{"id":27568,"date":"2006-07-27T02:52:00","date_gmt":"2006-07-27T02:52:00","guid":{"rendered":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/?p=27568"},"modified":"2023-12-07T13:15:05","modified_gmt":"2023-12-07T13:15:05","slug":"tidak-seniman-hilang-di-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/artikel\/2006\/07\/tidak-seniman-hilang-di-dunia\/","title":{"rendered":"Tidak Seniman Hilang di Dunia"},"content":{"rendered":"\n\n<p>Melalui seni, U-Wei Haji Saari sentiasa meneroka alam pemikiran baru. Isu-isu dan sifat manusia yang kompleks seperti identiti sesuatu bangsa pun dipaparkannya. &#8220;Kalau takut meneroka, baik saya berhenti berfikir,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini U-Wei mencabar lagi isu identiti bangsa dengan pementasan barunya bertajuk <em>Wangi Jadi Saksi<\/em>. Ia mengisahkan peristiwa bersejarah dalam dunia Melayu, yang diceritakan menurut kacamata seorang perempuan. Peristiwa pembunuhan Hang Jebat disaksikan oleh Dang Wangi isterinya, yang mendakwa matinya Jebat bukan ditangan Tuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana beberapa karya U-Wei sebelum ini seperti watak Zaleha dalam filem <em>Perempuan, Isteri dan Jalang<\/em> dan Zaitun di <em>Buai Laju-laju<\/em>, beliau mengenengahkan watak-watak perempuan tanpa menggunakan clich\u00e9 murahan. Dia menceritakan kisah dan pemikiran perempuan yang melalui keperitan hidup dan cuba mengharunginya sebaik mungkin menurut kemampuan yang ada padanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, apakah keistimewaan penceritaan\ndari Dang Wangi ini? Adakah perspektif baru ini hasil kajian U-Wei yang belum\npernah dikesan oleh penganalisis sastera dan sejarahwan selama ini? Atau adakah\nia sekadar lontaran idea U-Wei?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sejarah Melayu jarang benar\ndiceritakan dari pandangan seorang perempuan,&#8221; keluh U-Wei. &#8220;Maka saya\nmemberi suara kepada perempuan. Dang Wangi ibarat orang kecil, dan orang kecil\npun ada ceritanya sendiri, ada pandangan dan pemikirannya. Orang besar tidak\nboleh lupa itu. Setiap keputusan mesti mengambilkira pandangan orang\nramai,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya kira ramai antara kita adalah ibarat\nDang Wangi. Tidak harus kita membiarkan kebenaran dibolot dan dinodai oleh\nmereka yang berkuasa dan mempunyai pengaruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kacamata Dang Wangi, kita diajak\n&#8216;menghadiri sama&#8217; persidangan tertutup antara dua pahlawan negara dan juga\nsahabat bersaudara, antara Tuah dan Jebat. &#8220;Persidangan yang\nmempertembungkan dua aliran pemikiran,&#8221; tegas U-Wei.<\/p>\n\n\n\n<p>Watak-watak yang dipersembahkan U-Wei\nbegitu penuh dengan konflik. Pateh Karma Wijaya yang banyak jasanya pada\nkerajaan Melaka juga menyumbang kepada kejatuhan empayar Melaka. Hang Jebat\nyang menuntut bela juga membunuh mereka yang tidak berdosa dan percaturan Pateh\nKarma Wijaya jelas lari dari sasaran kerana Hang Tuah yang diyakini taat kepada\nRaja, rupa-rupanya bijak menghitung suasana. Dang Wangi pula yang zahirnya\nlemah ternyata mempunyai kuasa dan kekuatannya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak zaman berzaman, Hang Tuah dijadikan\nlambang kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada Rajanya manakala Hang Jebat\nterkenal dengan ungkapannya, &#8220;Raja adil raja disembah, raja zalim raja\ndisanggah.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu amat memberatkan isu\nkesetiaan dan penderhakaan kepada Raja. Buku-buku Melayu lama sering\nmenggambarkan keagungan Raja melalui ungkapan &#8220;adil dan saksama pada\nmemelihara rakyat.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Pepatah-pepatah seperti &#8216;jikalau tiada akar, pohon tiada akan dapat berdiri&#8217; dan &#8216;hebat guru kerana anak muridnya, hebat raja kerana rakyatnya&#8217; menunjukkan rakyat peka tentang perhubungan mereka dengan Raja. Kisah raja-raja yang adil, dan yang zalim seperti Sultan Mahmud yang mangkat dijulang kerap dijadikan tauladan. Prinsip asas demokrasi juga seperti telah ketara di dalam ungkapan pertalian Raja dan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>U-Wei mengusulkan konsep kesetiaan melalui\nmadah Hang Tuahnya: &#8220;Bukan kita mengikut buta..