Di taman permainan kau boleh kutip lebih banyak honesty daripada di mimbar dan pulpit. Selalunya orang paling hampir dengan diri sebenar mereka waktu tengah bermain or enjoying themselves, dan keeping up appearances langsung hilang dari kamus.
It was in that spirit that I enjoyed tayangan filem-filem pendek dalam A Company of Shorts (8 – 9 Okt 2005, Help Institute, KL) yang rupanya, 9 out of 10 of the directors adalah keturunan Cina, dan filem mereka adalah in Chinese with English subtitles. Filem-filem independen biasanya lebih ikhlas dalam menelanjangkan apa yang terbuku di dalam masyarakatnya. Jadi aku ambik kesempatan tu untuk menguak tabir dan memberi minum kepada kucing curiosity aku.
Ya lah, aku mengaku: tak banyak yang sebenarnya aku betul-betul tahu tentang The Others di Malaysia ni. Walaupun aku ada juga duduk-duduk minum dan berborak dengan member-member dari bangsa lain, ianya tak lebih dari sekadar surface understanding. Siapa mereka ni sebenarnya? Entah, aku tak tahu.
Bagi 60 peratus masyarakat di tanah ni, norma-norma masyarakat kaum Cina tu segelap perigi Ringu, walaupun kita dah seabad-setengah hidup berdampingan. Dan pasca-80-an, cermin tingkap kepada dunia mereka tu semakin berkabus. Lapis-lapis makna yang menguliti diri mereka tu semakin hilang. Yang tinggal cuma stereotaip pemakan babi yang gemar pada seks bebas dan sistem komunis (walaupun, ironisnya, dalam nafas yang sama mereka jugak dipasung dengan sifat kapitalistik tak bertuhan.)
So thank God for gelombang baru sinema alternatif, then. Kalaulah pembikin-pembikin filem independen ni jadi barometernya, maka isu-isu yang menyinggahi rumpunan pemikiran orang-orang yang kulit dan baunya familier-namun-asing bagi aku ni nyatalah sefantastik hari yang nak hujan. Rupa-rupanya, mereka ni lebih sibuk dengan hal kekasih yang patah hati dan soal cinta – masya’allah, cinta! If there was a common thread to this compilation, it is Love. Or the lack of it, as the case may be.
Banal dan mundane. Manusia di mana-mana pun sama saja. Now that it’s out in writing, you realise it’s hardly earth-shattering. But that would be doing an injustice kepada retorik rasis stereotaip yang berlegar-legar di udara dan masuk ke dalam paru-paru kita setiap hari, yang menidakkan kemanusiaan The Other.
Tentulah, seperti yang diunjurkan Marcel Proust, tak semestinya yang mundane tu membosankan. Cuma malangnya bagi aku, 3 cerita yang membuka bicara kompilasi ni terasa seperti extended remix James Lee. Bukanlah aku nak kata yang bicara-filem James semestinya membosankan, tapi entahlah, banyak mana languid scenes dan framing yang boleh kau telan sebelum kau mula berfikir tentang membunuh diri?
Tempo, untuk aku, adalah nadi sesebuah filem. Kalau begitulah caranya, makanya James nampaknya lebih cenderung kepada nekrofilia. This is not a criticism in itself. Hanya bukan style yang sesuai dengan jiwa aku, itu saja – your mileage may vary.
Pun begitu. Aku suka filem Flower olahan Liew Seng Tat, yang termasuk dalam tiga filem terawal garapan James yang aku kata tadi tu. Lawak slapsticknya tidak menggiurkan aku. Aku lebih tertarik dengan kisah tragis nenek tua yang merenyut-renyut di bawah permukaan humornya yang agak pelik tu.
Ah, Flower macam lubuk puaka yang mengalir lesu: kalau kau selami terlalu dalam, puaka tu akan menarik kau ke bawah dimana kau akan lemas dalam dakapan melankolinya. Perjalanan 20 minitnya berjaya memanusiakan orang Cina Malaysia dengan impian dan harapan mereka.
Next, rujuk: Ah Guan & Ting Ting. la cuba menjadi sebuah kisah absurdist hidangan Harold Pinter, mungkin, tapi hasilnya cercamerba. Agak amatur, kalau itu tak keterlaluan. Mengingatkan aku pada James Lee dalam fasa pertamanya (sekitar filem pertamanya Snipers dan persembahan teater Dumb Waiter, naskah Harold Pinter). Which is as backhanded a compliment to Tham Wai Fook as I can think of.
Build up kira okay, tapi finishing kureng. Tohmahan yang sama ingin aku lontarkan pada Follow Me karya Albert Hue (yo! What’s with the ending, dude?) dan Self-Portrait arahan Kok Kai Foong. Semuanya menampakkan simptom penyakit filem mainstream Melayu, dimana pembikinnya seolah-olah hilang minat separuh jalan atau tak tahu macamana nak membunuh naga yang telah mereka lepaskan.
