Teratak Minang (2010)
Sinopsis
There is currently no synopsis for this programme
Mengisahkan seorang budak Minang dari daerah Pariaman bernama Buyung yang merantau dari kampung asalnya untuk mencari sebuah kehidupan yang lebih baik di tempat baru. Sejak kecil, Buyung dididik dengan nilai-nilai murni adat tradisi dan falsafah Minang. Buyung merantau meninggalkan keluarga dan kekasihnya Siti Nurbaya dengan harapan dan akan kembali membawa impian yang tinggi melangit.
Pertembungan budaya, adat dan falsafah di kampung dan kehidupan moden di kota telah mencorak kehidupan Buyung. Dia berjaya mengekalkan jati diri dan tidak mengorbankan nilai murni adat, falsafah hidup dan tradisi yang sekian lama dipupuk dan warisinya.
Ternyata jarak yang memisahkan Buyung dan Siti Nurbaya itu juga telah merungkai ikatan kasih antara mereka. Ikatan itu dipisahkan oleh perkahwinan Siti Nurbaya dengan jejaka pilihan keluarga. Kekecewaan itu telah membuatkan Buyung membawa hati dan jatuh rindu dengan suku kaum yang sama di tempat baru. Di tempat baru itu tercetusnya persembahan tarian, nyanyian dan pelbagai unsur seni berkaitan budaya Minang dari dua daerah yang berbeza, namun tetap dalam satu budaya.
Penghargaan
- Karya Tempatan Asli:Yes
- Nama Kumpulan:Istana Budaya
- Tarikh:30 April – 2 May 2010
- Tempat Pementasan:Istana Budaya
- Bahasa:{post_terms_theatre_language}
- Pengarah:Lokman Ghani
- Koreografer:Abdul Mutalif bin Abu Bakar
- Pengarah Muzikal:Datuk Suhaimi Md. Zain
- Pereka Set:Mohd Fairuz Ariffin
- Pereka Kostum:Hafizah Abdul Kadir
- Property Master:Irwan Ismadi Shahrim
- Penata Rias:Sheikh Abdul Nasser Abdullah
- Pelakon Utama:
Ally Noor, Mastura, Razali Hussain, Leez Rosli, Hengky Zubir, Nadia Putri Rosadi, Ebby Yus, Rock Terjah,
- Pengarah Artistik:PENGARAH ARTISTIK/ARTISTIC DIRECTOR Irwan Ismadi Shahrim
- Pengurus Produksi:Nooraini Harun
- Pengurus Pentas:Ramli Lani