{"id":6859,"date":"2003-10-10T10:11:08","date_gmt":"2003-10-10T10:11:08","guid":{"rendered":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/?p=6859"},"modified":"2024-03-14T13:33:38","modified_gmt":"2024-03-14T05:33:38","slug":"melihat-karenah-budaya-korporat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/articles\/2003\/10\/melihat-karenah-budaya-korporat\/","title":{"rendered":"Melihat Kerenah Budaya Korporat"},"content":{"rendered":"<p>Kali terakhir saya menonton sebuah persembahan teater dwi-bahasa di The Actors Studio, Bangsar adalah persembahan teater <em>Causeway<\/em> hasil tulisan Alfian Sa&#8217;at dari Singapura, seorang penulis yang amat-amat saya kagumi. Semalam, saya telah berpeluang pula untuk menyaksikan pratonton teater <em>Harakiri<\/em>, hasil tulisan Dina Zaman, juga seorang penulis yang amat-amat saya hormati.<\/p>\n<p>Tatkala menonton <em>Harakiri,<\/em> fikiran saya berlegar memikirkan tentang kartun &#8216;Dilbert&#8217; dan filem &#8216;Office Space&#8217;. <em>Harakiri<\/em>, pada hemat saya adalah sebuah satira politik pejabat yang mungkin pernah kita alami atau sedang alami sekarang ini. Beberapa adegan yang dipersembahkan akan mengingatkan kita kepada pengalaman-pengalaman kita sendiri berhadapan dengan rakan-taulan kita di pejabat, yang kadangkala mempunyai perangai yang meresahkan.<\/p>\n<p><em>Harakiri<\/em> telah ditulis oleh Dina Zaman berdasarkan kepada pengalamannya tatkala bekerja sebagai seorang &#8216;script editor&#8217; di sebuah stesen televisyen swasta satu ketika dahulu. Segala pengalamannya tatkala karyanya diciplak serta terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan sekerjanya dicurahkan ke dalam <em>Harakiri<\/em>.<\/p>\n<p><em>Harakiri<\/em>, jika dipecahkan secara struktur yang lebih kecil, merupakan satu smogasbord sketsa-sketsa yang disatukan dalam sebuah cerita. Watak-watak yang ada di dalam pejabat, masing-masing mempunyai cerita mereka yang tersendiri. Mooncake (Michael Chen) seorang pekerja pejabat yang mahu membunuh diri. Manja (Zarina Sharil) membenci Mooncake dan mahu melihat dirinya mati. Dollah (Azmir Abdullah) seorang pekerja tipikal seorang &#8216;salaryman&#8217;. Panjang (Colin Kirton) seorang budak kampung dari Bintulu yang lurus bendul dan The Boss (A.Z) seorang boss dengan lagak ala-ala Jalaluddin Hassan dalam <em>Astana ldaman<\/em>.<\/p>\n<p>&#8220;If you want to move up, you have to sell your soul.&#8221; Begitulah kata-kata yang telah diungkapkan oleh watak Dinsy yang tidak puas hati dengan nasibnya yang masih tidak dapat kerja walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Jika dicerna beberapa dialog yang ada, kita akan dengan sendirinya memikirkan dengan budaya korporat yang ada di mana-mana pejabat. Mereka yang pandai mengampu akan cepat naik dan mereka yang sebaliknya akan terus dilupakan sehinggalah saat mereka dipecat ataupun bersara. Elemen ini cuba dimasukkan Dina dalam pementasan <em>Harakiri<\/em>, walaupun kadangkala saya merasakan bahawa dialog yang ada mungkin boleh diperbaiki lagi untuk memperkuatkan lagi jalan cerita. Ada kalanya pula, saya rasakan pementasan <em>Harakiri <\/em>boleh dipendekkan lagi, lantas dicantas adegan-adegan yang boleh dikeluarkan tanpa mencacatkan cerita.<\/p>\n<p>Persembahan <em>Harakiri<\/em> adalah satu persembahan penuh eksperimen. Satu persembahan yang saya rasa senafas dengan persembahan &#8216;off-off Broadway&#8217;. Dan sebab itulah saya rasa lebih baik jika <em>Harakiri<\/em> dipersembahkan di sebuah pentas yang lebih kecil. Sememangnya <em>Harakiri<\/em> mahu dipentaskan di Actors Studio, Plaza Putera&#8230; Malangnya pentas Actors Studio di sana terpaksa ditutup akibat dilanda banjir beberapa bulan yang lalu.