{"id":27864,"date":"2006-05-05T09:39:00","date_gmt":"2006-05-05T09:39:00","guid":{"rendered":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/?p=27864"},"modified":"2023-12-07T13:02:02","modified_gmt":"2023-12-07T13:02:02","slug":"sedang-ingin-bercinta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/artikel\/2006\/05\/sedang-ingin-bercinta\/","title":{"rendered":"Sedang Ingin Bercinta"},"content":{"rendered":"\n<p>Apa sebenarnya berlaku pada petang panas\nterik hari sabtu 15 April yang lepas? Khabarnya terjadi satu peristiwa\nkontroversi di dalam iklim hiburan muzik di Malaysia. Ramai karyawan muzik\nMalaysia yang tidak bersetuju dengan acara keramaian yang jelas\nmenganak-tirikan kelompok pemuzik tempatan. Asalnya acara sebegini adalah\nbertujuan untuk bersuka-ria malah juga menikmat nuansa muzik rock tawaran dari\nnegara bendera merah putih. Jadi dari judul bersama harga admisi selembar\ntiket-tiketnya, kita boleh sahaja menebak akan siapa golongan peminat-peminat\nyang bakal membanjiri lapangan padang Stadium Merdeka ini. Dari yang kental\nberasal dari Indonesia sehinggalah penggemar urban yang &#8216;chic&#8217; Kuala Lumpur,\nhimpunan acara sebegini adalah simbol kesatuan yang jelas variatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedia maklum, gaya hiburan terkini di dalam &#8216;industri&#8217; hiburan kita sekarang lebih menyenangi gaya dari tanah seberang. Maka tak hairanlah jika acara konsert sebegini boleh diluluskan. Malah dari himpunan kumpulan-\u00adkumpulan yang membuat persembahan juga bukan calang-calang. Cokelat, Padi, Gigi dan Dewa 19 adalah antara nama-nama gergasi kumpulan rock yang banyak memperngaruhi lanskap muzik moden rock di negara kita. Jika di Indonesia memang susah untuk nama-nama ini bergabung di pentas yang sama, tetapi nyata Kuala Lumpur dijadikan satu pegecualian. Apa benar tanah bertuah kita ini sungguh beruntung?<\/p>\n\n\n\n<p>Acara yang disaksikan oleh lebih 20,000\npengagum di Stadium Merdeka ini bermula lesu dengan persembahan pertama dari\nkumpulan &#8216;Ada Band&#8217;. Masih lagi jagung mentah, Ada Band lebur bersama kepanasan\nterik matahari petang Sabtu dengan tidak mampu pun untuk mengguncang semangat\npara penonton yang masih baru memasuki stadium. Namun satu perkara yang\nmenganggu adalah gaya penataan bunyinya yang memang telah memberi satu isyarat\nyang cukup tidak menyenangkan. Untuk skala konsert mega seperti ini, masalah\nsebegini adalah permulaan kepada lahirnya seekor virus yang dinamakan\n&#8216;kebosanan&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Adalah menjadi satu mimpi ngeri sekiranya virus &#8216;kebosanan&#8217; ini mula berputik. Bermula dari puing-puing kecil ia menghinggap pula kepada pola persembahan band yang kedua Ungu yang relatif baru di industri. Ungu yang tidak semeriah warnanya mula mahu menggoda penonton supaya lebih tampil aktif. Satu perkara yang membebalkan ketika membuat persembahan pada waktu petang adalah kurangnya daya tarikan dari atas pentas. Intensiti lampuannya tidak garang dan menyerlah warnanya ketimbang waktu malam. Maka dari sini, kumpulan Ungu tidak dapat memaparkan aksi pentas yang menyelerakan. Kaku dan kurang bertenaga!<\/p>\n\n\n\n<p>Selesai Ungu, mendung petang dari atas awan mula menunjukkan petanda awal mahu hujan. Cokelat menyambungkan sisa-sisa kekakuan Ungu dengan gaya penataan kostum yang sedikit menarik. Ini barulah gaya pemakaian sebuah kumpulan rock. Kumpulan yang katanya terpengaruh dari ciri The Cranberries gagal menarik perhatian untuk menghayati suasana muzik moden rock ala Bandung kerana kelemahan sistem bunyi yang cukup mengganggu. Iya, yang jelas ia boleh menghibur barisan penonton di depan pentas, tetapi tidak buat barisan yang belakang. Maka terpiculah insiden penonton dari daerah tiket yang murah mahu memberontak dan menyerbu masuk ke daerah tiket berharga mahal.