{"id":27576,"date":"2006-08-09T03:06:00","date_gmt":"2006-08-09T03:06:00","guid":{"rendered":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/?p=27576"},"modified":"2024-07-04T14:14:49","modified_gmt":"2024-07-04T06:14:49","slug":"jeri-azhari-1955-2006","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/artikel\/2006\/08\/jeri-azhari-1955-2006\/","title":{"rendered":"Jeri Azhari, 1955-2006"},"content":{"rendered":"\n\n<p>Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih\nsinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening\nsubuh 19 Julai 2006, hanya kira-kira dua setengah minggu usainya majlis\npelancaran pameran solo (ke-8) beliau di Balai Seni Lukis Negara. Beliau\ndikebumikan di Sungai Siput, di tanah kelahirannya, negeri Perak Darul Ridzuan.\nDi saat pemergiannya, pameran instalasi bertajuk <em>Integriti<\/em> masih dibondongi khalayak dan peminat seni yang teruja\ndengan himpunan karya-karya bernuansa pop (genre yang menampilkan elemen\/subjek\nkistch berkaitrapat dengan budaya massa dan konsumerisme). Sesudah Joseph Tan,\nIsmail Zain, Redza Piyadasa dan Ibrahim Hussein bermain dengan elemen popular,\nhampir tiada penggiat seni tampak tanahair yang cenderung menyelami Seni Pop\nseserius dan seyakin Jeri. Jeri teguh kerana Pop Art. Dia bergelandangan\nangkara Pop Art. Beliau gemilang disinar Pop Art. Tiada sesiapa yang dapat\nmentafsir ketaksuban Jeri dengan stail dan konsep Seni Pop yang ditatang selama\nini. Walau pun mungkin tidak tercapai kirtana dunia glamor Warhol dan\nLichtenstein, Jeri tetap dengan pendiriannya hingga ke akhir hayat.<\/p>\n\n\n\n<p>Nama Jeri sebenarnya agak popular di\nkalangan pelukis dan pengamat seni urban Lembah Kelang khusus di sekitar\nBangsar. Kelibat Jeri bersama isterinya Sita sering kelihatan di pembukaan\nacara-acara seni di sana. Ketika gawat mencari informasi tentang Jeri untuk\ndiselitkan dalam artikel ini, saya teringatkan sebuah salinan manuskrip\nperibadinya yang pernah dihulur kepada saya awal tahun lalu. Tajuknya <em>Filasuf Buka<\/em>; sebuah biografi yang\nkomprehensif tentang perjalanan hidup Jeri yang penuh cabaran dan padat\niktibar.<\/p>\n\n\n\n<p>Jeri hanya sempat mengikuti semester asas\n(foundation) dalam jurusan Seni Halus di Institut Teknologi Mara Kuala Lumpur\nkerana kedegilannya untuk lebih bebas berkarya dan menjalani kehidupan berkreatif.\nNamun begitu, bakat seni yang dipunyainya tidak disia-siakan begitu sahaja. Beliau\nmencuba nasib di dalam pelbagai bidang: sebagai ilustrator dan kolumnis majalah\n(antaranya Fantasi, Nusantara, Dewan Masyarakat) dan sebagai pereka grafik di\nDewan Bahasa &amp; Pustaka, malah pernah dilantik sebagai Pengarah Seni untuk\n&#8220;International Motor Show &#8217;77&#8221;. Kegigihan beliau mengambil bahagian\ndi dalam pelbagai pertandingan seni tampak juga tidak mendukacitakan bila mana\nbeberapa kali diiktiraf sebagai pemenang. Logo ciptaannya (1980) masih\ndigunakan hingga kini sebagai logo rasmi Malaysian Industrial Development\nAuthority (MIDA), selain pernah menerima anugerah Honorable Mention, Phillip Morris Art Award (1995).<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1977, Jeri berkhidmat di New Straits Times Press (NSTP)\u00a0sebagai Editorial Artist yang antara skop tugas melibatkannya sebagai pelukis di Mahkamah Tinggi dan perhimpunan Parlimen Malaysia selain sebagai pereka grafik. Antara kenangan manis semasa di sana adalah apabila beliau dan rakan sepejabat Lat, Ruhanie Ahmad dan Sallehudin Othman (ketiga-tiganya tokoh yang dikenali kini) menubuhkan kugiran The Batu Api untuk mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian anjuran NSTP. Persembahan mereka cukup menarik dan telah membuahkan kemenangan sehingga ditawar kontrak rakaman oleh Raymond Hon dari WEA! Kecenderungan Jeri terhadap bidang muzik sememangnya bermula sejak remaja lagi bila mana beliau menjadi penyanyi kugiran dan membuat persembahan di majlis-majlis keramaian khususnya kenduri perkahwinan di kampung. Minat mendalam beliau terhadap muzik juga menyaksikan pembabitan seriusnya di dalam kegiatan dan acara-acara pementasan seni serta konsert-konsert rock. Pemuzik sohor Ito (Blues Gang) turut mengesahkan jasa-jasa Jeri terhadap Blues Gang, sebagai seorang yang bertanggungjawab mengendali bahagian artistik dan promosi konsert-konsert mereka sekitar pertengahan tahun 80an. Keistimewaan Jeri katanya terletak kepada kesungguhan Allahyarham yang gemar