<\/p>\n<p>Dina, sebelum pementasan ini dimulakan berkali-laki mengingatkan kepada saya bahawa <em>Harakiri<\/em> bukan sebuah persembahan yang bersifat intelektual (jadi tak payah saratkan kepala dengan makna-makna konotatif yang selalunya tersirat dalam persembahan teater). Malah menurutnya lagi, pada mulanya <em>Harakiri<\/em> telah ditulis sebagai sebuah skrip kepada sebuah cereka filem pendek. Sayangnya, projek filem ini tidak terhasil. Maka skrip untuk <em>Harakiri<\/em> yang telah siap, kemudian diberikan kepada pengarah, R. Rajen (beliau pernah dilantik sebagai panel hakim bahagian teater, Cameronian Arts Festival) untuk dipentaskan. Saya telah diberitahu bahawa Rajen telah diberikan kebebasan mutlak untuk mengarahkan <em>Harakiri <\/em>mengikut visinya.<\/p>\n<p>Ada beberapa bahagian dalam <em>Harakiri<\/em> yang saya rasa tidak perlu disertakan sekali (sebab itulah telah saya nyatakan bahawa pementasan ini boleh dipendekkan sedikit agar tidak meleret). Salah satu darinya adalah adegan kapalterbang mendarat, (atau mungkin terhempas?) lantas seorang pramugari masuk ke dalam pejabat. Saya kurang pasti mengapa perlu diadakan adegan ini, juga adegan imbas kembali dengan dua watak berpakaian serba hitam ala Matrix berhadapan dengan penonton. Mungkin dalam bentuk filem, adegan ini dapat dilakukan dengan berkesan, tetapi di atas pentas, agak canggung kelihatannya. Walau bagaimanapun, saya cukup terhibur apabila dua watak syaitan yang diperkenalkan pada babak-babak akhir <em>Harakiri<\/em>. Saya tidak mahu memberitahu kenapa, cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa pakaian yang dipakai oleh Colin Kirton mengingatkan saya kepada pakaian yang dipakai oleh Jaye Davidson dalan filem &#8216;The Crying Game&#8217;. Adegan ini cukup kelakar dan pasti akan membuat penonton tidak kering gusi dibuatnya.<\/p>\n<p>Jika <em>Harakiri<\/em> dibikin sebagai sebuah nashkah filem, saya yakin ia akan kelihatan seperti filem &#8216;Lips to Lips&#8217; arahan Amir Muhammad. Filem ini jelas sebuah filem absurdis (genre ini selalunya bersifat komedi). Jika &#8216;Lips to Lips&#8217; dipentaskan, mungkin filem ini akan hilang beberapa &#8216;comedic moments\u2019nya, di mana dalam bentuk filem, ia boleh disempurnakan dengan suntingan yang baik. Di atas pentas, semuanya bergantung pada kebolehan pelakon yang membawa watak. Pelakon-pelakon <em>Harakiri<\/em> masih belum cukup pengalaman untuk membawa watak-watak komedi yang sememangnya sukar untuk dibawa jika tidak kena gaya.<\/p>\n<p>Hiasan set <em>Harakiri<\/em> agak ringkas &#8211; satu perkara yang telah lama saya jangkakan untuk persembahan berbajet rendah seperti ini. Begitu juga dengan aspek penataan cahaya dan juga muzik latar yang tidak banyak digunakan. Mungkin perkara ini akan menimbulkan rasa tidak puas di kalangan penonton yang sudah terbiasa dengan set yang hebat-hebat dari produksi yang sama hebat.<\/p>\n<p>Pada lain masa, Rajen mungkin mahu menerapkan unsur-unsur multi-media dalam arahannya. Kita dapat melihat unsur-unsur ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam persembahan <em>Causeway <\/em>&#8211; satu persembahan eksperimetal yang telah berjaya menambat hati penonton.<\/p>\n<p>Seperkara yang ingin saya puji tentang persembahan <em>Harakiri<\/em> adalah pelakon-pelakon dari pelbagai bangsa yang digunakan untuk satu persembahan teater dwi-bahasa (jika difikirkan, pementasan ini lebih banyak menggunakan dialog dalam Bahasa Malaysia). Dialog yang digunakan (Manglish dan Bahasa Malaysia pasar) mungkin akan membuat beberapa penonton terkerut dahinya, lebih-lebih lagi dari khalayak penonton yang meminati rancangan &#8216;Pelita Bahasa&#8217; di Astro. Tetapi kita perlu sedar bahawa inilah caranya kita bercakap seharian di pejabat atau di mana-mana sahaja di Malaysia. Tidak banyak rasanya pementasan drama di Malaysia yang benar-benar menggunakan para pelakon (serta warga kerja) dari berbilang bangsa, lantas Chakra Works harus dipuji di atas usaha mereka membuat sebuah pementasan yang pada hemat saya, agak &#8216;accessible\u2019 untuk semua kaum di Malaysia menontonnya.