Makyung Raja Besar Senyanya (2009)

Sinopsis

There is currently no synopsis for this programme

Cerita Raja Besar Senyanya merupakan kisah awal mengenai cerita Anak Raja Gondang. Kisah bermula dalam Negeri Serendah Si Pagar Ruyung yang diperintah oleh Raja Besar Senyanya yang sedang menantikan kelahiran anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Puteri Gak Petera. Sebagai persiapan sekiranya menimang seorang putera; maka baginda Raja Besar Senyanya telah keluar berburu ke hutan mencari Gajah Putih Gading Hitam. Semasa dalam perburuan Puteri Gak Petera telah bersalin tetapi melahirkan seekor Siput Gondang.

Setelah Raja Besar Senyanya sampai di istana, baginda terkejut dan amat murka kerana melihatkan anaknya bukan manusia lalu menuduh Puteri Gak Petera membuat hubungan sulit dan menghalau Puteri Gak Petera dari istana. Puteri Gak Petera bersama anak gondangnya membawa diri dan mendapat perlindungan dari Wak Pakil Jenang, seorang bekas pekerja istana.

Semasa menumpang di rumah Wak Pakil Jenang, beliau mengarahkan Wak Pakil Jenang menjaga anaknya ketika beliau keluar bekerja. Akhirnya apabila tiba saat dan ketika, siput gondang pun menetas dan keluar seorang putera yang tampan.

Apabila Puteri Gak Petera pulang beliau dapati gondangnya kosong, lalu berlakulah salah faham antara puteri dan Wak Pakil Jenang. Anak Raja Gondang menceritakan hal yang sebenar kepada bondanya, Puteri Gak Petera. Anak Raja Gondang meminta izin untuk keluar bermain-main bersama-sama dengan anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh. Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang mencari ayahandanya.

Penghargaan

  • Karya Tempatan Asli:Yes
  • Nama Kumpulan:Istana Budaya
  • Tarikh:9 – 11 January, 2009
  • Jumlah Pementasan:3
  • Tempat Pementasan:Istana Budaya
  • Bahasa:{post_terms_theatre_language}
  • Harga Tiket:RM10, RM20, RM30
  • Pengarah:Fatimah Abdullah
  • Koreografer:Jurulatih Tari / Dance Instructor – Shariah Ahmad
  • Pereka Tatacahaya:Abdullah Syukri Yusuf
  • Pereka Set:Penyelaras Set / Set Coordinator – Irwan Ismadi Shahrim Mohd Termize Mokhtar, Kamarudin Ab Ghani, Fairuz Azuan Othman, Mohd Zahariman Ali Bakar
  • Pereka Kostum:Penyelaras Kostum / Costume Coordinator – Badrulzaman Abd Jalil
  • Lain-lain Pereka:Pereka Grafik / Graphic Designer – Haslizah Md Noor
  • Property Master:Penyelaras Pro / Prop Coordinator – Irwan Ismadi Shahrim Mohd Termize Mokhtar, Kamarudin Ab Ghani, Fairuz Azuan Othman, Mohd Zahariman Ali Bakar
  • Penata Rias:Sheikh Abd Nasser Abdullah, Rosliza Mohd Razali, Hanita Hanafiah, Fatimah Zaharah Ahad
  • Pelakon Utama:

    Rosnan Rahman, Norsiah Mohd Yatim, Samsuraya Sulaiman, Romli Abdullah, Muhammad Md Noor, Roslan Harun, Mohd Nizam Elias, Barat anak Enchan, Abdul Malek Osman, Zamri Mohamad

  • Ensemble:

    Inang – Aniza Baharom, Zalina Yan, Haslinda Abd Manap, Hashimah Leman, Siti Norhabsah Sheikh Ahmad, Hanipah Hairi, Roszilawati Abd Rahim, Azizah Abd Aziz, Sharifah Rahah Syed Mustafa

  • Pengurus Produksi:Rosnan bin Abdul Rahman, Nooraini Harun
  • Pengurus Pentas:Rahman Roseli
  • Publisiti:Puteri Shahda Azza Megat Burhanuddin, Kassim Lee
  • Nota Tambahan:

    Penasihat / Advisor – Fatimah Abdullah
    Pengarah Produksi / Production Director – Zaiton Md Desa
    Pengarah Pemasaran & Perhubungan Awam / Marketing & Public Relations Director – Zubaidah Mukhtar
    Pengarah Teknikal / Technical Director – Ir Mohd Azmi Hamid
    Pengarah Senireka / Design Art Director – Hazize San

  • Maklumat Lain:

    Pemuzik / Musician – Asrol Amri Mohamad, Mohd Nawi Jusoh, Mohd Nasrul Yahya, Abd Wahab Othman, Ahmad Razli Ayub, Ibrahim Senik, Mohd Dahari Che Seman, Che Fauzi Che Abdullah