berbincang dan bertukar-tukar ide di kalangan teman-teman industri muzik tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas satu dekad menjadi warga NSTP,\nbeliau mengambil keputusan berhenti secara drastik di atas desakan hati yang\nmahukan kebebasan berkreasi. Tantangan yang dilaluinya amat panjang dan sarat\nuntuk diceritakan. Setelah melalui keperitan dan kesengsaraan hidup sebagai\npelukis sepenuh masa, Jeri buat pertama kalinya menjalankan pameran solo <em>Seni Pop<\/em> pada tahun 1996 di Parkroyal\nHotel Kuala Lumpur. Pameran yang banyak berkisar tentang ahli politik Malaysia\nyang berkonsepkan kenyataan seninya &#8220;anything creative that pops out of the mind&#8221; ini dilancarkan Dato&#8217; Seri Rafidah\nAziz.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun berikutnya, pameran solo kedua\nbertajuk <em>Visual Communication<\/em> menyusul. Direktor Goethe Institute Kuala Lumpur\npada waktu itu, Gerhard Engelking selaku kurator memberi kenyataan yang cukup\nmenggetarkan:<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Azhari&#8217;s works document a process of self-discovery which question\nthe meaning of existence and explores the possibilities for communal life in\nour rapidly changing world. Azhari is interested in the individual and in his\nconflict with the dominant ideology of economic growth which is only\nprofit-oriented but not in theories which seek to change the world. The collage\nis used as a form of artistic expression which strives for more humane\nworld.&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Gejolak artistik Jeri tidak hanya terbatas\nkepada ekspresi melukis sahaja malah turut diluahkan melalui seni persembahan (performance art). Pada tahun 1999, kira-kira dua minggu sebelum\nkemunculan detik milenium, beliau mempersembahkan &#8216;In Search of Ahmad&#8217; di\nstudionya di Bangsar. Karya persembahan ini mempersoalkan tentang tujuan\nkewujudan manusia. Selama empat belas hari Jeri &#8216;berpuasa&#8217; daripada makan dan\nbersuara (walau pun dengan si isteri) dengan tujuan menghindarkan diri daripada\ngodaan dunia; berita, radio tv, rokok, politik, gossip, dan sebagainya. Untuk\nmenguatkan fokus dan stamina beliau menggulung helaian suratkhabar dan majalah\nsetiap hari yang pada akhir upacara ini menyaksikan lebih kurang 10,000 helaian\nkertas digubah menjadi sebuah karya instalasi. ISA (In Search of Ahmad) turut\ndipamerkan sempena pameran solo bertajuk &#8216;Relations&#8217; di Galeri Petronas KLCC\npada tahun 2001.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2002, beliau dan Sita menjayakan sebuah lagi karya seni performatif yang menggabungkan seni dan muzik di Zooz Cafe Gallery. Khalayak mengambil bahagian dalam acara berbentuk interaktif tersebut dengan berbual panjang bersama mereka mengenai pelbagai topik. Di waktu kemelut peperangan Iraq pada tahun 2003, beliau mengambil bahagian dalam acara kolaboratif bersama &#8216;500 children of homes&#8217; untuk penghasilan kolaj gergasi bertajuk <em>Children of Malaysia for World Peace<\/em> di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pada tahun 2004 beliau diundang untuk menghasilkan karya <em>Imposibiliti<\/em> dalam ruang publik Laman Seni di Balai Seni Lukis Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Genap usianya setengah abad, setelah\nmenjadi pelukis sepenuh masa hampir 20 tahun dengan kehidupan yang cuba\nmerealisasikan filsafat Seni Pop, Jeri melangkah meninggalkan kita semua.\nHarap-harap diketemuinya baraqah alam yang lebih pop dalam keadaan yang tenang\ndan penuh gemerlapan. Tidak dapat disangkal lagi, &#8216;pop&#8217; atau&nbsp; &#8216;Bapa Pop Art&#8217; yang banyak menjadi guru\nkepada sebahagian penggiat seni ini pergi sebagai seorang lagenda setelah\nmenjalani dugaan masa dan berjaya menancapkan namanya sebagai pelukis pop\nMalaysia di dalam persejarahan seni tampak tanahair. Malah nama Malaysia turut\ndijaja ke peringkat antarabangsa bila mana beliau terpilih oleh The Marquis\nWho&#8217;s Who Publication Board bagi kategori &#8220;Who&#8217;s Who In The World&#8221;\n(Edisi ke17, 2000), sebagai salah seorang tokoh yang telah membuktikan\npencapaian yang baik dan konsisten sepanjang penglibatan dalam bidang yang\ndiceburinya.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Jeri, as the legend goes, is one artist of incredible self-denial,\nwho eventually gave up his job as a graphic artist just to paint and paint and\npaint.