Terma dan Syarat Penggunaan

Terma dan Syarat Penggunaan

Umum

Laman web ini “My Art Memory Project” dimiliki dan dikendalikan oleh Five Arts Centre Sdn. Berhad (selepas ini “FAC”). Dengan mengakses laman web My Art Memory project FAC (“laman web ini”) anda bersetuju tanpa syarat untuk terikat secara sah dengan Terma dan Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat di bawah, sila jangan akses Laman Web ini, atau mana-mana halamannya. FAC mempunyai hak untuk mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya. Segala perubahan akan dipaparkan di halaman ini, dan penggunaan laman web ini selepas perubahan-perubahan tersebut dipaparkan akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat yang diubahsuai dan segala perubahannya. Oleh itu anda harus membaca dengan teliti halaman ini setiap kali anda mengunjungi laman web ini. Oleh itu anda harus membaca dengan teliti halaman ini setiap kali anda mengunjungi laman web ini.

Penerangan Perkhidmatan

Ketika ini FAC memberi pengguna-pengguna akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam Laman Webnya. Melainkan jika dengan jelas dinyatakan yang sebaliknya, sebarang ciri-ciri baru dalam Laman Web ini yang mungkin menjadikan perkhidmatan sekarang berbeza hendaklah tertakluk kepada Terma dan Syarat Laman Web ini. Untuk menggunakan Laman Web ini, anda mesti mendapatkan akses jaringan sejagat (World Wide Web), sama ada secara terus atau melalui peranti yang dapat mengakses kandungan berasaskan laman web, dan menanggung sebarang bayaran perkhidmatan akibat daripada akses tersebut. Selain itu, anda bertanggungjawab untuk menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk memudahkan penyambungan ke jaringan sejagat, termasuk sebarang komputer dan modem atau peranti akses yang lain.

Hak Cipta

Laman web ini mengandungi bahan-bahan berhak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, fotograf, perisian dan maklumat proprietari yang lain. FAC memiliki hak cipta terhadap maklumat miliknya dan bahan-bahan yang diterbitkan di Laman Webnya. Setiap penyedia perkhidmatan pihak ketiga memiliki hak cipta terhadap kandungan mereka yang diterbitkan dalam Laman Web FAC. Hak cipta untuk bahan-bahan asli berupa buku program, poskad, poster, fotograf, bahagian tiket, artikel, keratan akhbar dan sebarang bahan dari pihak ketiga dalam MyArtMemoryProject.com adalah dimiliki oleh penerbit asal dan/atau pemegang hak cipta yang sah. Semua hak cipta terpelihara dan kekal kepunyaan pemiliknya masing-masing. . Melainkan sebaliknya dengan jelas dibenarkan di bawah undang-undang hak cipta, para pengguna tidak boleh menyalin, menerbit, mengedar semula, mengubah, menyiar, menayang, menjual, mencipta karya terbitan, atau dalam sebarang cara mengeksploitasi kandungan atau mana-mana bahagian dalam Laman Web FAC tanpa kebenaran nyata daripada FAC dan pemilik hak cipta. Tiada apa-apa pun yang terkandung dalam Laman Web dapat ditafsirkan sebagai memberi implikasi, estopel atau sebaliknya sebarang lesen atau hak di bawah mana-mana hak cipta, paten, tanda dagangan atau hak kepunyaan FAC yang lain atau mana-mana pihak ketiga.

Penggunaan Maklumat dan Bahan-bahan

Maklumat dan bahan-bahan yang terkandung dalam halaman-halaman ini, dan terma, syarat dan keterangan yang tertera, adalah tertakluk kepada perubahan. Ketika membina Laman Web ini, tiada hubungan pelanggan, penasihat, profesional terbabit atau diwujudkan dan FAC atau pihak lain, melalui Laman Web, tidak terlibat dalam memberi sebarang perkhidmatan atau nasihat. Anda bersetuju untuk tidak menerbitkan kembali, menduplikasi, menyalin, menjual, menjual kembali atau mengeksploitasi mana-mana bahagian Laman Web tanpa kebenaran bertulis daripada FAC.

Pautan ke Laman Web FAC

FAC mempunyai hak, melalui surat permohonan, untuk menghalang anda daripada menggunakan pautan ke laman webnya.

Penafian Jaminan

Maklumat dan bahan-bahan yang terkandung dalam Laman Web ini, termasuk teks, grafik, pautan atau item-item lain, disediakan “sebagaimana adanya” dan “sebagaimana tersedia”. AC tidak menjamin ketepatan, kecukupan, kesesuaian, ketepatan masa atau kesempurnaan maklumat dan bahan-bahan, dan dengan jelas menafikan liabiliti bagi ketidaktepatan dan ketinggalan pada maklumat dan bahan-bahan. Tiada jaminan dalam apa-apa bentuk, yang tersirat, tersurat atau berkanun, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan atau bukan pelanggaran hak pihak ketiga, pemilikan, kebolehdagangan, kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer, adalah diberikan bersama dengan maklumat dan bahan-bahan itu. FAC tidak menjamin yang fungsi terkandung dalam atau berkaitan dengan maklumat dan bahan-bahan itu akan tidak terganggu atau tanpa kesilapan, atau kekurangan itu akan diperbetulkan.

Had Liabiliti

AC dalam mana-mana keadaan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kerosakan, termasuk tanpa had secara langsung atau tidak langsung, kerosakan sampingan, khas atau yang terhasil, kerugian atau perbelanjaan yang timbul berkaitan dengan Laman Web atau penggunaan daripadanya atau ketidakupayaan untuk menggunakannya oleh mana-mana pihak, atau berkaitan dengan mana-mana kegagalan pelaksanaan, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kecacatan, kelewatan ketika operasi atau penyiaran, virus komputer atau kegagalan talian atau sistem, walaupun FAC, atau wakilnya, telah dimaklumkan tentang kemungkinan berlakunya kerosakan, kerugian atau perbelanjaan tersebut. Pautan-pautan ke sumber Internet yang lain adalah atas risiko anda sendiri; kandungan, ketepatan, pendapat-pendapat yang dinyatakan dan lain-lain pautan yang disediakan oleh sumber-sumber ini tidak dikendalikan, disiasat, disahkan, dipantau atau disokong oleh FAC. Melalui penggunaan Laman Web FAC oleh anda, anda bersetuju untuk melindungi FAC dan mana-mana sekutunya daripada dan terhadap mana-mana dan segala liabiliti, perbelanjaan (termasuk bayaran peguam) dan ganti rugi yang timbul daripada tuntutan terhasil daripada penggunaan Laman Web FAC oleh anda, termasuk, tanpa had, sebarang tuntutan mendakwa fakta yang benar akan melanggar Terma dan Syarat ini. Jika anda tidak berpuas hati dengan sebarang bahan-bahan FAC atau mana-mana Terma dan Syarat ini, cara penyelesaian yang khusus dan satu-satunya adalah dengan menghentikan penggunaan Laman Web FAC.

Paparan Komen

Kami menyambut baik pelbagai pandangan, pendapat yang teguh, kritikan dan cabaran. Kami juga mengharapkan semua orang untuk menghormati semua pengulas dan penulis. Dilarang untuk memberi ucapan berunsur kebencian, membuli atau secara amnya bertindak biadap. FAC berhak untuk membuang komen-komen dan menghalang pengguna yang kesat atau memapar bahan-bahan yang menyinggung perasaan, menyalahi undang-undang atau tidak sesuai bagi laman web untuk khalayak umum.

DASAR PENURUNAN

Dalam menyediakan laman web ini, FAC dengan sebaik mungkin telah mendapatkan segala keizinan yang diperlukan di bawah undang-undang hak cipta dan memilih bahan-bahan yang tidak mengandungi kandungan tidak bersesuaian. Walaubagaimanapun, jika anda mendapati sebarang bahan yang anda bimbangkan dan ingin mencadangkan supaya ia diturunkan dari laman web, sila hubungi kami secara bertulis dengan menyatakan yang berikut:

  1. Butiran perhubungan anda
  2. Butiran lengkap bahan-bahan yang berkenaan
  3. Maklumat dalam laman web termasuk URL di mana anda temui bahan-bahan itu
  4. Sebab-sebab terperinci mengapa dicadangkan untuk diturunkan.

Jika cadangan anda berkaitan dengan hak cipta, sila sediakan bukti pemilikan atau kebenaran daripada pemilik hak cipta bagi menangani hal ini. Sila hubungi kami melalui borang di halaman Hubungi Kami.

Penafian Pautan

Dengan menyediakan pautan ke laman-laman web yang lain, FAC tidak menjamin, mempersetujui atau menyokong maklumat atau produk yang terdapat dalam laman-laman web itu, mahupun sesuatu pautan itu menyatakan sebarang perkaitan dengan atau sokongan oleh laman web yang dipautkan ke FAC.

DASAR PRIVASI

Maklumat yang didapati daripada pengunjung

Fail log disimpan di pelayan web kami yang menyimpan butiran seperti alamat IP pengunjung, jenis pelayar web, halaman yang dirujuk dan masa kunjungan. Kuki mungkin digunakan untuk mengingati pilihan pengunjung apabila berinteraksi dengan laman web. Di mana pendaftaran diperlukan, e-mel pengunjung dan nama pengguna akan disimpan di dalam pelayan.

