MY Art Memory Project ialah inisiatif oleh Five Arts Centre Malaysia. Projek Perintisnya (Jan 2017 – Dis 2017) dibiayai menerusi dana daripada Yayasan Sime Darby, Halfmoon Bay Capital Limited, Think City, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Five Arts Centre.
RINGKASAN PROJEK
Kami terganggu dengan ketiadaan dan amnesia institusi. Tanpa kesedaran mengenai masa lalu, kita tidak dapat membuka laluan ke masa depan.
Tidak ada satu pun organisasi yang mengarkib dan mendokumentasi sejarah seni persembahan negara secara menyeluruh. Perjuangan, falsafah dan konflik yang membantu perkembangan seni persembahan Malaysia pada tahun-tahun awalnya tersimpan dalam memori para pencipta seninya. Ia seringkali hilang terus sebelum sempat direkodkan.
Hanya sebahagian daripada para seniman, perancang, penerbit, pengkaji dan penonton yang menyedari tentang sejarah seni persembahan negara kita. MY Art Memory Project menyediakan bahan asas, data dan sumber penting untuk membantu kita memahami lintasan perkembangan seni, gerakan-gerakan seni yang bersaingan, eksperimentasi bentuk dan topik yang menjadi perhatian para pengamal seni.
MY Arts Memory Project menangani masalah ini menerusi proses penyelidikan, pengumpulan, digitalisasi dan akses awam:
- Kami mengendalikan penyelidikan tentang aktiviti seni bersandarkan konteks sejarah, politik dan sosial yang lebih luas
- Kami mengumpul bahan-bahan, artikel dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan produksi
- Kami ‘mengutip’ memori dan pengetahuan daripada orang perseorangan melalui rakaman wawancara
- Kami mendigitalkan bahan-bahan yang diperolehi, memelihara dokumen-dokumen khazanah dan suara-suara penting dalam sejarah
Kami memuat naik maklumat, membina arkib yang kaya dan dapat diakses oleh sesiapa saja
Aktiviti-aktiviti kami termasuk projek-projek dalam talian dan luar talian:
Remember When … ialah Projek Sejarah Lisan, mengandungi siri perbualan dengan beberapa pengamal perintis teater Malaysia, yang dibuat ‘secara langsung’ di hadapan penonton. Melalui setiap perbincangan, kami berharap dapat merungkai sejarah teater tempatan yang reflektif, kompleks dan tersendiri. Rakaman perbualan-perbualan ini akan dimuat naik sebagai video dan podcast di laman web MY Art Memory.
Dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2017.
Arkib Program mengandungi gambar-gambar khazanah, maklumat produksi dan butiran penting mengenai karya-karya yang dipentaskan. Bagi Projek Perintis yang dilancarkan pada tahun 2016, kami memfokuskan pada pengarkiban program-program teater dari tahun 1970an hingga 1990an sahaja.
Ini akan dikuti dengan genre-genre dan kandungan seni persembahan yang lain. Ini adalah projek dokumentasi dan penyelidikan yang sedang berjalan.
Kami sedia maklum terdapat banyak karya yang mempunyai pelbagai disiplin, terutamanya produksi-produksi pentas dari awal tahun 1990an. Pembahagian genre secara konvensional di sini adalah satu cara untuk menguruskan koleksi dan menaik muat bahan. Sistem tag yang digunakan dapat mengenal pasti karya-karya yang merentas sempadan.
Arkib Artikel mengandungi artikel, esei, ulasan dan wawancara.
Arkib Penapisan ialah senarai penapisan seni di Malaysia termasuk laporan-laporan terperinci kejadian, disusun secara kronologi dan disahkan, untuk merekod dan memantau kekerapan dan bentuk penapisan seni.
PASUKAN KAMI

Penyelidik Pengasas
Kathy Rowland
Kathy Rowland ialah Editor Urusan ArtsEquator.com, laman web baru memfokuskan kepada seni dan budaya di Asia Tenggara, yang diasaskan bersama Jenny Daneels.
Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman sebagai editor, penulis, penyelidik dan penerbit.
Beliau telah menyunting beberapa jilid drama oleh dramatis-dramatis terkemuka Malaysia dan Singapura, dan menerbitkan artikel-artikel mengenai politik budaya di Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Penerbit
Ivy Josiah
Ivy Nallammah Josiah, seorang pejuang hak asasi wanita, juga bekas Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO).
Beliau ialah seorang ahli Five Arts Centre (FAC) dan telah menerbitkan beberapa buah drama pentas, bukan saja untuk FAC tetapi juga kumpulan-kumpulan teater yang lain.
Beliau ketika ini sedang mengarang sebuah buku mengenai gerakan wanita di Malaysia, menjalankan kerja-kerja penerbitan untuk FAC dan KiniTV, dan terus aktif dalam masyarakat sivil di Malaysia.

