Allahyarham Usman Awang menulis 22 buah drama. Salah satu yang paling diingati tentunya Uda dan Dara, naskah yang sering disamakan dengan Romeo dan Juliet. Sebelum Usman meninggal dunia tahun lalu, beliau sempat membisikkan kepada Faridah Merican, Krishen Jit dan Joe Hasham supaya mementaskan semula Uda Dan Dara, Usman terhimbau apabila lagu-lagu dalam muzikal Uda dan Dara dinyanyikan semula ketika program Salam Benua di Actors Studio beberapa tahun lalu. Dukacita kerana beberapa halangan, Uda dan Dara dinyanyikan semula tanpa Usman Awang secara jasad kali ini.
Uda dan Dara bermula dengan sebuah puisi Gadis di Kuburan yang kemudian menjadi sebuah cerpen dan empat belas tahun kemudian, ia dipindahkan ke drama televisyen. Tidak lama selepas itu, sebuah muzikal Uda dan Dara tulisan Usman, sentuhan Basil Jayatilaka dipersembahkan oleh GemaSeni, arahan Rahim Razali dan dengan terbitan Krishen Jit diusahakan. Dan Uda dan Dara seperti semangat Usman Awang terus hidup lama dan tanpa henti bernyawa. Mereka menyanyi lagi dan lagi, malah tahun lepas ia dinyanyikan di Shah Alam oleh Maya dan Zul Yahya di bawah arahan Zaiffri.
20 Februari ini sehingga 3 Mac (kecuali 25 Februari) di The Actors Studio Bangsar, The Actors Studio dan Five Arts Centre bergabung tenaga sekali lagi mengotakan janji mereka kepada Usman. Uda dan Dara akan menyanyi lagi. Kali ini ia bukan sekadar sebuah muzikal malah sebuah opera di mana anda akan menjangkakan sebuah pementasan yang meriah dengan nyanyian sepenuhnya, seluruhnya!
Apa yang menarik kali ini selain ia dipindahkan sebagai sebuah opera? Uda dan Dara mengalami perubahan lagi dengan restu Usman sebelum beliau pergi. Mengambil kira Usman sebagai jambatan antara kaum menerusi kerja-kerja sasteranya yang unggul, Dara (lakonan Maria Yasmin) kali ini adalah seorang gadis campuran Cina Melayu dengan ibu Dara, seorang yang berbangsa Cina sarat rasa perkauman lakonan Maya Marissa. Jika mereka dulu adalah kelas pekerja petani, kali ini mereka adalah kelas pekerja di kilang, oh ya kita selepas DEB, dan apa yang akan membuat kita tertunggu kalau bukan, diva Malaysia Julie Sudiro (salah seorang penerima anugerah Wirama di Anugerah lndustri Muzik) menyanyi sebagai ibu Uda!
Krishen Jit dan Joe Hasham ketika ditemui menjelaskan perubahan-perubahan yang dikerjakan untuk produksi Uda dan Dara kali ini.
“Perubahan dalam Uda Dan Dara dilakukan sendiri oleh Usman dan dipersetujui oleh Allahyarham Usman. Kali ini ia opera, dialognya juga dinyanyikan. Muzik baru dicipta oleh Adrian Lee dan Sunetra Fernando dengan sedikit unsur India, jazz dan berbagai-bagai lagi. Kareografer didatangkan khas dari Indonesia oleh Boi Sakti mengerjakan gerak tari yang baru. Akan tetapi kisah percintaan terpisah oleh kerana jurang ekonomi masih menjadi subjek utama.”
