Mak Yong Dewa Muda 2 (2001)
Sinopsis
There is currently no synopsis for this programme
Ramalan akan bertemunya Puteri Ratna Mas, anak Raja Bota di kayangan dalam ‘Dewa Muda 1’ telah membawa Dewa Muda dan kekandanya, Awang Si Jambul Lebat ke kayangan dengan meniti tali Wau Beremas yang tersangkut di taman Raja Bota.
‘Dewa Muda 2’ pula mengisahkan tentang Puteri Ratna Mas yang mula tertarik pada Dewa Muda dan untuk mengelak dari diketahui ayahanda dan bondanya, Puteri Ratna Mas telah menyembunyikan Dewa Muda di bilik peraduannya dengan menukarkan Dewa Muda menjadi bunga putih. Kasih mereka kian mesra, sehinggalah Inang Bongsu mula mengesyaki sesuatu setelah makanan yang selalu dihidangkan kepada Puteri Ratna Mas lebih dari sepatutnya. Inang Bongsu mula bertindak dengan memasang perangkap Belatik Mbak.
Setelah mendapati adindanya pengsan terkena belatik mbak, Awang Si Jambul Lebat cuba memulihkannya tetapi gagal, lalu Dewa Muda dibawa turun ke bumi dan dikhabarkan kepada bondanya, Puteri Selindungan Bulan. Urusan pengebumiannya sedang berlangsung dan tiba-tiba muncul Puteri Ratna Mas yang menjelma sebagai bomoh bersama Inang Bongsu. Tersedarnya Dewa Muda yang disangka mati dari Keranda Bermas telah menggembirakan semua tetapi pada akhirnya ada suara ghaib yang memberitahu mereka yang Puteri Ratna Mas dan Dewa Muda sebenarnya adik-beradik.
Penghargaan
- Karya Tempatan Asli:Yes
- Nama Kumpulan:Akademi Seni Kebangsaan
- Tarikh:4 – 6 May, 2001
- Jumlah Pementasan:3
- Tempat Pementasan:Panggung Eksperimen (ET), Jalan Tun Ismail
- Bahasa:{post_terms_theatre_language}
- Harga Tiket:RM5, RM10
- Pengarah:Engku Normalareesa Engku Malik
- Koreografer:Noor Hayati Zakaria
- Pengarah Muzikal:Mohd Kamarul Bahri Husin
- Pereka Tatacahaya:Abdul Sham Abd Razak
- Pereka Set:Shahrul Mizad Ashaari, Baharudin Bahrin Ramli
- Pereka Kostum:Rosman Ishak
- Lain-lain Pereka:Penata Bunyi / Sound Designer – Shahril Nizam, Ho Kok Keong
- Property Master:Shahrul Mizad Ashaari, Baharudin Bahrin Ramli
- Penata Rias:Rosman Ishak
- Kru Pentas:Mohd Nazar Kamarudin, Sharizan Sahamat, Khairul Anuar Ramli, Mohd Azrul Razilah, Azman @ Mohd Nor Muhammudin, Md Nizam Abd Rahman
- Pelakon Utama:
Marlenny Deen Erwan, Nor Hidayah Asari, Baharuddin Bahrin Bin Ramli, Mohammad Hariry Bin Abdul Jalil, Rime Nazren Bin Abd Razak, Noor Emelia Bt Mohd Saad, Yuzi Malini Nik Mat Zin, Dzellfa Zainal Abidin, Mohd Hady Mohd Tahir
- Ensemble:
Penari dan Inang / Dancer and Inang – Pauline anak Santok, Zamzuriah Zahari, Rozila Abd Rahman, Nor Hazlinda Harmaini, Sariza Samsudin, Mohd Firdaus Mustapha Kamal, Isa Romtie
Wak Tukang – Lugmanul Haki Mohd Din, Isa Romtie, Mohd Fauzi Rais - Penerbit:Akademi Seni Kebangsaaan
- Pengurus Produksi:Mardiana Ismail
- Pengurus Pentas:Zurairi Hanip
- Publisiti:Mardiana Ismail, Nooraini Harun
- Nota Tambahan:
Pengarah Teknikal / Technical Director – Azizul Zahid Jamal
Pengurus Panggung / Front of House Manager – Salmah Osman - Maklumat Lain:
Pemuzik / Musician – Ibrahim Senik, Che Mohd Nasir Yusof, Isyam Swardy Daud, Mohd Kamarul Bahri Husin, Alina Rahman, Mohd Razif Nizam Abdullah, Bahizal Abu Bakar, Ismail Mamat