Chef Wan: Dari Dapur Ke Pentas Teater

Chef Wan, siapa yang tidak kenal beliau? Lurah Dendam atau Soal Hati, rancangan Famili Ceria, buku-buku masakannya, kisah dirinya dengan peminat fanatik – itu sekadar beberapa perkara yang menyebabkan beliau dikenang, namanya lekat di kepala. Pemah diberi medal tertinggi oleh Presiden Perancis untuk masakannya, menyediakan makanan antara lain untuk bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, Imelda Marcos, Barbara Streisand, Don Johnson dan banyak lagi. Kali ini beliau mencuba bukan sesuatu yang baru katanya, teater. Dan untuk peminatnya, teater ini dalam bahasa lnggeris. Kakiseni menemui Chef Wan. Dalam keadaan letih tetapi masih kekal mesra, Chef Wan berceloteh selama hampir satu jam.

Kakiseni: Selama ini abang Wan selalu dalam terlibat cooking show, pengacaraan dan sebagainya. Abang Wan hampir tidak berkomunikasi seperti mana di dalam teater, abang perlu bergerak, berdialog dengan lebih dari seorang, ini menunjukkan abang sangat berinteraksi…bagaimana rasanya perubahan ini kerana ‘berurusan’ dalam teater agak sukar juga?

Chef Wan: Okay, nak kata abang one man show, ia benar tetapi kadang-kadang abang yang menunjukkan apa yang director perlu lakukan kerana abang dapati, ramai pengarah di Malaysia tiada pengalaman dalam mengarah rancangan masakan. Mereka fikir mereka ada tetapi sebenarnya tiada. Abang dah ada banyak pengalaman di Singapura, Jepun, UK, Norway dan duduk dalam komiti pesta makanan di Jepun berperingkat antarabangsa misalnya, di mana abang menilai rancangan-rancangan masakan yang baik.

Abang terdedah kepada perkara ini, ada yang kadang-kala tidak dapat menerima, kalau tak dapat terima, abang kata, pintu terbuka untuk awak, abang hanya bekerja dengan orang yang terbaik.

Ya, nampaknya macam seorang diri tetapi itu yang kelihatan bila di televisyen sahaja tetapi untuk itu semua, abang kena duduk dengan orang lain, the making of it, mengatur orang, malam-malam abang bincang tentang resepi, rambut style apa, baju apa, jam tangan apa nak sarung, cincin, pinggan mangkuk untuk rakaman televisyen, nampak macam seorang diri…abang tak suka orang yang malas, jadi abang dah biasa berinteraksi dengan orang.

Bila buat satu rancangan masakan, kita kena buat kajian, survey, jumpa orang… macam I pergi Mauritius baru ni, I pergi dulu daripada krew… abang tak fikir teater satu yang lain dari ini.

Kakiseni: Oh, teater lain… teater tak sama.

Chef Wan: Begini,, abang tak fikir teater satu yang lain dalam erti kata abang pemah buat semua ini di sekolah dahulu. Abang sejak dari bangku sekolah lagi dah aktif dengan lakonan. Abang bila cuti sekolah terlibat dalam macam-macam bentuk persembahan, ayah abang main trompet, arah drama, pernah menang sebagai pengarah terbaik, drama terbaiklah dalam angkatan tentera. Sama-sama angkatan tentera udara dan darat misalnya ada pertandingan, dia selalu menang. Dulu, masa sebelas dua belas tahun, bila buat skrip, abang yang kena salin berkajang-kajang. Dulu tak ada fotostat. Orang tak tahu semua ni, yang abang dah terlibat semua ni.

Bagi abang ini dah jadi sebahagian dari hidup, teater maksud abang, walaupun mesti berinteraksi dengan pelbagai orang, abang tak rasa susah sikit pun. Rancangan cooking show pun sukar juga, a lot of work. Untuk teater, memang agak baru untuk abang walaupun abang dah buat masa universiti dulu. Yalah Shakespeare dengan peranan kecil-kecil. Abang masa ditawarkan untuk teater ini, abang rasa was-was juga, abang mesti hafal ayatnya, ceritanya, hubungannya dengan pelakon lain, mesti ingat apa yang sebelum dan apa yang dibelakangnya. Mula-mula abang agak terkapai-kapai kerana tak ada orang betul-betul menunjukkan, tapi sekarang dah okay.

