{"id":27596,"date":"2006-09-07T03:54:00","date_gmt":"2006-09-07T03:54:00","guid":{"rendered":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/?p=27596"},"modified":"2023-12-07T15:09:44","modified_gmt":"2023-12-07T15:09:44","slug":"sejarah-masa-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/articles\/2006\/09\/sejarah-masa-depan\/","title":{"rendered":"Sejarah Masa Depan"},"content":{"rendered":"\n\n\n<p>Majlis pelancaran buku <em>From Majapahit to Putrajaya &#8211;<\/em>&#8211; yang mana\nsaya terlewat dan bila sampai majlis sudahpun selesai. Mujurlah berkesempatan\nduduk sama menikmati teh tarik bersama beberapa teman yang masih berlegar di\nsitu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada ketika inilah saya dirapati oleh Kathy untuk membuat ulasan buku Farish. Ulasan buku saya yang sebelum ini adalah buku <em>Sajak-Sajak Saleh<\/em> oleh Salleh Ben Joned. Itupun entah berapa kurun yang lalu, entah dari kehidupan saya yang satu lagi. Memang sudah menjadi kebiasaan saya, menulis hanya bila rasa diperlukan. Saya mengangguk bersetuju bagai orang saleh sedang berzikir.<\/p>\n\n\n\n<p>Farish Ahmad Noor, satu nama yang tak\nperlu diperkenalkan lagi (saya kadang-kadang suka klise). Adanya pelancaran\nbukunya yang terbaru ini, kita sekali lagi bagai diberi satu uncang guli\ntentang Malaysia &#8212; Malaysia yang satu lagi, Malaysia yang kita tidak sangka\nwujud. Sekali baca, kumpulan esei Farish yang kedua ini masih dengan pendekatan\ndan cara penulisan yang sama dengan kumpulan eseinya yang pertama <em>The Other Malaysia<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Buku ini seolah-olah jawaban kepada doa-doa mereka yang meminati sejarah dan politik semasa. Pandangan Farish adalah pandangan yang jauh dan menyeluruh, melakar Malaysia yang dahulu:\u00a0samada\u00a0kurun yang\u00a0ke-17,\u00a0mahupun abad yang sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Farish tidak mengajak kita bernostalgia\ntentang kegemilangan masa lampau.<\/p>\n\n\n\n<p>Masa lampau dan masa kini dinilai dengan\nneraca yang serupa. Ya, manusia yang mendiami masa lampau dan kini tiada bezanya.\nTetap tamak, tetap haloba dan berpandangan singkat (namun yang baik dan yang\nlurus dan berwawasan ada juga). Kita tetap melakukan kesilapan yang serupa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu saya meminati sejarah, ia menceritakan\nmasa depan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah juga merupakan sesuatu yang\nberubah-ubah, mengikut teks dan versi mana yang kita baca. Farish mengupas daripada\nhikayat-hikayat lama, meneliti di antara garis-garis dan memberi keadilan yang\nsebenar kepada baris yang dibaca. Mungkin saya sedikit <em>bias<\/em> di sini, setelah melalui zaman kanak-kanak dengan membaca buku-buku\nseperti <em>Hikayat Merong Mahawangsa<\/em> dan\n<em>Hikayat Malim Deman<\/em> (hanya menyebut\nnama). Membaca esei mengenai hikayat lama oleh Farish adalah seperti bercerita\ndengan rakan dari zaman lampau yang baru ketemu kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sini kita dapat melihat bagaimana\nsabarnya Farish dalam membaca dan menyelidik. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk\nmembuat sesuatu penafsiran terhadap tulisan yang ditulis ratusan tahun yang\nlalu. Tanpa cinta dan azam yang utuh tidak mungkin tulisan seperti ini dapat\ndihasilkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan setakat tentang hikayat sahaja yang\ndapat kita teguk dari telaga tulisan Farish ini. Farish dengan nada dan bahasa\nyang sama membawa kita kepada ikon popular moden Siti Nurhaliza. Farish dengan\nmata hati yang tajam melihat kesan yang terpalit daripada salah satu buah catur\nmasyarakat. Dia menceritakan bagaimana orang yang sama berdemonstrasi meminta\ndarah orang Amerika, juga telah meminta nombor telefon Siti Nurhaliza\ndaripadanya!<\/p>\n\n\n\n<p>Memanglah diakui tidak semua akan menyukai\ntulisan dan buah pandangannya. Farish Noor tidak lekang dari kontroversi.