Merdeka dan UMNO… begitulah dua tema teater Melayu kebelakangan ini. Anugerah telah dipentaskan sekali lagi pertengahan Julai lalu dengan adaptasi novel Zaharah Nawawi ke pentas.
Kini giliran lstana Budaya mementaskan produksi Melayunya setelah sarat dengan pementasan muzikal dan luar negara. Merdeka! Merdeka! Merdeka! bakal dipentaskan mulai 18 Ogos hingga 6 September nanti dan diarahkan oleh Dato Jins Shamsudin.
Dato Jins usah dipertikaikan lagi penglibatannya di dalam dunia perfileman. Di Pesta Filem Asia Pasifik 1987 beliau dianugerahkan Silver Crane Award. Beliau menjadi jemaah juri sebanyak lima kali untuk Pesta Filem Asia Pasifik ini dan dianugerahi ljazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 1999.
Filem Esok Masih Ada menerima Anugerah Mitra, Tiada Esok Bagimu menggondol empat anugerah di Pesta Filem Malaysia. Pencapaian terbaik beliau tentulah dalam Pesta Filem 1982, Bukit Kepong menyapu tujuh anugerah termasuk filem terbaik, pengarah terbaik, sinematografi terbaik dan pelakon harapan.
Akan tetapi dalam dunia teater, Dato Jins mungkin tidak mempunyai senarai sepanjang itu. Beliau pernah menerima anugerah Pengarah Terbaik untuk Pesta Drama Singapura tahun 1959 bagi drama Megat Terawis dan berlakon di bawah arahan Dr Anwar Ridhwan sebagai Presiden Ogonshoto dalam pementasan Yang Menjelma Yang Menghilang, kini beliau diberi tugas berat, seberat Tunku Abdul Rahman sendiri menuntut kemerdekaan daripada British, seberat Chin Peng yang berusaha menebar fahaman komunis, seberat parti PAS yang mahukan Malaysia menjadi negara Islam sejak sebelum merdeka lagi, seberat lstana Budaya itu sendiri.
Apa kata Hatta Azad Khan mengenai pemilihan Dato Jins, “Satu penghargaan untuk beliau kerana hubungkait beliau dengan karya-karya yang berbentuk sejarah. Salah satu alasan besar kami tentulah Bukit Kepong dan kami dapati Dato Jins sentiasa mengamati sejarah tanahair berdasarkan seminar, ceramah yang beliau ikuti. lni adalah satu pilihan yang tepat.”
Khabarnya skrip drama ini dirombak sembilan kali, ini antara lain kerana Dato Jins mahu supaya pementasan ini hampir dengan sejarah.
“Sejarah tak boleh kita pinda, kita tokok atau kita buang, kita ambil dari isinya. la tak lari dari fakta sejarah. Sejarah kalau kita putar belitkan, kita telah mengkhianati sejarah itu.” Demikian kata Dato Jins pada sidang akhbar Merdeka! Merdeka! Merdeka! baru-baru ini.
Mungkinkah sejarah tidak boleh diputar belitkan dan dikesampingkan? Serba mungkin serba mungkin. Witi lhimaera penulis besar New Zealand pernah menyebut, ‘sejarah menjadi satu sejarah di pihak lain tetapi fiksyen di pihak yang lainnya, sementara ia menjadi fiksyen di satu pihak ia juga merupakan sejarah di pihak lainnya’.
Kerana itu mungkin terasa seperti diduga, Jalaluddin Hassan yang akan membawa watak Tunku Abdul Rahman menjelaskan “Karya yang sukar tetapi lnsyaallah kami akan melakukannya. Kami banyak berbincang dengan pengarah. Kami berusaha menghayati dan memahami watak masing-masing. Pihak IB membawa kami misalnya ke tempat tertentu seperti Arkib Negara untuk mendapatkan suasana seperti itu. Apa yang penting misalnya ialah pemikiran dan agenda Tunku, apa yang penting generasi muda dapat mengupas makna perjuangan ini.”
Jawapan yang belum meyakinkan pasukan Kakiseni pastinya, kerana itu Kakiseni menarik keluar Liza Othman yang akan mendukung peranan lbu Zain.
“Berdasarkan penelaahan saya terhadap skrip, ia dapat dikatakan objektif. Skrip ini agak adil. la tentang perjuangan UMNO sehingga tahun 1957 sahaja. Tumpuannya mungkin Tunku tetapi ia tidak akan mengadili sesiapa, tidak akan memperkecilkan sesiapa, dalam skrip ada ditonjolkan falsafah Chin Peng sebagai satu titik sejarah, kita akan serahkan kepada penonton untuk menilai, skrip tidak mengutuk pejuang kemerdekaan dari kalangan leftist, ia hanya memaparkan secara objektif.”
Menurut Liza Othman beliau akan mendukung watak lbu Zain, sedikit bezanya dengan Melissa Saila (yang juga mendukung watak lbu Zain dalam teater Anugerah), lbu Zain kali ini tidak berpidato, tetapi kemunculannya banyak melibatkan hal-hal dasar tentang kemerdekaan itu sendiri, pertengkaran dengan Bakthiar dan berhujah dengan Musalmah.
“Saya tak pernah menganggap saya pelakon profesional. Saya pelakon amatur. Bagi saya ialah setiap kali berlakon ia adalah cabaran memegang watak. Saya kesal kerana tidak berkesempatan menonton lakonan Melissa Saila. Bagi saya Lis pelakon yang baik.”
lroni dari kenyataan beliau, Liza memang seorang pelakon yang baik, kemunculannya meski tidak lama dalam dunia lakonan amat mengakar. Liza apabila ditanyakan mengenai comebacknya hanya ketawa dan menjelaskan,
“la bukan comeback. Saya selama ini sibuk membesarkan keluarga. Ada tujuh anak! Cuma pada bulan Disember lalu apabila Ida Nerina meminta saya berlakon dengannya di Actors Studio, saya terima kerana Ida kawan rapat saya. lni mungkin membuatkan orang menyangka saya ingin terlibat semula dan saya dapat panggilan dari lstana Budaya. Saya Iihat jadual saya okay dan sudah ada pembantu rumah pula maka saya menerima.”
Selain Liza dan Jalaluddin, pemegang watak lain tidak terhitung banyaknya. 100 lebih pelakon dengan sekitar 90 orang menuturkan dialog menampilkan pelakon ‘kontroversi’ Hani Mohsin sebagai Tun Dr Ismail, penyanyi bertaraf AIM Man Bai sebagai Dato Onn, Mazlan Tahir sebagai Dato Abdul Razak, pengamal teater lnggeris Chacko Vadaketh sebagai Malcolm MacDonald, pelakon Spanar Jaya Radhi Khalid sebagai EEC Thuraisingham, Zulkarnain Ramly sebagai Tan Cheng Lock, Kennedy J Michael sebagai V.T Sambanthan dan Zaidi Karim sebagai Rashid Maidin.
First Published: 23.07.2002 on Kakiseni