Tanah Akhirku (2018)
Sinopsis
There is currently no synopsis for this programme
Ying Feng dijual kepada pedagang hamba abdi bersama adik dan ibunya selepas kematian ayahnya di Tanah Besar Cina. Setibanya di Nanyang (Tanah Melayu), mereka memulakan kehidupan baru sebagai pekerja lombong bijih timah. Namun, kehidupan di Nanyang bukanlah seperti yang diidamkan. Akta pecah dan perintah oleh Penjajah British menyukarkan persefahaman sesama bangsa Melayu, Cina dan India yang menduduki tanah yang sama.
Selain itu, dua kumpulan besar menguasai daerah lombong bijih timah yang saling bersaing juga semakin menambahkan perpecahan sesama mereka.
Klimaks perjalanan hidup Ying Feng terjadi apabila dia mengenali Tengku, seorang pemimpin muda dari kalangan keturunan diraja yang dikasihi rakyat. Pertemuan mereka tidak bermula dengan perihal yang baik. Sebaliknya, Tengku yang amat kuat jiwa bangsa dan agamanya, sentiasa meletakkan benteng tebal di sekeliling bangsanya. Tidak mudah untuk pemuda keturunan istana ini mempercayai bangsa lain yang tinggal di tanah airnya. Bukan benci yang terlahir sebaliknya berjaga-jaga agar tidak teraniaya dan dipersenda hak mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh penjajah bermula dari Portugis lagi.
Sekian masa berlalu, salah faham semakin dileraikan. Penduduk sedar bahawa walaupun berlainan kaum, andai di kalangan sesama mereka tidak bersatu, dari arah mana serangan luar yang datang, tiadakan mampu mereka capai kejayaan menentangnya.
Tengku mula rasai nilai indah dalam diri Ying Feng. Dan begitu juga dengan Ying Feng yang banyak belajar dari cara dan kata-kata Tengku tentang budi, dan kejatian diri. Tanpa mereka sedar, cinta datang mengharmonikan suasana.
Apabila baru rasai kebahagiaan cinta, Ying Feng kenali erti halangan dan tiada restu dari bonda Tengku, Ying Feng menerima nilai menghormati dan kasih sayang pelbagai bangsa itu bukan sebagai perkara yang melemahkan atau yang salah, namun konflik dua kumpulan bangsanya, penjajah British yang sentiasa memecahbelahkan antara kaum, cinta terlarang keluarga Tengku dan musuh dalam selimut yang sebenar, mengeruhkan keadaan sehingga meragut nyawa orang yang amat Ying Feng sayangi.
Maka sedarlah Ying Feng hadirnya di situ, bukan sekadar gadis biasa, sebaliknya mempunyai impian indah buat tanah yang semakin disayanginya ini. Ying Feng percaya mengamankan setiap hati yang ada, perlukan keberanian dan pengorbanan yang mampu menyedarkan.
Tanah ini, menjadi tanah akhir Ying Feng meninggalkan impian 100 tahun lagi semoga cinta pengorbanan ini dianugerahi penyatuan pelbagai bangsa.
Penghargaan
- Penulis:Amar Amir
- Karya Tempatan Asli:Yes
- Nama Kumpulan:Gold Ray Sdn Bhd, Istana Budaya and ASWARA
- Tarikh:28 August – 1 September, 2018
- Tempat Pementasan:Istana Budaya
- Bahasa:{post_terms_theatre_language}
- Harga Tiket:RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250, RM350
- Pengarah:Naque Ariffin and Aloeng Silalahi
- Koreografer:Mohd Arif Nazri bin Samsudin
- Pengarah Muzikal:Chew Soon Heng
- Pereka Set:Along Hazirin
- Pereka Kostum:Beatrice Looi, Akma Suriati Bt Awang
- Pereka Multimedia:YeongLun Ku
- Lain-lain Pereka:Sound Effect – Mohd Faizal bin Mohd Fauzi Visual Designer – YeongLun Ku
- Property Master:Edward Chee Boon
- Penata Rias:Kazaf Lee
- Kru Pentas:Mior Ahmad Faiz Ezzakir B. Ishak, Muhammad Affiq B. Abd Rahem
- Pelakon Utama:
Aeril Zafrel, Lim Mei Fen, Izzue Islam, Erma Fatima, Angeline Tan, Nina Nadira, YeongLun Ku, Lavinya KC, Nave VJ, Aloeng Silalahi, Douglas Wong, Alfred Loh, Kent Tan, Iskandar Zulkarnain, Zulhusni Zamir, Akmal Ahmad, Farah Ahmad, Pearly Chua
- Ensemble:
Anwar Rusdini, Samuel Cher, Jacob Hii, Kent Tan, Ngui, Nabil Musawir, Danial Hakim Hairul, Awal Sabri Affazilah, Nisya Aziz, Mei Yi, Dayang Nur Dayanti, Onaa Ismail, Mia Sabrina Mahadir, Dilla Omar, Zetty, Teng, Amsyar Azizan, Ewan Fauzi, Nabil Zakaria, Aizzat Fiqrie, Adry Nasution, Virtuaes, Aliff Akhmal
- Penerbit Eksekutif:Mohammad Faiz Bin Abdul Malek
- Penerbit:Lim Mei Fen
- Pengarah Artistik:Along Hazirin
- Pengurus Produksi:Shahmir Afzan Idris
- Pengurus Pentas:Ramli Lani
- Publisiti:Marketing – Alan See Thoo Promo Consultant – Opie, Mike Manicka, Yi Chian
- Nota Tambahan:
Technical Director – Azizul Bin Zahid Jamal
Opera Advisor – Kenny - Maklumat Lain:
Musician – Amin Hafuza Bin Hairulanuar, Tai Chun Wai, Aluba, Gilbert Phuah, Leow Sze Yee, Chew Soon Heng, Amirul Nizam
Photographer – Jun Hwa, Muizzudin Saifullah B. Abdullah