<\/p>\n\n\n\n<p>Untungnya kekecohan ini berlaku hanya\nsebentar dan tidak menganggu perjalanan konsert. Sedia maklum sahaja, insiden\nkekecohan sebegini adalah perkara normal di dalam lingkungan himpunan manusia\nyang ramai sebegini. Panas membara dicampur pula dengan parahnya kesakitan\nsistem bunyi yang amatlah jelas. Tetapi tetap sahaja kekecohan ini sinonim\ndengan lagak serta ekspresi penonton majoriti dari tanah seberang yang mahukan\nperhatian. Perlakuan sebegini adalah manifestasi rasa yang telah pun mencapai\nstatus lagenda di kalangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikutnya adalah giliran kumpulan Padi\nyang dinanti oleh sebilangan besar penonton. Gimik yang mahu dijalankan mereka\nsebelum memulakan persembahan tidak menjadi akibat kekacauan masalah\nteknikaliti sistem bunyi (masih lagi berterusan). Jadi dari impresi pertama,\nset mereka bakal mengundang&nbsp; masalah.\nPadi beruntung kerana persembahan mereka diselamatkan oleh vokal Fadly yang\nsegar. Di saat ini ramai penonton telah sarat dengan semangat untuk berpesta kerana\nPadi telah membangkitkan perasaan yang sekian lama terpendam itu. Gaya mereka\ndi atas pentas benar-benar heboh! Piyu, Rindra dan Fadly begitu aktif dan\nagresif sehingga perlakuan mereka ini berjaya mempengaruhi penonton di bawah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menjelang waktu solat Maghrib,\npersembahan Padi bersama tetamu undangan Rossa terpaksa dihentikan kerana\nmendung gelap pekat diatas awan tidak mampu lagi menahan bekalan airnya dari\nturun kencang membasahi bumi. Ramai terpaksa melarikan diri dari tengah\nlapangan untuk mencari perlindungan. Selesai Maghrib Padi menyambung setnya\ndengan perasaan hambar. Walau mereka cekal untuk memberi persembahan yang\nterbaik, tetap sahaja ia tidak menyelamatkan suasana hambar yang jelas pada\nwajah masing-masing. Masih tetap sahaja masalah bunyi yang menganggu\npersembahan, tetapi pengalaman Padi telah menyelamatkan mereka dari tampil\nbosan.<\/p>\n\n\n\n<p>Gigi tampil selepas Padi dengan gaya\npakaian yang cukup &#8216;stylish&#8217;. Gaya Armand dan Thomas benar-benar mempamerkan\ncitarasa mereka yang tersendiri. Pada waktu separuh masa kedua ini, atmosfera\ndi Stadium mula berubah kerana masalah bunyi yang menggigit telah dapat\ndiselesaikan. Gigi mempamerkan satu persembahan yang cukup baik dan bertenaga.\nPengalaman menikmati Gigi kali ini begitu luar biasa ketika persembahan lagu\n&#8216;Kedamaian&#8217;. Di sini keempat-empat jiwa mereka berpadu dan merasuk semangat\npenonton untuk melonjak dan bernyanyi. Selayaknya sebagai kumpulan Indonesia\nyang terhormat, Gigi konsisten mempamerkan satu persembahan yang tidak\nterlupakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Disemak kembali, Gigi adalah kumpulan\nIndonesia pertama yang menembusi pasaran muzik tempatan pada penghujung abad\nlepas. Kesan mereka cukup besar kerana pada waktu itu ramai penggiat muzik\ntanahair mula membuka mata kepada gelombang baru kumpulan rock dari negara\npimpinan Pak Bambang ini. Pengaruh mereka kepada lanskap muzik cukup terkesan\nterutamanya kepada kumpulan-kumpulan baru tempatan kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau singkat, persembahan Gigi tetap\nmemukau kerana mereka tahu peranan masing-masing di dalam menghidupkan\nkemeriahan suasana berpesta. Selanjutnya, Dewa pula siap-siap menaiki pentas.