{"id":27878,"date":"2006-04-28T10:19:00","date_gmt":"2006-04-28T10:19:00","guid":{"rendered":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/?p=27878"},"modified":"2024-03-14T13:23:21","modified_gmt":"2024-03-14T05:23:21","slug":"undang-undang-pelukan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/articles\/2006\/04\/undang-undang-pelukan\/","title":{"rendered":"Undang-undang Pelukan"},"content":{"rendered":"\n\n<p>Saya menimbulkan perkara nilai dan moral\nini kerana pada minggu ini saya terus membaca berita tentang agenda untuk\nmewartakan moral. Saya juga telah membaca beberapa kenyataan dasar moral dari\npelbagai pertubuhan dan badan NGO. Saya juga ada membaca surat-surat di media\ndari beberapa individu tentang perkara yang sama. Kelihatan hampir kesemua\nberita dan tulisan yang saya baca ini melihat moral sebagai sesuatu yang boleh\ndirekayasa melalui undang-udang dan akta.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk saya mengawal moral melalui\nundang-undang dan akta ini sebagai satu yang sia-sia. Melarang individu dari\nberpegang tangan, bermesra, bercium atau bercumbuan pada anggapan saya bukan\ntugas daulah. Tidak ada daulah yang akan dapat mematahkan berahi keinginan\nindividu melalui undang-undang dan penghukuman. Memang ada daulah yang wujud\npada satu ketika dahulu atau masih wujud pada hari ini yang telah cuba\nmemunculkan segala bentuk perundangan dan akta untuk mengawal moral warganya.\nSemuanya menemu jalan buntu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebuntuan ini berpunca kerana moral muncul\nbukan kerana undang-undang atau hukum bertulis. Kelakuan dan tingkah laku\nsatu-satu budaya bangsa wujud hasil dari asas perekonomian. Nilai dan moral\nmuncul di&nbsp; atas keperluan sesebuah budaya\nbangsa untuk menyusun ahli-ahli warga dan kabilah mereka. Penyusunan&nbsp; nilai dan moral ini memiliki asas ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu ketika dahulu manusia Arab tinggal dalam khemah di padang pasir. Mereka mengawal anak gadis dan kaum perempuan mereka dari diculik dan dirampas dari kabilah yang lain. Ini dapat kita fahami. Tetapi tidak mungkin hari ini dapat diaktakan undang-undang untuk mengawal anak-anak gadis atau perempuan kita dari berjalan bebas. Atau undang-undang yang berasal dari padang pasir ini dapat diaplikasikan dengan budaya hidup dalam kondo atau apartmen blok di Beirut, di Cairo atau di Bangsar pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih teringat lagi pada satu ketika dahulu di pekan Kuala Klawang Jelebu saya ternampak nyonya\u00ad-nyonya Cina yang berkaki kecil. Mereka tidak boleh berjalan dengan betul. Ini kerana kaki mereka telah dibalut dari semenjak kecil sehingga tulang kaki mereka tidak membesar dengan betul. Pembalutan ini membawa estetika kecantikan untuk dinikmati oleh sang lelaki. Juga bertujuan agar apabila mereka mendewasa mereka tidak akan melarikan diri dari sang suami. Hari ini estetika adat budaya ini telah pupus dan hanya tinggal dalam ingatan. Nilai dan moral manusia Cina di Malaysia telah juga berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah\nnilai dan moral beralih-alih mengikut keadaan masa dan suasana. Budaya, nilai\ndan moral wujud mengikut konteks. Budaya dan nilai orang Melayu juga sedang\nberalih. Pada satu ketika dahulu seratus peratus manusia Melayu tinggal di desa\nbertani atau ke laut menangkap ikan. Hari ini perekonomian warga Melayu juga\ntelah bercambah dan bermacam-macam. Perubahan ekonomi ini telah melahirkan\nnilai, moral dan pembudayaan yang baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Moral dan nilai budaya bangsa-bangsa juga berbeza-beza. Tidak mungkin dapat diwujudkan satu bentuk nilai untuk semua bangsa. Cuba kita lihat manusia lelaki Arab apabila bertemu mereka akan mengucup pipi kawan\u00adkawan mereka dari kiri ke kanan sebelum bersalaman. Lebih lama kucupan ertinya lebih intim persahabatan dengan kenalan mereka. Tanda setia kawan dan salam pengenalan warga Maori pula ialah mengusikkan hidung kepada hidung kenalan dan kawan. Manakala lelaki di Pakistan akan memeluk kawan dan kenalan sambil menepuk-nepuk di bahagian tulang belakang sebelum berjabat tangan. Ini agak berbeza sedikit dari budaya warga Somali di mana setia kawan akan ditunjukkan dengan menepuk bahu masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila orang-orang &#8216; asing&#8217; ini datang ke\nMalaysia apakah mereka semua akan di dakwa kerana perbuatan mereka dilihat\ntidak bermoral. Untuk saya, ini pasti tidak munasabah dan tidak masuk akal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam negara kita sendiri, kita memiliki\npelbagai bentuk moral dari pelbagai budaya bangsa. Orang Melayu sendiri tidak\nmemiliki masalah dari segi menikmati susuk badan. Budaya manusia Melayu cukup\nselesa dengan