Nyonya (2008)
Sinopsis
There is currently no synopsis for this programme
Pada masa ini tidak ada sinopsis untuk program ini
Naskah Nyonya ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor kerana watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir secara profesional.
Tuan seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat telah berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuannya pada mulanya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.
Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya, kemudian membeli set ruang tamu, set meja makan dan akhirnya membeli tempat tidur Nyonya. Pelbagai muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya apatah lagi mengetahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membengkak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil.
Nyonya juga menghadapi masalah dengan tiga cucu saudaranya yang menuntut wang hasil pusaka suaminya hingga menyebabkan cucu saudaranya mengugut akan membunuhnya.
Penghargaan
- Penulis:Wisran Hadi
- Karya Tempatan Asli:Yes
- Nama Kumpulan:CTRA Production, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
- Tarikh:20 – 24 February, 2008
- Tempat Pementasan:Istana Budaya
- Bahasa:{post_terms_theatre_language}
- Harga Tiket:RM20, RM30, RM50
- Pengarah:Rosminah Mohd. Tahir
- Pereka Tatacahaya:Abu Samah Yahya
- Pereka Kostum:Jailani Ab. Razak
- Lain-lain Pereka:Pereka Grafik / Graphic Designer – Ismail Mohamed Penyelaras Audio Visual / Audio Visual Coordinator – Jamaludin Md. Nor Penyelia Audio Visual / Audio Visual Supervisor – Mohd Yusri Zain
- Property Master:Fairuz Azuan
- Penata Rias:Badrulzaman Abd Jalil, Sheikh Nasir Abdullah, Istiadziah Ishak
- Kru Pentas:Farizah Aziz, Mohd Fazley Yunus, Mohd Razali Raub, Nasarudin Mustafa
- Pelakon Utama:
Juhara Ayub, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Melissa Saila Alias, Tania Zalina Zainal, Yani Mae
- Penerbit:Siti Rohayah Attan
- Pengurus Produksi:Z. Azurin, Zawiah Mohamad
- Pengurus Pentas:Shahrul Mizad Ashari
- Publisiti:Pengarah Pemasaran / Marketing Director – Zubaidah Mukhtar
- Nota Tambahan:
Pengarah Produksi / Production Director – Zaiton Md. Desa
Pengarah Senireka / Design Art Director – Hazize San
Pengarah Teknikal / Technical Director – Ir. Mohd Azmi Hamid
Pengurusan Panggung / Front-of-House Management – Dayang Kartini Awang Bujang, Mohd Azli Othman