka. Syed Maadon dijaga bagai menatang minyak yang penuh hinggakan ada ketikanya Syed Maadon merasakan Kamelia menjaganya seperti seorang bayi. Sebagai seorang perempuan, sesungguhnya Kamelia boleh dikategorikan ‘perfect’ dari segi menjalankan tanggungjawabnya menjaga suami dan rumahtangganya. Namun berbeza bagi Syed Maadon apabila dia merasakan Kamelia adalah isteri yang merimaskan.

Maka dengan alasan itu Syed Maadon menikahi pula Farhana. Seorang gadis muda yang manja dan cantik. Di awal perkahwinan Farhana sanggup hidup bermadu tetapi tidak semudah yang dia sangkakan. Akhirnya setiap hari Farhana akan mencipta masalah agar Syed Maadon memberikan tumpuan yang lebih kepadanya.

Masalah demi masalah yang dicipta oleh Farhana ini mencetuskan ribut taufan kepada hubungan antara Syed Maadon dengan isteri-isterinya yang lain. Sudah tentu Sharifah Fatima Maruka dan Kamelia tidak sanggup hendak mengalah semata-mata untuk Farhana. Modal utama Farhana sekiranya Syed Maadon tidak mahu ikut kehendaknya adalah ugutan membunuh diri.

Syed Maadon menjadi bertambah kusut masai. Dia cuba mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan rumahtangga dia ini.

Ustaz Jon adalah rujukan utama Syed Maadon.

Penghargaan

  • Penulis:Fatimah Rahmah (Eirma Fatimah)
  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Frensis Sdn Bhd, Istana Budaya
  • Tarikh:20 – 31 December, 2013
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Pengarah:Bombay
  • Koreografer:Mohammad Akmal Ayob
  • Pengarah Muzikal:Cat Farish
  • Pereka Tatacahaya:Azzazizal Shuib
  • Pereka Set:Najiffaizal Mohd Tawel
  • Pereka Kostum:Sarina Azizan
  • Pereka Multimedia:Pengarah Multimedia & Kesan-kesan Khas / Multimedia & Special Effect Director – Jamaludin Md Nor
  • Lain-lain Pereka:Pereka Grafik / Graphic Designer – Frederick Ngieng Hock Teck Pereka Kesan Khas Bunyi / Special Sound Effect Designer – Mohd Zul Amri Amran Pereka Audiovisual / Audiovisual Designer – Jaffri Hassan Pereka Visual / Visual Designer – Mohamad Mahadzir Mohamad Hanafiah Pengadun Bunyi / Sound Mixer – Anuar Mohamad Kassim
  • Property Master:Nazrul Asraff Mahzan
  • Penata Rias:Sheikh Abdul Nasser Abdullah
  • Pelakon Utama:

    Erra Fazira, Umie Aida, Zizan Razak, Nora Danish, Johan As’ari, Eirma Fatimah, Ziela Jalil, Lana Nordin, Syanie, Haliza Misbun, Betty Rahmad, Rosminah Tahir, Laila Nasir, Nurhashimah Nikmat, Rudy Imran, Abu Bakar Sulaiman

  • Ensemble:

    Artis Budaya – Siti Norhabsah Sheikh Ahmad, Roszilawati Abd. Rahim, Norsiah Mohd Yatim, Azizah Abdul Aziz, Samsuraya Sulaiman, Hanipah Hairi, Norhaslinda Abdul Manaf, Norhasimah Leman, Noorashikin Fadhil, Norsyafinas Roselan, Norazreen Mohd Arsad, Nurul Zafirah Tukiran, Mohd Shahrul Nizam Ismail, Muhammad Amirul Hairol Saleh, Mohd Nizam Elias, Zamri Mohamad, Rudy De Luna Jr, Mohd Faizal Kamari, Mohamad Hasnan Abu Bakar

  • Penerbit:Frensis Sdn Bhd
  • Pengarah Artistik:Irwan Ismadi Shahrim
  • Pengurus Produksi:Nira Rash
  • Pengurus Pentas:Ramli Lani
  • Publisiti:Pengarah Pemasaran / Marketing Director – Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi
  • Nota Tambahan:

    Penasihat Produksi / Production Advisor – Fatimah Rahmah (Eirma Fatimah)
    Pengarah Teknikal Teater / Theatre Technical Director – Mohd Nizam Abu Bakar
    Pengurus Panggung / Front-of-House Manager – Rahimidin Zahari
    Pengarah Teknikal / Technical Director – Noorsyimahzurah Abdullah
    Pengarah Senireka / Design Art Director – Hazize San
    Pengarah Produksi / Production Director – Ismail Yusuf