\nSebagai contoh, baru beberapa bulan yang lalu, setelah diwawancara oleh sebuah\nakhbar tempatan, beliau telah tergosok hala yang salah. Dengan satu nafas, dia\nmembelasah PAS dan UMNO, mengkritik kaedah memerintah dengan menakut-nakutkan\nrakyat. Kata UMNO, &#8216;Melayu dalam bahaya!&#8217; Kata PAS &#8216;Islam dalam bahaya!&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini membuat kuasa politik tidak\nsenang dengan tulisannya. Dalam senario politik semasa yang semakin\nberwarna-warni ini, saya tidak melepaskan peluang bertanya pandangannya. Tetapi\ntak perlulah saya huraikan di sini, tunggu sahaja tulisannya nanti \ud83d\ude09<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ditanya mengenai perbezaan buku\nini dengan yang sebelumnya, Farish mengatakan yang ia adalah kesinambungan\ndalam penulisannya. Dia tidak dengan secara sengaja menulis untuk membuat\nperubahan ataupun mengekalkan stail penulisan. Namun dari penelitian, kita dapat\nmelihat tulisannya semakin matang dan Farish seolah-olah telah mendapat gaya\ndan acuannya yang tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>FMTP berbeza dengan <em>The Other Malaysia<\/em>, di mana tulisan awalnya terlalu berstruktur,\nagak keras dan kaku bagi pembacaan umum. Dan ya, dalam FMTP, Farish membuat\ntulisan ilmiah menjadi sangat seksi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari penulisannya Farish tidak henti-henti\nmenyeru kita untuk mendakap sejarah. Terima masa lampau kita dengan terbuka.\nHadapi segala hantu-hantu dan bayangan yang kita takuti selama ini. Hanya\ndengan ini kita dapat bergerak dengan lebih sasa dan yakin.<\/p>\n\n\n\n<p>Menarik juga untuk diketahui yang Farish\nmenulis dari jauh. Seperti kebanyakan penulis yang bagus, mereka hanya menulis\ntentang sesuatu tempat bila mereka telah meninggalkan sesuatu tempat itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Buku ini juga menjadi seperti suatu tempat\nbagi Farish untuk meluahkan rasa peribadi sebagai pengkaji dan penyelidik\npolitik semasa. Beliau melontar segala rasa yang disampaikan dengan begitu\nlancar dan meruntun perasaan. Selesai membaca buku ini kita seolah-olah dapat\nmengenali penulis dengan begitu intim sekali. Lebih lagi setelah membaca tiga\nbelasungkawa insan-insan yang menyentuh hidupnya. Melengkapkan lagi satu sisi\nDr. Farish Ahmad Noor.<\/p>\n\n\n\n<p>~~~ <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\">Selain daripada bermain golf, Saifullizan sedang sibuk membuat persiapan untuk menerbitkan sebuah filem seramnya <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"><strong><em>First Published: 07.09.2006 on Kakiseni <\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis pelancaran buku From Majapahit to Putrajaya &#8211;&#8211; yang mana saya terlewat dan bila sampai majlis sudahpun selesai. Mujurlah berkesempatan duduk sama menikmati teh tarik bersama beberapa teman yang masih berlegar di situ. Pada ketika inilah saya dirapati oleh Kathy untuk membuat ulasan buku Farish. Ulasan buku saya yang sebelum ini adalah buku Sajak-Sajak Saleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"iawp_total_views":15,"footnotes":""},"categories":[34,3544,3897,3541,3543,3569],"tags":[264,4048,3668,2772,500,49],"language":[7531],"writer":[7733],"class_list":["post-27596","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-articles","category-culture","category-history","category-literature","category-politics","category-review","tag-book","tag-dr-farish-ahmad-noor","tag-farish-noor","tag-history","tag-politics","tag-review","language-bahasa-melayu","writer-saifullizan-tahir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27596"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39229,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27596\/revisions\/39229"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27596"},{"taxonomy":"language","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/language?post=27596"},{"taxonomy":"writer","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/writer?post=27596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}