Pada abang, mula-mula susah sedikit, tergagap sedikit tetapi Richard cakap dengan abang, okay sebab tiga hari abang dah hafal lines, tak banyak pelakon lain boleh buat begitu. Abang punya cara lakonan, bila berlatih abang tak beri semua, bila berlakon betul baru abang luah semua. Kita dah berlatih tiga mingguh dah. Pelakon-pelakon lain banyak yang baru-baru juga tetapi boleh bekerja dengan mereka.

Sebelum masuk teater ini abang tahu dua jam abang akan berada di pentas sebagai leading role. 95 peratus abang di atas pentas. Untuk itu abang menari, pergi gym dan ambil personal instructor, turunkan berat badan, hilang enam kilogram untuk ini, abang berenang untuk tingkatkan kemampuan abang beraksi nanti. Tapi tak mesti bila tengok teater nanti, oh nampak lain, dah bukan Chef Wan, kerana watak abang ni lucu, cerdik, bermuslihat untuk dapatkan pembebasannya (watak Chef Wan ialah pengasuh hamba untuk Hero).

Kakiseni: Abang tak rasa ke Richard (pengarah teater) ambil Chef Wan sebab nak tarik penonton Melayu?

Chef Wan: Abang tak fikir Richard ada fikiran begitu, dulu mereka ada Sofia Jane, boleh kira berapa kerat peminat Sofia pun yang datang. Abang rasa teater ini ada pengekornya sendiri.

Abang tak fikir sangatlah Richard ni ambil kesempatan begitu. Memang abang ada peminat dari Raja sampailah orang biasa tapi tak tentulah mereka nak support abangkan. Tapi memang teater pun perlukan ‘nama’ juga.

Kadang-kadang perlukan begitu… nama ada pun tak tentu boleh jual, mungkin ada orang tengok abang sebagai Chef sahaja dan bukan sebagai pelakon teater, mereka tak nak datang.

Kakiseni: Filem apa lepas ni?

Chef Wan: Ada yang datang juga, Erma, Aziz tapi tak boleh… abang tak nak lakonan yang stereotype.

Kakiseni: Teater Melayu pernah dapat tawaran?

Chef Wan: Ada, Fauziah Nawi, abang tengok berkajang-kajang sajak Melayunya…

Kakiseni: Apa projek baru abang sekarang ini?

Chef Wan: Ada tiga siri yang sedang abang kerjakan sekarang ini. Ada satu itu rancangan yang abang jual kepada Discovery Channel, Spice Route namanya. Kita pergi ke negara-negara tertentu dan lihat rempah ratusnya, lihat tanamannya, masakan yang menggunakan rempah tersebut, macam bunga lawang di Vietnam, lada hitam di Sarawak, cili ke China.

Ada juga Food Markets of the World, rancangan ini abang pergi ke pasar-pasar di beberapa negara di dunia seperti ltali, Maghribi dan Sepanyol serta rancangan Island of Paradise yang menumpukan perhatian di Carribean. Abang juga baru habis rancangan Master Chef Series dengan BBC London.

Kakiseni: Abang biasa makan apa?

Chef Wan: (Ketawa) Abang orang yang simple saja. Abang boleh duduk makan bayam rebus, ikan masin, sambal timun petai ke, atau telur goreng dengan kicap manis.

Abang orang kampung, hidup sudah, jual cili, labu dan macam-macam lagi masa kecil dulu.

Kakiseni: Terima kasih kerana melayan saya dari Kakiseni.

Chef Wan: Sama-sama, ini sebahagian tugas abang untuk teater ini – publisiti.

Chef Wan bakal berlakon dalam teater A Funny Thing Happened On the Way to the Forum anjuran Gardner & Wife dengan kerjasama ASK dan MTC, merupakan karya muzikal komedi oleh Stephen Sondheim, untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan tiket melalui tempahan internet, sila klik di sini.

 

First Published: 09.04.2002 on Kakiseni

Related items

For Translation

The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards — Results!

dance Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize…

The 7th Annual BOH Cameronian Arts Awards — Results!

dance Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize…