Bangsawan Batu Belah Batu Bertangkup (2008)
Sinopsis
After abandoned by their mother, Pekan and Melur grew up under the care of Nenek Kebayan. While Pekan and the Princess Mayang Mengurai secretly knotted their love affair, at the meantime the King of Kerayong hold up a cock fight competition in search for a strong and brave prince for the Princess. The Princess ask Pekan to disguised himself as a prince, enter the competition and assured the winning by using a poisonous trick. The tragedy begin, when Raja Jayeng Indera Sakti, the loser in the competition, take a revenge.
Kisah ini adalah susulan kepada tragedi Batu Belah Batu Bertangkup yang memakan ibu si Pekan dan Melur akibat kempunan telur ikan tembakul. Pekan dan Melur kini telah dewasa dan dipelihara oleh Nenek Kebayan yang bekerja sebagai pengasuh Tuan Puteri Mayang Mengurai.
Sultan di Kerayong bimbang kerana Tuan Puteri Mayang Mengurai enggan berkahwin. Datuk Temenggung mencadangkan supaya diadakan perlawanan sabung ayam bagi mencari jodoh puteri. Walaupun Datuk Bendahara menentangnya tetapi Sultan bersetuju melaksanakannya dengan tujuan bersuka-ria. Manakala ayam jantan Pekan yang bernama Bereng telah terlepas masuk ke dalam taman larangan puteri dan ini membawa kepada pertemuan dan percintaan antara Pekan dan Tuan Puteri Mayang Mengurai. Perlawanan sabung ayam diadakan di kalangan putera-putera raja dan Tuan Puteri menyuruh Pekan menyamar sebagai putera raja dan menyabungkan si Bereng menggunakan muslihat racun. Pada hari perlawanan, Raja Jayeng Indera Sakti hampir mengalahkan semua ayam tetapi akhirnya ayamnya kalah di tangan Si Bereng. Sultan memenuhi janji dengan bersetuju mengahwinkan Tuan Puteri dengan si Pekan walaupun tahu Pekan bukanlah putera raja sebenar. Raja Jayeng yang marah dan merasakan maruahnya tercabar, telah menyihir Pekan dan Tuan Puteri di hari perkahwinan mereka mengakibatkan pasangan pengantin jatuh pengsan.
Saksikanlah kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini seterusnya bagi mengetahui apakah yang berlaku kepada Pekan dan Tuan Puteri Mayang Mengurai.
Penghargaan
- Penulis:Lenny Erwan
- Karya Tempatan Asli:Yes
- Nama Kumpulan:Opera Sri Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
- Tarikh:14 – 16 November, 2008
- Jumlah Pementasan:3
- Tempat Pementasan:Panggung Bandaraya
- Bahasa:{post_terms_theatre_language}
- Harga Tiket:Masuk percuma / Free entrance
- Pengarah:Nasri Ayob
- Koreografer:Yusof Noor A’la Sekding
- Komposer:Y.M Tengku Zanuddin @ Kudin
- Pengarah Muzikal:Y.M Tengku Zanuddin @ Kudin
- Pereka Tatacahaya:Fauzan
- Pereka Set:Nurul Hazirin Shamsul Kamar
- Pereka Kostum:Zainon Busu, Roshaniza Abd. Rahman
- Lain-lain Pereka:Penata Bunyi / Sound Designer – Yarried
- Property Master:Nurul Hazirin Shamsul Kamar
- Penata Rias:Wati, Farid
- Kru Pentas:Asri Ameran, Khairul Azmi, Shahrin Mohamad, Isa Nazran, Afif Majid, Shah Rizeiney, Sharifudin Redzuan, Mohd Alim @ Bob
- Pelakon Utama:
Hanif Ariffin, Shira Kamarulbahri, Sharifah Safliyana, Yazid Rahim, Che Esah Che Mustapha, Azhar Sharmal
- Penerbit:Muhammad Sidek Bin Khalid
- Pengurus Produksi:Nor Shuradi Bin Hashim
- Pengurus Pentas:Ahmad Iswazir Ismail
- Nota Tambahan:
Ketua Projek / Project Chairman – Nazri Abu Samah
Pengarah Produksi / Production Director – Mohamed Fauzi Bin Ahmad - Maklumat Lain:
Pemuzik / Musician – Kombo Budaya DBKL
Penyanyi Gurindam / Gurindam Singer – Hazraniza
Penyanyi Extra Turn / Extra Turn Singer – Shazwani, Hazraniza
Penyanyi Latar / Background Singer – Azman
Penari Extra Turn / Extra Turn Dancer – Kumpulan Kesenian DBKL