&#8221; &#8212; Ooi Kok Chuen, The New Straits Times(arts), March 20<sup>th<\/sup>\n1997<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Wasiat Jeri kepada para pelukis muda: &#8220;Jangan ke depan terlalu mendadak, ia akan menjahanamkan kamu! Masa diperlukan untuk sampai ke sana, wang datang dan pergi untuk memperbodoh dan membunuh pelukis seperti kamu; wang hanya untuk survival sehinggalah ia mendesakmu. Setiap orang harus bekerja dengan keaslian (originality)\u00a0dan memilih arah berlandaskan pengalaman semasa dan lampau, akar, DNA. Tujuan menjadi seorang pelukis; Anugerah (The Gift) &#8212; kreativiti datang dari Pencipta (The Creator), untuk membalasNya, kembalikan kepada manusia, Dunia (The World). Cari dan kenalilah &#8216;insan&#8217; di dalam dirimu, dengar kepada suara kalbumu; praktikkan dengan kebenaran untuk mendepang minda, ide dan kespontanan; keikhlasan untuk ketabahan; kesabaran sebagai cahaya petunjuk arah. Diri di sebalik karya adalah yang lebih utama dan\u00a0&#8216;jangan terpinggir\u00a0oleh sebab-sebab sendiri&#8217;. Para senior telah melakukan yang terbaik dengan menjaja obor seni; tanpa mereka kamu yang harus menjadi pioneer. Dengan segala ilmu tersebut (yang tidak dapat kamu belajar di sekolah-sekolah seni), bersama-sama kita dapat mengharungi gelora dan nescaya tidak lama lagi kamu akan faham karya-karya saya.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>AL-FATIHAH.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pameran <em>INTEGRITI<\/em> masih\nberlangsung di Balai Seni Lukis Negara sehingga 31 Ogos 2006. Sebuah pameran <em>Tribut Untuk Jeri<\/em> anjuran bersama Balai\nSeni Lukis Negara dan GUDANG akan turut dijalankan selama seminggu bermula 25\nOgos 2006.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>~~~<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\">Teks ini dikarang berdasarkan perbualan dengan isteri Allahyarham, Puan Norsita, Encik Azmin Hussein aka Bob, Encik Mazlan Mlrad, Encik Ito Blues Gang serta rujukan terhadap manuskrip &#8216;Filasuf Buka&#8217; (2005) Jeri Azhari serta esei\/pengantar &#8220;Matriks Budaya, Jeri dan Seni Pop&#8221; oleh Safrizal Shahir dalam kalalog pameran <em>Integriti<\/em> (2006). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\">Nur Hanim Mohamed Khairuddin adalah pengarang majalah Sentap. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"><em><strong>First Published: 09.08.2006 on Kakiseni <\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, hanya kira-kira dua setengah minggu usainya majlis pelancaran pameran solo (ke-8) beliau di Balai Seni Lukis Negara. Beliau dikebumikan di Sungai Siput, di tanah kelahirannya, negeri Perak Darul Ridzuan. Di saat pemergiannya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"iawp_total_views":26,"footnotes":""},"categories":[7758,7764,7777,7780,7766],"tags":[3899,690,4159,643,4151,4149,640,4157,4156,4146,4160,3900,3187,4148,40,4152,4150,484,4158,4147,4145,4161,1063,4162,4163,4155,4164,4153,259,4154],"language":[7791],"writer":[7934],"class_list":["post-27576","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-artikel","category-muzik","category-obituari","category-seni-persembahan","category-seni-visual","tag-ahmad-azhari-bin-mohd-nor","tag-balai-seni-lukis-negara","tag-blues-gang","tag-dewan-bahasa-pustaka","tag-dewan-masyarakat","tag-fantasi","tag-galeri-petronas","tag-gerhard-engelking","tag-goethe-institute","tag-institut-teknologi-mara","tag-ito","tag-jeri-azhari","tag-lat","tag-malaysian-industrial-development-authority-mida","tag-music","tag-new-straits-times-press-nstp","tag-nusantara","tag-obituary","tag-parkroyal-hotel-kuala-lumpur","tag-phillip-morris-art-award","tag-pop-art","tag-raymond-hon","tag-rock","tag-ruhanie-ahmad","tag-sallehudin-othman","tag-seni-pop","tag-sita","tag-the-batu-api","tag-visual-art","tag-wea","language-bahasa-melayu-ms","writer-nur-hanim-khairuddin-ms"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27576"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39179,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27576\/revisions\/39179"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27576"},{"taxonomy":"language","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/language?post=27576"},{"taxonomy":"writer","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/writer?post=27576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}