Krishen memberitahu watak bangsa Cina diwujudkan setelah persetujuan Usman sendiri dan ia adalah satu usaha mewujudkan Uda dan Dara bukan semata-mata kisah orang Melayu. Apatah lagi Usman dikenali oleh masyarakat Cina, “la sesuai dengan riwayat Usman sendiri.” ·
Produksi kali ini menghadapi cabaran yang besar dan penuh sensasi. Opera dalam bentuk opera kontemporari (yang bukan acuan opera ltali) barangkali yang pertama sekali di negara ini dan di dalam bahasa Melayu pastinya sesuatu yang sukar. Dialog kecil akan turut dinyanyikan. Kareografi Boi Sakti dari Sumatera, tentu sekali sesuatu yang menarik untuk ditonton dengan unsur randai di ‘moden’ kan dengan silat dan seni pertahanan yang lain.
Joe Hasham menganggap Uda dan Dara sebagai naskah klasik yang perlu mengalami satu lagi ‘ujian’ iaitu ditransformasikan sebagai opera dengan mengekalkan segala pantun dan gurindamnya. Joe keras menafikan semangat Uda dan Dara akan terganggu dengan format opera dan beberapa perubahan kecil ini.
“la berlaku semua dengan restu Usman, beliau yang mendorong kami untuk melakukan perubahan. Saya tidak fikir semangat naskah terusik. la lebih kontemporari kali ini. Keinginan kami kali ini ialah untuk lebih membuka persekitaran, karya-karya telah Shakespeare dipersembahkan dengan garapan yang berbeza, itu yang kami lakukan juga kepada karya Usman. la spektakular sekali. Kami menjangkakan penonton Melayu dan pastinya penonton bukan Melayu akan datang dan menyukainya. Kami berasa positif sekali, kami melihat ia sebagai drama dalam bahasa Melayu dan bukannya semata-mata drama Melayu.”
Kakiseni juga menemui Maya dan Julie menanyakan kedua-duanya seputar peranan mereka sebagai orang tua penuh kohflikjiwa. Temyata kedua-duanya begitu ghairah bercerita tentang watak masing-masing dan tidak sabar untuk beraksi.
“lbu Dara seorang yang boleh jadi sarat dengan rasa perkauman atau juga hanya seorang ibu yang mahu melindungi anak gadisnya semata. Dia takut kehilangan anaknya jika Dara mengahwini Uda maka Dara meninggalkannya, kehilangan budaya Cina mereka, dia mahu yang terbaik untuk anak gadisnya menurut fikirannya, maka alasan ibu Dara harta dan status… ibu Dara bukanlah seorang yang jahat cuma ia khuatir kehilangan Dara dan anaknya pula kelak kepupusan jatidiri.”
Maya mendepani cabaran untuk menjadi seorang ibu yang agak berusia memandangkan usia beliau baru mencecah 30 tahun. Pelakon berpengalaman dalam teater lnggeris bersama Instant Cafe Production, Maya begitu ghairah dengan nyanyian dan tarian serta bergaul dengan pelakon teater Melayu seperti Khir Rahman (sebagai Uda) dan Adlin Aman Ramlie (sebagai Utih).
Sementara Julie Sudiro kembali setelah sekian lama, dihimpit Faridah Merican untuk watak ibu Uda, Julie menafikan berlakon di dalam opera tidak menguji kemampuan lakonan sebenar.
“la malah lebih rumit. lni bukan menyanyi di kelab malam! Kami perlu menyanyi, menari dan berlakon… menghayati watak, menjaga ekspresi… dalam opera atau muzikal cabarannya berbeza, bahkan jauh lebih menguji…”
Produksi Uda dan Dara kali ini pastinya mencipta sejarah dengan versi yang unik ini, memandang kepada ahli pasukannya merangkumi Ben Tan dan Mac Chan, serta kemunculan bersama pelakon teater lnggeris dan Melayu sebagai suatu interaksi seni, opera ini pasti menjanjikan.
Uda dan Dara adalah tragedi percintaan yang terhalang oleh kerana darjat dan harta, digaul dengan falsafah Utih dan kepongahan Alang Bakhil. Ada banyak sebab untuk memestikan kita semua kaki seni menontonnya (sekilas darinya sudah saya terakan di atas). Anjuran saya mudah sahaja, ‘Pergi Tengok!’
First Published: 19.02.2002 on Kakiseni