Monolog Cinta Julia (2012)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

‘Cinta Julia’ merupakan hasil naskah STEFANI Events yang buat julung kalinya menampilkan persembahan solo Fauziah Nawi dimana akan memperlihatkan bakat beliau yang versiti sebagai seorang primadona yang disegani.

Pertama kali dipersembahkan pada tahun 2008, naskah ini telah mendapat sambutan yang begitu positif di kalangan penonton dan pihak media dan masih mendapat banyak permintaan dari peminat seluruh negara agar ia dipersembahkan sekali lagi bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan di negeri-negeri seluruh Malaysia. Diatas sambutan yang menggalakkan Cinta Julia telah diundang untuk dipersembahkan di Esplanade, Singapura pada Oktober 2010. Gabungan ini merupakan salah satu usaha STEFANI untuk mengeratkan hubungan Malaysia dan Singapura melalui teater disamping memartabatkan dan memperkayakan kesusasteraan Melayu.

Persembahan ‘Cinta Julia’ telah berjaya menyentuh perasaan setiap penonton bukan sahaja melalui mesej yang kuat dan penulisan naskahnya yang bagus tetapi juga melalui persembahan solo primadona Malaysia, Fauziah Nawi yang begitu mantap, bertenaga dan versitile.

Cinta Julia merupakan sebuah teater yang memaparkan epilog seorang primadona dalam mempertahankan cinta, kasih, kepercayaan dan maruah.

‘Ayah kerja di kilang arak… dapat anak dari hasil duit arak… ibu tak tahu baca… buta huruf… tapi mengerti nilai hidup… dari keterasingan ini, Julia berjuang meneruskan kelangsungan hidup walau dibayangi kehinaan dari sebahagian masyarakat… dari keterasingan ini juga, Julia mencari nilai sebenar cinta seperti apa yang dipamerkan oleh ayah dan ibunya… terutamanya sekali sang ibu yang hingga akhir hayat teguh memeluk cinta sang suami… dari keterasingan ini juga, Julia akhirnya menyerahkan diri kepada cinta hakiki… dari yang dikasihi untuk yang Maha Kasih’

Penghargaan

  • Penulis:Iryanda Mulia
  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:STEFANI Events
  • Tarikh:15 & 16 September, 2012
  • Jumlah Pementasan:2
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Harga Tiket:RM20, RM30, RM50
  • Pengarah:Iryanda Mulia
  • Pelakon Utama:

    Fauziah Nawi