<\/p>\n<p>Lakonan para pelakon sederhana dan masih boleh diperbaiki lagi. Lakonan yang lebih terserlah bagi saya datangnya dari Azmir Abdullah dan A.Z. Kedua-dua mereka mampu membawa watak mereka dengan berkesan. Lakonan Azmir saya lihat mungkin lebih sesuai membawa watak-watak lebih serius. A.Z. pula mempunyai karisma pelakon drama televisyen Melayu dan hanya menunggu masa untuk di &#8216;typecast&#8217; membawa watak\u00ad watak Datuk dan ahli korporat apabila wajahnya semakin matang kelak. Vicky Meaw yang membawa watak Dinsy pula bagi saya lebih terbiasa membawa watak-watak komedi, sayang sekali wataknya hanya timbul setelah separuh dari pementasan ini dimainkan.<\/p>\n<p>Di Malaysia tidak banyak rasanya teater komedi Melayu (atau dwi-bahasa) yang bersifat eksperimen dalam pencarian makna teater pasca-modernisme di Malaysia. Mungkin salah satu dari sebabnya adalah kerana kita belum biasa lagi dengan komedi absudis seperti ini. Karya-karya yang bersifat \u2018off Broadway\u2019 dan lebih-lebih lagi, &#8216;off-off Broadway&#8217; yang tersimpang jauh dari karya arus perdana mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diterima atau dicernakan. Peminat komedi &#8216;Monthy Phyton&#8217; tidak semestinya boleh menerima komedi Adam Sandlers. Mereka yang sudah biasa menonton persembahan komedi arus perdana, mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menerima komedi <em>Harakiri<\/em>. Bagi mereka yang boleh menerima serta memahami jalan cerita <em>Harakiri<\/em>, saya pasti akan menyukai pementasan yang unik ini. Apa-apa pun, sikap keterbukaan perlu ada untuk kita menerima nashkah teater seperti <em>Harakiri<\/em>.<\/p>\n<p><em>Harakiri<\/em>, pada hemat saya adalah sebuah produksi amatur. Kita perlu menerima hakikat bahawa ramai dari para pelakon masih baru lagi. Jangan bandingkan mereka dengan pelakon-pelakon komedi <em>Alang Rentak Seribu<\/em> atau &#8216;Bolehwood&#8217; yang telah melakonkan watak-watak diberikan mereka dengan begitu &#8216;effortless&#8217; sekali. <em>Harakiri<\/em> merupakan persembahan pertama Chakra Works. Perjalanan mereka masih jauh lagi dan banyak lagi yang boleh mereka lakukan untuk memperbaiki persembahan mereka pada masa hadapan.<\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong><em>First Published: 10.10.2003 on Kakiseni<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kali terakhir saya menonton sebuah persembahan teater dwi-bahasa di The Actors Studio, Bangsar adalah persembahan teater Causeway hasil tulisan Alfian Sa&#8217;at dari Singapura, seorang penulis yang amat-amat saya kagumi. Semalam, saya telah berpeluang pula untuk menyaksikan pratonton teater Harakiri, hasil tulisan Dina Zaman, juga seorang penulis yang amat-amat saya hormati. Tatkala menonton Harakiri, fikiran saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"iawp_total_views":2,"footnotes":""},"categories":[34],"tags":[284,49,46],"language":[7531],"writer":[7628],"class_list":["post-6859","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-articles","tag-dina-zaman","tag-review","tag-theatre","language-bahasa-melayu","writer-nizam-zakaria"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6859","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6859"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6859\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39167,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6859\/revisions\/39167"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6859"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6859"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6859"},{"taxonomy":"language","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/language?post=6859"},{"taxonomy":"writer","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/writer?post=6859"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}