Gelanggang Tuk Wali (2011)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

“Gelanggang Tuk Wali” mengisahkan tentang kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat bernama Wak Raja Wailudin Raja bin Raja Agus Salam atau Tuk Wali dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya yang pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan generasi lama. Melalui watak Tuk Wali, penulis menyingkapkan pergolakan masyarakat khususnya golongan muda pada hari ini yang semakin melupakan nilai-nilai budaya yang perlu dipelihara dan diamalkan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Pelbagai masalah sosial diketengahkan oleh penulis seperti menyalahgunakan dadah, dengki khianat dan tamak haloba yang akhirnya membawa padah dan kehancuran kepada masyarakat pada hari ini. Plot drama dijalin dengan baik dan menarik melalui unsur-unsur suspen yang menimbulkan persoalan pada penonton. Sarat dengan mesej di sebalik dialog-dialog yang banyak menjurus kepada adat, budaya bangsa dan agama, “Gelanggang Tuk Wali” turut menyelitkan falsafah-falsafah yang tersirat melalui dialog-dialog yang humor dan bersahaja dengan bahasa yang mudah difahami.

Penghargaan

  • Penulis:Ismail Kassan
  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Beringin Entertainment & Istana Budaya
  • Tarikh:28 – 30 July, 2011
  • Jumlah Pementasan:4
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Harga Tiket:RM25, RM35, RM50
  • Pengarah:Joosaidy Johari
  • Koreografer:Mohd Nizam Elias
  • Pengarah Muzikal:Mohd Yazid Zakaria
  • Pereka Set:Zaide
  • Pereka Kostum:Keny Mokhtar
  • Lain-lain Pereka:Pereka Grafik / Graphic Designer – Sam Madzlan
  • Property Master:Zaide
  • Penata Rias:Danker Abdullah
  • Pelakon Utama:

    Mazlan Tahir, Syazwan Hashim, Umi Kalsom, Alex Yanz, Zakaria Yusof, Eiz Omea, Syafie, Afzan, Azam Inzec, Fizmey, Jaslin, Atrash, Afiq Muiz

  • Pengarah Artistik:Irwan Ismadi Shahrim
  • Pengurus Produksi:Tony
  • Pengurus Pentas:Sha’ari Hashim