&#8221; Persis seperti\npendirian Bendahara Tun Ali. Bukan dia mengikut buta. Hang Tuah disembunyikan\ndan tidak dibunuh seperti perintah Raja.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata-kata Tuah &#8220;&#8230; tapi mendurhaka\nkepada raja itu petanda kiamat zaman dan berakhirlah zaman Melayu kita&#8221; menggambarkan\npendirian U-Wei bahawa setia kepada perjanjian juga tersangat penting.\n&#8220;Sejarah Tanah Melayu dan perjanjian antara pembesar-pembesar Negara\nterdahulu harus tetap dijunjung,&#8221; tegasnya. Dia berpendapat bahawa apabila\nsesuatu elemen diperkenalkan tanpa pemahaman mendalam tentang perjanjian yang\ntelah dimeterai, maka akan kacaulah keadaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun saya kira agak panjang persoalan ini. Pertembungan terutamanya antara sejarah tanah Melayu dan Malaysia hari ini, identiti Melayu dan Islam serta Melayu dan Malaysia, tidak boleh dipendam begitu sahaja kerana ia akan tetap menghantui diri. Interpretasi dan pemahaman konteks sesuatu masa dan keadaan perlu diambil kira. Pertembungan pemikiran justeru pasti, namun orang Melayu perlu menghadapi cabaran kenyataan masakini dengan jujur dan berani.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Seni semurah pensil<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut U-Wei, &#8220;seni seharusnya\nhendaklah semurah pensil,&#8221; namun dia mengambil sikap pragmatik dalam hal\nini. &#8220;Pembiayaan kewangan tidak menentukan kualiti, tetapi tentu saja ia\nmembantu pembuat filem dalam menghasilkan karyanya.&#8221; Dia berpendapat\nbahawa kerajaan perlu melabur dan memberi bantuan kewangan kepada pembuat filem\nyang serius agar industri perfileman berkembang pesat dan bermutu tinggi Namun,\nU-Wei yakin bahawa walau tanpa bantuan kewangan, filem tetap akan dibuat juga\nkerana manusia tidak boleh lari dari seni.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan seni tidak boleh lari dari kritikan.\nDengan berani U-Wei memaparkan sesetengah aspek resam Melayu yang meresahkan\npenonton Melayu sendiri sehingga banyak ungkapan dan adegan di filemnya ditapis\ndan dikritik hebat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, U-Wei tidak melatah apabila\nkaryanya diserang. Dia malahan mempertahankan hak mereka untuk menyuarakan\npendapat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja dia menerima segala kritikan\nterhadap filemnya, malah dia juga tidak gusar dengan penggunaan bahasa kritikan\nanak muda yang dianggap kasar dan kurang disenangi oleh sesetengah pihak.\n&#8220;Bahasa perlu&nbsp; diguna dan\ndikembangkan. Bahasa blog contohnya, ada seninya tersendiri kerana mereka harus\nmenggunakan bahasa secara minima untuk mengutarakan hujah mereka. Mungkin elok\ndikaji perkembangan bahasa anak-anak muda ini. Mereka melalui evolusi mereka\nsendiri dan saya yakin hasil budaya berhujah ini, mereka bakal membentuk corak\npemikirannya yang tersendiri di masa akan datang.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimana pun, menerima kritikan\nbukan bermakna tidak boleh memberi penjelasan. &#8220;Adegan berkemban,\nmisalnya, memang sudah sebati dengan budaya Melayu. Kalau ikutkan, orang Melayu\ndulu mandi bawah bintang-bintang, tanpa beratap.&#8221; Dia tidak mengada-adakan\nsesuatu adegan dalam karyanya tanpa bersebab kerana dia sedar &#8220;Pengkarya\nmesti halus dalam seninya, jika tidak ia akan jadi sumbang.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Agak menghairankan. Orang Melayu terkenal\nbegitu setia sekali mempertahankan adat resam dan identiti Melayunya. Ungkapan\nHang Tuah &#8220;Tidak Melayu hilang di dunia&#8221; dan pepatah &#8220;Biar mati\nanak, jangan mati adat&#8221; menunjukkan betapa kuatnya pegangan ini. Namun,\ndengan menegah sesetengah resam Melayu dari dipertontonkan, bukankah\nseolah-olah orang Melayu menolak budayanya sendiri? Apakah orang Melayu kini\nsedang dilanda konflik identiti?