La Invitation ciptaan Charlotte Lim mengakhiri bahagian pertama tayangan selama dua jam lebih hari tu. Kisahnya boleh tahan cantik dan arahannya pun okay tapi… aku tertidur separuh jalan. Maaf, tapi itulah rebiu aku. Seperti aku katakan tadi, dialog intra-bangsa ni rupanya kadang-kadang bergerak terlalu perlahan.
The second part threatened to be more walkies in molasses. Rujuk: Self-Portrait karya Kok Kai Foong semula. Bak kata sepupu aku yang lahir di pekan kecil Amerika, mana dagingnya, bub? Filem ni cuba menaikkan atmosfera seram yang mulanya agak menjadi dengan sense of foreboding yang terasa. Bunyi laungan dari rumah kosong dan kegelapan malam di banglo terpencil tepi laut yang diterangi gesekan kaki cengkerik = bagus, bagus dan bagus.
Aku juga suka imajan lantera putih berayun-ayun dalam kegelapan malam dengan begitu puitis bahasa filemnya. And then… ? By the time we get to the twist ending kita dah tak kisah lagi samada filem ni hidup atau mati; kita cuma mahu cuba nasib dengan filem seterusnya.
Nasib baik juga, hasil kerja Wong Ming Jin did not disappoint. Aku enjoy cerita It’s Possible Your Heart Cannot Be Broken, macam sebuah cerita pendek yang ditulis kemas. Feel-nya, seperti isu yang diketengahkannya – tentang cinta dua insan yang berbeza – begitu personal dan terasa macam kita diajak masuk ke kamar tidur mereka untuk berbicara.
Seterusnya, Majidee hasilan Azharr Rudin tersembul di sini kerana tiga perkara: ia satu-satunya filem dalam kompilasi ini yang bukan dibuat oleh orang Cina; ia tidak membicarakan tentang cinta antara lelaki dan wanita, sebaliknya sekadar cinta humanistik non-seksual antara dua lelaki; dan keseluruhan filemnya dibuat dengan satu take.
Baca balik: one long, freakin’ take. Breathtaking dalam teknik pembikinannya, sekaligus membuatkan kau terfikir, berapa kali mereka bertiga – si pengarah dan dua aktornya – kena berulang-alik sebelum mendapatkan permata yang didambakan? Jalan ceritanya – tentang lelaki yang tak cukup tambang balik kampung di Puduraya – mungkin terlalu familier dalam mitos urbana Melayu, tapi kudos pada token Malay dalam kelompok filem pendek (filpen? Femdek? Cipen?) ni, dia tak memalukan rakyat.
Dan kemudiannya kita meluru kearah penamat dengan nota yang semakin menaik. Dengan depth dan colournya, Secret Past oleh Sylvia Ong bagi aku merupakan filem yang paling hampir dengan FILEM daripada enam beradiknya disini. Walaupun DOPnya adalah James sekali lagi, namun sentuhannya tidak sampai overwhelming kepada look and feel cerita ini, yang bagi aku cukup accomplished. Kau boleh bayangkan pengarahnya menghasilkan full-length feature (kasi dia duit, Finas!).
Akhir sekali, Company of Mushrooms oleh Tan Chui Mui menandakan crescendo-nya. Anehnya, ia juga merupakan filem yang memulangkan stereotaip kaum Cina kembali ke gagang benak aku. Baru saja aku berasa selesa dengan ide yang kaum Cina ni sebenarnya benign dan cuma mahukan apa yang semua manusia mahu – peluang untuk hidup selesa – tiba-tiba timbul semula tandatanya tentang motif serta bigotri mereka.
Agaknya, bila kau biarkan empat lelaki Cina berborak bebas dengan bekalan bir yang mengalir deras, itulah yang akan kau dapat: myopia perkauman, sexism and other things that play to your dark suspicions.
Dipenghujung tayangan aku reflect balik: banyak mana yang aku lebih tahu kini tentang kaum Cina di Malaysia? Jawabnya masih “Entah”. Biarpun filem-filem ini membawa dialog dalaman sesama Cina yang intim, aku tak pasti how representative the views are to that of the wider Chinese community.
Then again, it’s a bit like trying to characterise the PH level of a meandering river. Obviously, kau perlu ambil sample dari sebanyak mana lokasi yang boleh di sepanjang sungai tu. A Company of Shorts, in the end assessment, hanya akan mampu memberikan bacaan PH di lubuknya, but that builds up into a greater sense of understanding and appreciation of the whole river.
Pastinya, kita perlukan lebih banyak dialog bangsa sebegini untuk menyesah dogma stereotaip yang membelenggu dialog inter-bangsa kita. But at least it’s beginning to trickle out. Dan itu adalah langkah yang sama pentingnya dalam perjalanan memanusiakan The Other dalam benak masing-masing.
“A Company of Shorts” akan ditayangkan sekali lagi di Selangor Chinese Assembly Hall pada Jumaat 21, 0kt 2005 (8pm).
~~~
Ruhayat X was once adopted by a cat. Tapi namanya bukanlah Curiosity dan ia taklah se-cool mana. Tulisannya boleh dibaca dalam Malaysiakini, New Straits Times dan koleksi Wilayah Kutu.
First Published: 20.10.2005 on Kakiseni