Berhari Raya Di Rumah Wardina

Masih dalam Syawal kita, sebulan berhari raya, membawa ke kediaman Wardina Saffiyah Fadhullah. Antara bintang yang menghiasi filem Lagi Lagi Senario (ditayangkan sempena musim Aidilfitri), Wardina melakukan kejutan dengan menutup aurat, di mana secara tipikalnya dipercayai membataskan peluang seseorang artis wanita untuk berkecimpung dalam bidangnya ini. Mencapai status populariti yang tinggi kini, Wardina kekal merendah diri.

Memang Wardina bukan kanak-kanak comel dalam iklan Sustagen dan Harimau Kuat lagi tetapi gadis jelita, terlalu jelita malah, dengan tudung terikat kemas menutup aurat. Wardina bicara santai tentang kariemya. Menghimbau zaman dirinya berlakon dalam telemovie Kepulangan dan Jodoh 2 Beradik hinggalah ke filem yang bakal ditayangkan, Cinta Dua Ratus Ela.

Kakiseni : Wardina pernah dengar tentang Kakiseni?

Wardina: Ya, saya pernah dengar. Pensyarah seni saya pernah menyebut tentangnya.

Kakiseni : Kenapa bidang lakonan?

Wardina : Sebenarnya saya tak pernah menetapkan atau berkata kepada diri sendiri, bahawa satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi model, pengacara atau pelakon.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Tetapi jika dipandang semula, semasa kecil, masih kanak-kanak, ayah saya ini selalu menghantar anak-anaknya untuk buat iklan komersial. Jadi saya sudah camera friendly sejak dulu. Saya tak takut dengan kamera, malah selesa dengan lensa kamera.

la berlaku secara tak sengaja. Lepas SPM, ayah saya suruh belajar lagi tapi saya ini degil sedikit, malah degil sangat dan saya mahu mencuba berbagai-bagai perkara. Saya sorok-sorok melakukan bidang modeling. Mak saya tak beri, mak saya seorang yang kuat berpegang dengan agama dan adat-adat ketimuran. Dia dah beri saya didikan agama yang secukupnya tapi saya ini degil sangat dan curi-curi masuk juga, mak saya marah dan kata nanti saya berkawan dengan orang tak senonoh dan pergi ke tempat-tempat dan bertemu dengan orang­ orang yang tak sepatutnya. Pendek kata pengaruh buruklah.

Kakiseni : ltu berlaku?

Wardina : Di awalnya ya. Sedikit … sedikitlah … Lepas tu saya berlakon pula, mak saya tambah marah tetapi saya semakin dewasa, mak lihat saya dulu remaja dan belum matang tetapi lama kelamaan saya dilihat tahu menjaga diri. Tawaran makin banyak diterima …

Kakiseni: Lakonan pertama… drama bersiri Maka Diciptakannya Perempuan?

Wardina : Saya bekerja dengan Pesona Pictures waktu itu, untuk telemovie pertama saya Kepulangan yang ditayangkan di ASTRO. Ahmad Tarmimi Siregar pengarah drama Maka Diciptakannya Perempuan mencadangkan saya kepada Tiara Jacquelina untuk drama itu, saya kemudian diterima dan dari situ saya berlakon pula untuk Ten on Ten, untuk drama TV Spanar Jaya.

Kakiseni : Kemudian tudung ala Wardina? Fenomena ini?

Wardina : (Ketawa) Sejujurnya, bila saya sudah matang, saya sebut kepada diri sendiri, setelah melihat dalam dunia seni ini begini … Saya rasa cukuplah … Saya tak akan lakukan ini untuk seumur hidup. Saya beritahu bapa saya dan keluarga saya amat mementingkan pendidikan… saya kata tak naklah, saya seorang saja dalam keluarga yang tiada ijazah di tangan. Saya sambung semula belajar.