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang Melayu lupa bahwa Islam itu\nbukan bermakna Arab,&#8221; ujar U-Wei. Dia menganggap mereka yang mengambil\npendekatan cetek dan keras dalam menilai sesuatu seni sebagai orang-orang yang\n&#8220;tidak kenal ilmu diri.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Saya fikir masyarakat Melayu perlu membuka\nluas ruang perbincangan tentang pandangan U-Wei ini. Bukankah Tuhan telah\nmenyebut bahawa Dia telah menjadikan manusia dari berbagai bangsa dan kaum\nsupaya kita saling mengenali? Bukankah juga yang membentuk identiti sesuatu\nbangsa dan kaum itu itu adalah, adat kebiasaannya, pakaiannya, keseniannya dan\nbahasanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi orang Melayu, pertanyaannya mungkin tidak\nsekadar terhenti di situ. Identiti Bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi\nbahasa kebangsaan Malaysia mungkin terpaksa dinilai kembali. Secara tidak langsung,\nbahasa Melayu tidak lagi menjadi kepunyaan eksklusif orang-orang Melayu yang\nramainya beragama Islam. Lalu, berhakkah penganut agama lain menggunakan bahasa\nMelayu dalam buku-buku dan acara-acara keagamaan mereka?<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin kerana U-Wei sedar banyaknya persoalan\nyang belum terungkai, membuatkan dia terus berkarya. Justeru karya teater <em>Wangi Jadi Saksi<\/em> tidak ditinggalkan\nsekadar menceritakan sejarah, tetapi dijadikan wadah untuknya melafaz dan\nmengangkat persoalan yang lebih besar dalam zaman dan pengalaman hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Wangi Jadi Saksi<\/em><\/strong><strong> dipentaskan di Dewan Bahasa &amp; Pustaka, Menara DBP dari Khamis 27 Jul &#8211; Ahad 6 Aug 2006. <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>~~~ <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-small-font-size\">Yati Hj Kaprawi adalah seorang pelukis dan aktivis wanita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"><em><strong>First Published: 27.07.2006 on Kakiseni <\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Melalui seni, U-Wei Haji Saari sentiasa meneroka alam pemikiran baru. Isu-isu dan sifat manusia yang kompleks seperti identiti sesuatu bangsa pun dipaparkannya. &#8220;Kalau takut meneroka, baik saya berhenti berfikir,&#8221; ujarnya. Kali ini U-Wei mencabar lagi isu identiti bangsa dengan pementasan barunya bertajuk Wangi Jadi Saksi. Ia mengisahkan peristiwa bersejarah dalam dunia Melayu, yang diceritakan menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"iawp_total_views":0,"footnotes":""},"categories":[7758,7782,7768,7774,7762],"tags":[4196,4194,643,4193,1001,2772,3925,628,972,539,621,3926,4195,4197,49,4199,46,3898],"language":[7791],"writer":[7951],"class_list":["post-27568","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-artikel","category-sejarah","category-kesusasteraan","category-ulasan","category-teater","tag-bahasa-melayu","tag-dang-wangi","tag-dewan-bahasa-pustaka","tag-hang-jebat","tag-hang-tuah","tag-history","tag-identity","tag-islam","tag-language","tag-literature","tag-malay","tag-malaysia","tag-melayu","tag-pateh-karma-wijaya","tag-review","tag-sejarah-melayu","tag-theatre","tag-u-wei-haji-saari","language-bahasa-melayu-ms","writer-yati-hj-kaprawi-ms"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27568","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27568"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27568\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38676,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27568\/revisions\/38676"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27568"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27568"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27568"},{"taxonomy":"language","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/language?post=27568"},{"taxonomy":"writer","embeddable":true,"href":"https:\/\/myartmemoryproject.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/writer?post=27568"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}