\n10 minit&nbsp; setelah selesai persembahan\nGigi, telah membuak-buak nama kumpulan Dewa 19 dijeritkan oleh semua 20,000\npenonton. Malam itu sebenarnya adalah milik Dewa 19 kerana mengundang kroni-kroni\nmereka seperti Ratu, Audy dan Ari Lasso. Semestinya status mereka sebagai\nkumpulan &#8216;legendary&#8217; adalah nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>Repertoire mereka pada malam itu adalah khas untuk baladewa Malaysia kerana kepelbagaian lagu yang dinyanyikan. Ari Lasso diundang istimewa oleh Dewa 19 untuk tampil bersama, menyanyikan lagu-lagu lagenda seperti &#8216;Elang&#8217; dan &#8216;Kangen&#8217;. Ramai yang terpukau dengan lunak gemersik vokal Ari yang istimewa itu selain tetap mengamit nostalgia kegemilangan awal Dewa 19 suatu waktu dahulu. Saat paling mahal buat Dewa 19 adalah ketika persembahan lagu baru &#8216;Sedang Ingin Bercinta&#8217; yang punya nada khas dangdut moden berbaur rock. Malah ramai pula bersemangat berteriak dan berjoget goyang dangdut yang bukan kepalang tapi taklah terlebih-lebih seperti Inul. Dengan marathon sebanyak 23 lagu, penampilan setiap anggota Dewa 19 adalah di tahap terbaik yang maksima. Pada ketika ini juga, tiada lagi gangguan sistem bunyi yang menyesalkan dan ia berlangsung mulus sehingga ke titik pengakhiran lagu &#8216;Pupus&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>~~~ <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\">Remin Nair adalah seorang pengamat budaya dan pengobses media. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"><strong><em>First Published: 05.05.2006 on Kakiseni <\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apa sebenarnya berlaku pada petang panas terik hari sabtu 15 April yang lepas? Khabarnya terjadi satu peristiwa kontroversi di dalam iklim hiburan muzik di Malaysia. Ramai karyawan muzik Malaysia yang tidak bersetuju dengan acara keramaian yang jelas menganak-tirikan kelompok pemuzik tempatan. Asalnya acara sebegini adalah bertujuan untuk bersuka-ria malah juga menikmat nuansa muzik rock tawaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"iawp_total_views":1,"footnotes":""},"categories":[7758,7764,7774],"tags":[4335,4344,4343,4337,924,4341,4340,709,40,4338,4342,49,1063,4339,1060,4336],"language":[7791],"writer":[7898],"class_list":["post-27864","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-artikel","category-muzik","category-ulasan","tag-ada-band","tag-ari-lasso","tag-audy","tag-cokelat","tag-concert","tag-dewa-19","tag-gigi","tag-indonesia","tag-music","tag-padi","tag-ratu","tag-review","tag-rock","tag-rossa","tag-stadium-merdeka","tag-ungu","language-bahasa-melayu-ms","writer-remin-noir-ms"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27864","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27864"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27864\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38521,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27864\/revisions\/38521"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27864"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27864"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27864"},{"taxonomy":"language","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/language?post=27864"},{"taxonomy":"writer","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/writer?post=27864"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}