Bagaimana Maklumat digunakan

Maklumat digunakan untuk mempertingkatkan pengalaman pengunjung apabila menggunakan laman web bagi memaparkan kandungan yang diperibadikan dan kemungkinan pengiklanan. Alamat e-mel dan maklumat lain yang dikumpulkan oleh FAC tidak akan dijual, disewakan atau dipajak ke pihak ketiga. E-mel mungkin dihantar untuk memberitahu anda tentang berita-berita mengenai perkhidmatan kami atau tawaran-tawaran oleh kami atau sekutu kami.

Pilihan Pengunjung

Jika anda melanggan mana-mana perkhidmatan kami, anda boleh menghentikan langganan dengan mengikut arahan yang diberi dalam e-mel yang anda terima. Anda mungkin boleh menghalang kuki melalui tetapan pelayan anda tetapi ini mungkin boleh menghalang anda daripada mengakses sesetengah ciri-ciri laman web ini.

KUKI

Apakah itu kuki?

Kita kadangkala meletakkan fail data kecil yang dipanggil kuki dalam peranti kita. Kebanyakan laman web yang besar melakukannya. Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan oleh laman web dalam komputer anda atau peranti mudah alih apabila anda mengunjungi laman web tersebut. Ia membolehkan laman web untuk mengingati sebahagian tindakan dan pilihan anda (seperti log masuk dan pilihan bacaan) dalam sesuatu tempoh masa supaya anda tidak perlu untuk selalu memasukkannya semula apabila anda kembali ke laman web itu atau melayari dari satu halaman ke halaman lain.

Bagaimana kami menggunakan kuki?

Kami menggunakan kuki untuk memperbaiki kandungan kami unduk anda dan meningkatkan prestasi laman web supaya untuk mengetahui:

  • jika anda sudah pun membalas kaji selidik timbul untuk mengetahui sama ada kandungan laman web adalah membantu atau tidak (supaya anda tidak ditanya semula)
  • jika anda bersetuju (atau tidak) dengan penggunaan kuki dalam laman web ini.

Hanya FAC yang mengawal dan mengakses maklumat yang berkaitan dengan kuki. Kuki tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada untuk memperbaiki cara kami menghidangkan kandungan laman web dan berkomunikasi dengan anda.

Bagaimana untuk mengawal kuki

Membolehkan kuki ini tidak semestinya perlu untuk laman web ini berfungsi tetapi ia akan membolehkan anda melayarinya dengan lebih baik. Anda boleh memadam atau menghalang kuki ini, tetapi jika anda melakukannya sebahagian ciri-ciri laman web ini mungkin tidak akan berfungsi seperti sepatutnya. Anda boleh mengawal dan/atau memadam kuki sebagaimana yang anda mahukan – untuk penjelasan lebih terperinci, lihat aboutcookies.org. Anda boleh memadam semua kuki yang sudah pun berada dalam komputer anda dan anda boleh menetapkan kebanyakan pelayar untuk menghalang kuki daripada diletakkan. Bagaimanapun, jika anda melakukan ini, sebahagian perkhidmatan dan fungsi mungkin akan terganggu.

Laman Web Pihak Ketiga

Dasar Keselamatan ini tidak terpakai untuk perkhidmatan pihak ketiga yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana laman web, perkhidmatan dan aplikasi pihak ketiga (“Perkhidmatan Pihak Ketiga”) yang anda pilih untuk mengakses My Art Memory Project atau kepada mana-mana orang yang bukan pekerja kami atau bukan di bawah pengurusan kami. Walaupun kami cuba memudahkan akses bagi Perkhidmatan Pihak Ketiga yang menghormati privasi kami sahaja, kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau dasar privasi Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut. Kami menggalakkan anda untuk meneliti semula dasar privasi mana-mana Perkhidmatan Pihak Ketiga yang anda akses.

Keadaan di mana kami perlu kongsi maklumat anda

FAC berhak untuk mendedahkan maklumat anda apabila perlu berbuat demikian disebabkan oleh undang-undang atau sepina atau jika kami dengan munasabah percaya yang tindakan demikian adalah perlu untuk (a) mematuhi undang-undang dan permintaan munasabah pegawai penguatkuasa; (b) untuk menguatkuasakan Terma Penggunaan kami atau untuk melindungi keselamatan atau integriti Perkhidmatan kami; dan/atau (c) untuk melaksanakan atau melindung hak, harta, atau keselamatan peribadi FAC, Pengguna kami atau pihak lain. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau Perkhidmatan kami, sila hubungi kami melalui borang dalam halaman Hubungi Kami.