Kemudian saya rasa mencari-cari sesuatu dalam diri saya. Sebagai seorang Islam saya dapati ada yang tidak kena. Saya cari ketenteraman dalam jiwa saya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saya mula menutup aurat. Saya rasa bangga sebagai wanita Islam. Wanita Islam yang boleh buat apa sahaja, yang mengekalkan cirri-ciri kelslamannya walau berlakon ke apa ke masih boleh berjaya dengan cemerlangnya. Saya kemudian berkata kepada diri sendiri, saya dah tak nak berlakon lagi dah. Orang tentu dah tak nak lagi dah. Tapi sebaliknya yang berlaku, makin banyak pula tawaran. Saya rasa kata, eh biar betul ni … Dan ada kegilaan tudung Wardina ini pula. (Ketawa) Saya rasa nak berhenti tapi tengok yang lain pula berlaku. la sesuatu yang mengejutkan. Kejutan yang menggembirakan saya.

Kakiseni : Bagaimana Wardina lihat diri dalam Lagi Lagi Senario?

Wardina: Oh saya sudah berlakon dalam dua filem. Tetapi saya tidak menyukai kedua-duanya kerana ia buruk.

Kakiseni : Yang buruk filem atau apa? Lakonan Wardina?

Wardina : Saya tak suka diri saya dalam filem-filem tersebut. Lakonan saya, filem itu juga. Sebenarnya filem Lagi Lagi Senario ok. Saya tak suka kerana saya ada di situ. la agak melucukan, filem itu, saya sangkakan ia akan jadi lawak bodoh atau apa tetapi nampaknya ia ok.

Kakiseni : Oh filem itu akan jadi klasik yang akan ditayangkan berkali-kali. Temanya signifikan, dengki mendengki orang Melayu dalam dunia niaga …

Wardina : (Ketawa) Anak-anak dan cucu saya pun akan dapat menonton! Bukan apa saya lebih menghargai watak yang lebih serius dan mencabar. Watak yang dapat menonjolkan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon. Saya tahu saya boleh buat lebih dari itu, saya rasa sedih melihat diri saya dalam watak yang bodoh, watak kecil yang tidak memerlukan apa-apa skil lakonan.

Kakiseni : Filem Cinta Dua Ratus Ela?

Wardina : Sejujur-jujurnya saya tak suka, tak gembira langsung dengan filem ini.

Kakiseni : Wardina mahu saya tulis di site Kakiseni begini? Kenapa tak suka?

Wardina : Saya cakap yang benar … (ketawa) … Jadi saya akan cakap apa yang saya mahu. Memang ada banyak perkara yang saya rasa saya tak perlu cakapkan pula di sini … Err saya tak gembira dengannya.

Kakiseni : Wataknya? Pengarahan?

Wardina : Secara terperinci saya tak mahu melukakan hati sesiapa … Biarlah ia menjadi rahsia …

Kakiseni : Sehingga bila Wardina akan terus berkecimpung dalam bidang ini kalau begitu?

Wardina : Emm, selagi saya masih menerima tawaran yang elok. Selagi pemintaan ada, selagi peminat masih mengingati saya … Peminat yang membuat seseorang di atas. Saya ada peminat yang sangat bagus, sangat mendorong. Mereka sungguh baik … Saya amat menghargai mereka.

Kakiseni : Bagaimana membahagi masa belajar dan berlakon?

Wardina : Saya mahu tekun belajar. Saya mahu berusaha jadi yang terbaik… itu keutamaan saya sekarang. Dalam cuti kalau ada tawaran saya terima. Pembahagian masa memang hectic … Semester dulu misalnya saya merakam Qishahul Anbiya untuk TV3 yang ditayangkan semasa Ramadhan dulu … Hujung minggu rakan-rakan boleh buat kerja, saya terpaksa membaca skrip dan Ahad recording pula. Eh awak minumlah … Ada kuih raya ni

Kakiseni : Terima kasih…

Wardina : Sama-sama kasih.

 

First Published: 07.01.2002 on Kakiseni

Related items

For Translation

The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards — Results!

dance Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize…

The 7th Annual BOH Cameronian Arts Awards — Results!

dance Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize of RM1,000 Prize…