susuk tubuh badan manusia. Manusia Melayu tidak memiliki fobia\ndalam hal mencari nikmat dari tubuh badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya kebelakangan ini sahaja orang Melayu\ntelah cuba di Arabkan. Proses mengArabkan orang Melayu ini kelihatan cuba\ndihalalkan dengan hujah-hujah agama. Saya menolak pandangan seperti ini. Orang\nMelayu bukan orang Arab. Islam yang dibawa dari tanah Arab ini hanya sampai ke\nTanah Melayu ini kira-kira 500 tahun dahulu. Harus disedari bahawa beribu-ribu\ntahun sebelum Arab sampai manusia Melayu telah memiliki adat istiadat, budaya,\nbahasa dan tamadun mereka sendiri. Mereka memiliki bentuk-bentuk seni yang\nmemagari kehidupan harian mereka. Mereka juga memiliki nilai moral untuk\nmenyusun negara bangsa mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu tidak perlu diArabkan. Arab\ndan Melayu adalah dua budaya bangsa yang amat jauh berbeza. Manusia Melayu\nlahir dalam persekitaran bumi tropika. Manusia Arab dari iklim dan persekitaran\nyang berbeza. Malah bangsa Arab itu sendiri pun bukan satu bangsa yang\nmonolitik. Ada Arab Badwi dari padang pasir, ada Arab Lautan Tengah, Arab Teluk\ndan Arab Afrika. Kesemua mereka memiliki nilai, moral dan budaya bangsa\nmasing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuba bayangkan perempuan Melayu hingga ke\nhari ini bebas berjalan ke hulu ke hilir bersendirian. Ada yang menaiki kapal\nterbang. Ada menaiki bas. Ada memandu kereta sendiri. Ada yang menumpang kereta\nkawan. Ada yang menumpang kereta kenalan, kekasih atau tunang. Ada yang\nmenunggang motosikal. Semua ini adalah hasil dari asas ekonomi yang wujud pada\nhari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bandingkan&nbsp;\ndengan moral dan nilai budaya yang wujud di negara Arab. Kalau perempuan\nMelayu Malaysia ini di Saudi Arabia, maka mereka akan dianggap tidak bermoral.\nMenganggap perempuan Melayu ini tidak&nbsp;\nbermoral untuk saya adalah satu perbuatan yang tidak siuman. Pandangan\nyang tidak masuk akal. Jadi terbukti bahawa nilai dan moral budaya bangsa itu\nberbeza dan tidak mungkin ada akta dan hukum hakam yang memungkinkan nilai dan\nmoral ini dapat disamakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah untuk menuliskan dan mengaktakan\ntingkah laku, nilai dan moral ini akhirnya akan membawa ke satu keadaan yang\ntidak sehat. Kalau di Malaysia ini apa sahaja undang-undang baru atau akta baru\nyang wujud semuanya akan dialih untuk dijadikan lukah pengutip duit tol. Kerana\nbudaya rasuah yang berleluasa dalam negara kita ini maka agenda nilai dan moral\nini akan dijadikan satu lagi alasan oleh pihak penguat kuasa sebagai modul\nuntuk memungut tol dan baksheeh &#8212; rasuah dalam bahasa Arab.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau PDRM, JPJ, Kastam dan badan-badan\nlain telah sedia wujud lukah masing-masing maka dengan agenda nilai dan moral\nini akan muncul penjaga lukah baru. Kali ini si pemungut tol adalah mereka yang\nberselindung di belakang serban dan agama. Lukah pasti terpasang dan tol pasti\ndipungut walau pun warnanya lukahnya hijau pucuk pisang.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk saya tidak dilihat sebagai batu penghalang dan insan yang tidak bermoral maka saya sedia menerima hakikat bahawa si penguat kuasa ini memiliki moral dan nilai yang lebih tinggi dari saya. Ini bermakna mereka ini kebal dari semua bentuk rasuah. Mereka memiliki kalis moral yang cukup unggul. Ini bermakna\u00a0 hukum hakam ini akan bebas dari lukah tol mereka. Mereka tidak akan menerima baksheeh.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi awas, apa yang akan muncul dari\nusaha membetongkan moral ini ialah sebuah daulah yang dilihat merampok dan\nmerentas masuk ke dalam ruang hak asasi individu. Jika sikap dan niat ingin\nmengawal nilai dan moral ini berpanjangan maka akan sampai satu ketika nanti di\nmana warga tidak akan diberi tahu lagi di mana ruang awam dan di mana hak ruang\nindividu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika hukum hakam ini dibiarkan berterusan\nakhirnya kuasa daulah tidak lagi memahami dan memiliki garis pemisah di antara\nruang individu dan ruang awam. Daulah sebegini akhirnya akan merentas masuk\nlebih jauh ke dalam. Tingkah laku daulah yang ingin mengawal nilai dan moral\nakhirnya akan sampai ke tahap mengintip dan mengawal apa yang warga lakukan di\ndalam kelambu, di dalam bilik mandi atau di atas katil. Semua ini akan di hujah\nberasaskan undang-udang, akta dari pelbagai macam hukum hakam.<\/p>\n\n\n\n<p>Contoh-contoh moral dan nilai yang saya\nnyatakan di atas adalah contoh partikular yang memagari satu-satu budaya\nbangsa. Mengucup pipi sahabat lelaki hanya partikular untuk orang Arab.