Penyelidik Utama
Fasyali Fadzly
Fasyali Fadzly ialah seorang pendidik, pengarah, dramatis dan penulis.
Beliau ialah graduan MFA dari University of Calgary, Kanada. Beliau menulis dan mengarahkan sendiri karya-karyanya – “Teater Juta-Juta” yang memenangi anugerah Boh Cameronian Arts Award 2014 bagi kategori-kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Persembahan Berkumpulan Terbaik, “Berani Mati”, “Kotak Hitam”, “Kawan-kawan Yang Kita Suka” dan mengarahkan beberapa drama oleh dramatis-dramatis lain seperti “Oedipus”, ‘Art’ dan “Jebat”.
Beliau juga menulis artikel dan ulasan berkaitan teater.

Pengurus Kandungan (Bahasa Malaysia & English)
Azwan Ismail
Azwan Ismail ialah seorang penyair, penulis, editor, aktivis hak asasi LGBT, dan jurutera. Karyanya pernah muncul dalam pelbagai antologi. Beliau ialah editor bersama “Orang Macam Kita” (Matahari Books, 2010), antologi LGBT pertama dalam bahasa Melayu.
Baru-baru ini beliau ialah Penyelaras Projek bagi QueerLapis.com – laman web baru tentang naratif & sumber LGBT Malaysia, dan Pembantu Projek & Editor Media Sosial dengan Artsee Networks mengendalikan kempen kesedaran Hepatitis C (#MYXHEPC) untuk Malaysian AIDS Council.
Beliau ialah bekas peserta bengkel penulisan teater FIRSTWoRKS oleh Instant Café Theatre dan sedang menulis teaternya yang pertama.

Pengurus Kandungan (Mandarin)
Loh Kok Man
Loh Kok Man ialah Pengarah Artistik PENTAS PROJECT THEATRE PRODUCTION dan seorang pengarah teater, pelakon, pereka tatacahaya, pereka set dan pensyarah teater yang mapan. Beliau telah beberapa kali memenangi BOH Cameronian Arts Awards bagi Pengarah Terbaik, Rekaan Set Terbaik dan Rekaan Tatacahaya Terbaik.
Loh mengasaskan Pentas Project Theatre Production pada tahun 2005 untuk menghasilkan teater kontemporari yang kritis dan kolaboratif. Beliau dikenali dengan caranya yang unik dalam mengintegrasikan elemen-elemen teater seperti imej visual, tatacahaya, bunyian, pergerakan fizikal dan struktur dramatik sambil meneroka konsep ruang dan masa.

Pereka
Mervyn Monk
Mervyn Monk telah terlibat selama 30 tahun dalam komunikasi bersama jenama-jenama, syarikat perniagaan dan orang perseorangan.
Beliau bekerja dengan syarikat perniagaan tempatan dan jenama global meliputi pelbagai segmen pasaran dan kawasan geografi untuk membangunkan atau menghidupkan naratif mereka.
Mervyn ialah seorang pengarah kreatif yang pernah memenangi anugerah dan bekerja di peringkat global dengan jenama-jenama seperti BP, Diageo, HP dan Seagate. Beliau ialah ahli HP Tiger Team dan penjaga jenama Seagate bagi Asia Pasifik.

Pentadbir
Hoe Hui Ting
Hoe Hui Ting adalah bekas pelajar Jabatan Drama dan Visual, New Era College pada 2011.
Ketika ini beliau merupakan pengurus syarikat di Five Arts Centre. Beliau pernah bekerja dengan kumpulan-kumpulan teater seperti Instant Café Theatre, Wild R!ce, Pentas Project, O Puppet Theatre dan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) dan Damansara Performing Arts Centre (DPAC) sebagai Pengurus Pentas.
Beliau pernah berlakon antara lain dalam “The Visit” oleh Ling Tang, “The Language Forest” oleh Loh Kok Man, “The 18th Floor” dan “3 Children” diarahkan oleh SP Ho, dan “Swordfish Then The Concubine” diarahkan oleh Loh…

Pengurus Kandungan (Nov 2017 - Jun 2018)
Ong Tong
Ong Tong mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Persembahan (dengan Kepujian) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2017 dan ketika ini sedang bekerja sebagai penterjemah Bahasa Jepun dalam Industri Kreatif.
Beliau pernah menjadi pengurus pentas bagi beberapa projek Five Arts Centre seperti Exchange Theatre dan DASH – Lecture Performance. Beliau berharap untuk lebih banyak terlibat dalam bidang Seni pada masa hadapan.

Pengurus Kandungan (Jan - October 2017)
Jerome Kugan
Jerome Kugan pernah menulis untuk pelbagai penerbitan termasuk The Star, NST, Kakiseni, Off The Edge, dan KLue.
Beliau telah bersama menganjurkan acara-acara seperti KL Sing Song, Seksualiti Merdeka, dan Rainbow Rojak. Beliau telah terlibat dengan produksi oleh Five Arts Centre, The Actors Studio, dan Leigh Warren and Dancers. Pada tahun 2014, beliau memenangi BOH Cameronian Arts Awards bagi Seniman Harapan dan Reka Bunyi Terbaik (Teater) untuk “Ops Ophelia”.
Beliau kini sedang menyediakan pameran seni tampak solonya yang pertama dan menyiapkan sebuah buku puisi.