\nMengurung orang perempuan adalah nilai Arab. Mandi berkemban adalah nilai\nbudaya orang Melayu Malaysia dan orang Melayu Indonesia. Mereka tidak ada fobia\nterhadap tubuh badan mereka. Lelaki Jepun bercawat ketika bermain sukan sumo. Begitu\njuga dengan Orang Asli, orang Dayak dan banyak bangsa di Amerika Latin. Kesemua\nmereka tidak memiliki masalah dengan tubuh badan mereka seperti orang Arab,\nPakistan atau orang Parsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah\nnilai dan moral yang partikular ini tidak mungkin dapat dipersamakan. Sesebuah\nkerajaan, sesebuah negara atau sesebuah parti politik yang ingin memaksa untuk\nmenyamakan nilai dan moral yang partikular ini akan dianggap negara, kerajaan\natau parti politik yang zalim, tanpa moral dan tidak memiliki nilai\nkemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menginjak-injak individu dengan alasan\nnilai dan moral ini adalah contoh daulah yang tidak memiliki moral nilai budaya\nyang tinggi. Mengancam warga di atas alasan bahawa mereka telah mendapat\nwatikah dari Yang Maha Esa adalah hujah yang selalu sangat kita terima. Hujah\nmembuat&nbsp; hukum berselindung di belakang\nbaju Tuhan ini adalah hujah yang paling tidak jujur. Tingkah laku seperti ini\nsamalah seperti apa yang sedang dilakukan oleh presiden Bush kepada Iraq. Bush\njuga percaya bahawa dia telah diwatikahkan oleh Yang Maha Esa untuk memperbaiki\nwarga Iraq dan warga Arab di wilayah Timur Tengah. Lihat apa hasilnya yang\ndibawa dari watikah ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak menolak atau menafikan\nkewujudan dan perlunya nilai dan moral dalam masyarakat. Masyarakat di\nmana-mana pun memerlukan nilai dan moral untuk dikongsi bersama. Nilai dan\nmoral ini wajib bersifat universal yang membawa kebajikan untuk orang ramai.\nDan bukan bersifat menindas dan menyusahkan kehidupan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk saya pada ketika ini negara kita\ntelah ketandusan moral dan nilai yang memiliki asas kejujuran dan keadilan. Dua\nnilai inilah yang seharusnya diberi kepedulian yang tinggi bukan kepedulian\nuntuk mengawal sama ada si anu dan si anu berpegang tangan atau bercumbuan\nmesra. Berpegang tangan, bercium dan berdua-duaan di taman bunga tidak perlu\ndilihat sebagai satu kesalahan. Tingkah laku perbuatan mereka tidak mengganggu\nturun naiknya harga di Bursa Saham Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa sebenarnya yang kurang nilai dan\nmoral &#8212; dua anak muda yang sedang bercengkerama memadu kasih atau Towkey\nPewaja yang bercoat dan bertali yang telah melesapkan 10 bilion ringgit duit\nnegara? Siapa yang tidak bermoral &#8212; menteri yang melesapkan 20 bilion ringgit\ndana Bank Negara atau Mat Kancil dan Minah Kelisa yang sedang bercumbu mesra di\nDataran Merdeka?<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mereka yang mengakui memiliki\nwatikah dari Yang Maha Esa, sebelum meluluskan undang-undang moral ini tanyalah\npada diri sendiri &#8212; sudahkah mereka menjadi orang berani berkata jujur dan\nbenar untuk menegakkan keadilan dan melupus kezaliman. Kerana inilah dua moral\nagung yang menjadi paras tangga rujukan kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>~~~ <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\">Hishamuddin Rais menjemput semua berpeluk dengannya. Ciuman tu tak diwajibkan, tapi tak ditolak juga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"><strong><em>First Published: 28.04.2006 on Kakiseni <\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya menimbulkan perkara nilai dan moral ini kerana pada minggu ini saya terus membaca berita tentang agenda untuk mewartakan moral. Saya juga telah membaca beberapa kenyataan dasar moral dari pelbagai pertubuhan dan badan NGO. Saya juga ada membaca surat-surat di media dari beberapa individu tentang perkara yang sama. Kelihatan hampir kesemua berita dan tulisan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"iawp_total_views":0,"footnotes":""},"categories":[34,3544,3543,3583],"tags":[501,500,502],"language":[7531],"writer":[7621],"class_list":["post-27878","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-articles","category-culture","category-politics","category-religion","tag-culture","tag-politics","tag-religion","language-bahasa-melayu","writer-hishamuddin-rais"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27878","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27878"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39007,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27878\/revisions\/39007"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27878"},{"taxonomy":"language","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/language?post=27878"},{"taxonomy":"writer","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/writer?post=27878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}